Sudah Lah Pas Dari Dulu Asyik Salahkan Rakan Dalam Apa Jua Hubungan


 


PAS kecam UMNO, menyimpang dari Muafakat NasionalApril 2, 2021 PAS menolak mufakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional (MN) yang asal, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang.
Ini susulan tekanan daripada Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya mahu memfokus ke arah MN.
“PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal.
“PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.
“Selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.
Meskipun tidak menyebut Umno secara khusus, kenyataan Abdul Hadi itu dilihat merujuk kepada kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa PAS untuk menghormati piagam MN.
Semalam, Zahid membuat kenyataan tersirat, dipercayai merujuk kepada PAS supaya tidak mengulangi kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Semangat 46 dengan memilih sekutu yang salah dalam pilihan raya kelak.
Hal ini selepas Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.
PAS bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama PN menjelang PRU.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat lebih lantang menyuarakan pandangannya.
Tuan Ibrahim berkata, mereka telah sepakat membentuk kerajaan PN bersama-sama, dan persoalan tentang lompat parti tidak timbul saat itu kerana semuanya ‘gembira’ atas kerjasama tersebut.
“Kenapa kini kita hilang pertimbangan dengan melupai asas pembentukan MN waktu kita jadi pembangkang dan tidak menghargai situasi kini yang kita dapat bentuk kerajaan bersama.
“Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang.
“Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu juga merujuk kepada keengganan Umno memberi laluan kepada Bersatu berhubung isu pengagihan kerusi dan rancangan untuk bertanding di semua kerusi parti itu.
Tambahnya, PAS masih berpendirian bahawa kerjasama antara tiga parti Melayu itu adalah jalan yang terbaik.
Tuan Ibrahim turut mengingatkan bahawa Umno dan PAS telah bersetuju untuk menjemput Bersatu menyertai MN.
“Sayangnya surat persetujuan (Bersatu) itu tidak disambut sehingga kini.
“Ia terjadi kerana Umno kecewa bila PN didaftarkan sebagai gabungan parti. Ia dilihat penting bagi kerajaan PN kerana ada parti yang mendukung kerajaan,” katanya.
Untuk rekod, ketika PAS dan Umno bersetuju mengukuhkan MN, ia dipersetujui dan ditandatangan oleh hanya kedua-dua parti itu tanpa melibatkan Bersatu. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/sudah-lah-pasdari-dulu-asyik-salahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Pas Bersatu Sama Seperti Prinsip Asas Mn Takiyuddin

Hubungan Pas Bersatu Sama Seperti Prinsip Asas Mn Takiyuddin

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 244 hits
SHAH ALAM Pas menjelaskan bahawa hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu dalam Perikatan Nasional sama seperti prinsip asas Muafakat Nasional Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia kerjasama ke arah membina penyatua...
Pas Anggap Hubungan Umno Bersatu Seperti Harimau Yang Luka

Pas Anggap Hubungan Umno Bersatu Seperti Harimau Yang Luka

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 425 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSetiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir memberi gambaran ada sebuah parti yang menyokong Perikatan Nasional kini ibarat harimau yang sedang luka Tanpa menyebutkan mana mana pihak beliau berk...
Umno Perlu Pulih Hubungan Dengan Pas Demi Mn

Umno Perlu Pulih Hubungan Dengan Pas Demi Mn

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 280 hits
bharian com April 2 2021 9 54pmBekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Foto fail NSTPKUALA LUMPUR Hubungan UMNO dan PAS melalui kerjasama Muafakat Nasional yang diibaratkan sedang retak menanti belah perlu diselamatkan segera kata b...
Hubungan Pas Kelantan Dengan Umno Bersatu Diputuskan Di Peringkat Pusat

Hubungan Pas Kelantan Dengan Umno Bersatu Diputuskan Di Peringkat Pusat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 363 hits
Images KONGSI ARTIKEL SEPANG Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu
Mengapa Perlu Dikeruhkan Hubungan Antara Umno Kedah Dan Pas Kedah

Mengapa Perlu Dikeruhkan Hubungan Antara Umno Kedah Dan Pas Kedah

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 498 hits
Saya agak terkejut bila dimaklumkan bahawa selain daripada di Terengganu dan di Kelantan yang semua sudah maklum keadaannya hubungan antara UMNO dan PAS di Kedah juga mula menunjukkan kemerosotan ekoran ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah Mohd F...
Hadi Tinggalkan Dewan Merdeka Enggan Ulas Ucapan Zahid Hala Tuju Hubungan Pas Umno

Hadi Tinggalkan Dewan Merdeka Enggan Ulas Ucapan Zahid Hala Tuju Hubungan Pas Umno

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas pertanyaan daripada pemberita yang mahu mendapatkan reaksi segera beliau mengenai hala tuju politik parti Islam itu serta hubungannya dengan UMNO yang tidak mahu bekerjas...
Umno Negeri Insaf Sayang Hubungan Dengan Pas

Umno Negeri Insaf Sayang Hubungan Dengan Pas

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 323 hits
Datuk Saarani Mohamad berkata kerjasama sedia ada antara Umno dan PAS saling menguatkan kedua dua parti Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 28 Mac Hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional menghangatkan sesi perbahasan Perhimp...
Guan Eng Blasts Extremist Pas Plan To Redraw Seats In Malay Muslim Favour

Guan Eng Blasts Extremist Pas Plan To Redraw Seats In Malay Muslim Favour

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 374 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has condemned Minister of Plantation Industries and Commodities Khairuddin Aman Razali for declaring its objective to win a two thirds majority in the next general election Khairuddin who is from PAS said ...
Masa Pembangkang Pas Tentang Ubah Sempadan Pru Sekarang Mahu Buat Pula

Masa Pembangkang Pas Tentang Ubah Sempadan Pru Sekarang Mahu Buat Pula

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 287 hits
Cadangan menteri kabinet Perikatan Nasional dari Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan akan meminda sempadan kawasan pilihan raya untuk kepentingan kaum Melayu sekiranya menperolehi majoriti 2 3 kerusi Parlimen berpotensi...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank