Sudah Sampai Masanya Pemimpin Perlu Diberi Kursus Bercakap






Apakah yang boleh kita pelajari daripada cadangan makan ubi yang dilontarkan oleh Speaker Parlimen baru-baru ini?


Paling jelas, ia meunjukkan tidak semua pemimpin itu cerdik yang hanya mengeluarkan “mutiara” daripada kata-kata pengucapan mereka.


Ini bukan kali pertama pemimpin di negara kita ini memuntahkan “sampah” daripada mulut mereka.


Hampir setiap masa, ada saja kedapatan cakap pemimpin yang memualkan telinga mendengarnya lantaran kata-kata ucapan mereka itu langsung tidak selari dengan keinginan serta keperluan rakyat.


Tidak perlu disebut satu persatu contohnya kerana ia terlalu banyak kalau mahu dikutip jika kita rajin memeriksanya di arkib internet dengan bantuan enjin carian “google”.


Di era kerajaan mana sekali pun, pasti ada pemimpin yang seperti itu.


Tidak terkecuali yang kerap mengeluarkan “sampah” itu termasuk pemimpin yang bergelar menteri yang gaji mereka dibayar lumayan daripada tabung perbendaharan negara melalui kutipan cukai yang diambil daripada poket rakyat miskin dan golongan B40.


Sebab itu, bila ada pemimpin bercakap “sampah” dan merapu, netizen tidak menunggu lama untuk membelasah mereka.


Hakikatnya, rakyatlah yang membayar gaji pemimpin itu dan rakyat adalah majikan kepada pemimpin.


Sebagai pemimpin, mereka yang berkenaan, selain harus menunjukkan kualiti dalam bekerja untuk rakyat, cadangan yang ingin dikemukakan pula biarlah yang munasabah dan dapat menyejukkan telinga siapa yang mendengarnya.


Kalau hanya “sampah” yang mampu diluahkan, lebih baik diambil tukang angkat sampah jadi pemimpin.


Sebelum bercakap mesti guna akal lebih dulu, jangan mulut lebih laju daripada akal berfikir.


Lebih baik bercakap yang biasa-biasa dan tidak ekstrem asalkan terlihat rasional daripada bercakap yang bukan-bukan dan merapu, bahkan didapati bertaraf sampah saja.


Dalam cadangan makan ubi kayu sebagai ganti nasi misalnya, ia terlihat “sampah” kerana selain tiada ladang ubi kayu yang luas di negara kita untuk menampung keperluan, harganya juga jauh lebih mahal daripada beras.


Dengan itu, di mana logiknya cadangan Speaker itu yang rasanya gaji beliau juga agak lumayan melalui jawatan tersebut.


Nak bagi cadangan alternatif, apa yang harus difahami oleh mereka yang bergelar pemimpin ialah benda yang dicadangkan itu mestilah lebih murah daripada harga beras yang dimakan ruji selama ini.


Mendepani hal ini, lantaran dipercayai akan terus berlaku pemimpin bercakap yang bukan-bukan dan bertaraf “sampah” selepas ini, sudah sampai masa sebenarnya untuk mereka diberi kursus dalam bercakap, apa yang perlu dicakap, bila masa perlu bercakap, bila masa perlu diam dan yang penting sekali, mesti sentiasa berfikir dahulu sebelum bercakap.


Sesuai dinamakan pemimpin, mereka mesti bercakap yang baik-baik, membina, ada logik dan mampu memberi harapan kepada rakyat.


Dengan itu, barulah kehadiran mereka itu berguna kepada rakyat serta sesuai dengan gaji mahal yang dibayar kepada mereka.


Jika tidak, rakyat sendiri akan melihat pemimpin tidak ubah seperti “sampah”. – ShahbudinHusin 07/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/08/sudah-sampai-masanya-pemimpin-perlu-diberi-kursus-bercakap.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/sudah-sampai-masanya-pemimpin-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Semua Mp Blok Pembangkang Diberi Peruntukan Sokongan Enam Jahanam Sudah Tak Bernilai Lagi

Selepas Semua Mp Blok Pembangkang Diberi Peruntukan Sokongan Enam Jahanam Sudah Tak Bernilai Lagi

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 216 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dipetik sebagai berkata tuntutan peruntukan oleh Ahli Ahli Parlimen blok pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April...
Doakan Semoga Pmx Diberi Kesihatan Yang Baik

Doakan Semoga Pmx Diberi Kesihatan Yang Baik

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 135 hits
Mohd Fairul Al QasasAnak perempuan saya cakap walid walid perasan tak doa khatib tadi Apa dia Tanya saya semulaAda doa untuk Agong tapi tak ada pun untuk PM Anwar Saya senyum je saya kata korang tak pernah pergi solat Jumaat memang lah doa ...
Rentasan 1574 Sentap Dengan Kenyataan Pemimpin Umno Kedah Sanusi Perl

Rentasan 1574 Sentap Dengan Kenyataan Pemimpin Umno Kedah Sanusi Perl

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 226 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1574 1 APA PULA DRAMA PN KALI INI 2 KERAJAAN PN TINGGAL HUTANG RM1 5 TRILION KINI BISING SOAL RINGGIT 3 SIAPA YANG CEMBURU DENGAN MB KEDAH
Video Sby Jangan Lukai Hati Rakyat Inginkan Pak Prabowo Jadi Pemimpin Mereka

Video Sby Jangan Lukai Hati Rakyat Inginkan Pak Prabowo Jadi Pemimpin Mereka

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 106 hits
SBY mengatakan partainya meyakini bahwa Presiden Terpilih periode 2024 2029 Prabowo Subianto dapat melakukan perbaikan
Datuk Mahfuz Respon Kata Sanusi Rm 16 Juta Diberi Anak Yatim Banding U

Datuk Mahfuz Respon Kata Sanusi Rm 16 Juta Diberi Anak Yatim Banding U

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 165 hits
DATUK MAHFUZ RESPON KATA SANUSI RM 16 JUTA JIKA DIBERI KEPADA ANAK YATIM BANDING UNTUK BOLA MANA LEBIH AFDAL
Tular Video Isteri Mengamuk Serang Penyondol Netizen Panas Hati Dengar Alasan Yang Diberi

Tular Video Isteri Mengamuk Serang Penyondol Netizen Panas Hati Dengar Alasan Yang Diberi

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 150 hits
Isu orang ketiga atau dipanggil penyondol menjadi perhatian netizen apatah lagi isu ini turut melibatkan selebriti dan pempengaruh Tidak lagi menjadi isu rahsia isu sebegini sudah mula menjadi tular di media sosial Satu rakaman video tular ...
Kafe Tanah Aina Faereena Janji Mulut Tak Pakai Notis Komunikasi Sudah Diberi Ir Razali

Kafe Tanah Aina Faereena Janji Mulut Tak Pakai Notis Komunikasi Sudah Diberi Ir Razali

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 152 hits
KUANTAN Semua urusan permohonan tanah kerajaan negeri perlu melalui prosedur yang betul supaya ia jelas bagi kedua dua pihak dalam perjanjian hitam putih Ia termasuk perjanjian mulut tanpa dokumen seperti didakwa oleh pengurusan Kafe Tanah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah