Mengapa Perlu Dikeruhkan Hubungan Antara Umno Kedah Dan Pas Kedah




Saya agak terkejut bila dimaklumkan bahawa, selain daripada di Terengganu dan di Kelantan yang semua sudah maklum keadaannya, hubungan antara UMNO dan PAS di Kedah juga mula menunjukkan kemerosotan ekoran ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli, yang mewakili Pemuda UMNO Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO pada 28 Mac 2021.

Ucapan Mohd Fadzil Zolkipli, yang merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor, ini bukanlah ucapan tertutup kerana ia boleh ditonton oleh sesiapa sahaja antara lainnya dimuatkan dalam YouTube yang hingga jam 7:00 pagi hari ini, 31 Mac 2021, telah mendapat 39,893 tontonan

Berikut adalah petikan verbatim ucapan Mohd Fadzil Zolkipli yang menimbulkan kekecohan tersebut:
“Saya seorang-seorang terkanting-kanting di Pejabat YAB Menteri Besar, sebab saya UMNO, yang lain semua PAS, ada seorang lagi PPBM pegawai, saya seorang, mereka kutuk saya. Depa kata dekat saya, “Woi, hang bagitahu dekat Datuk Asyraf tu berhentilah bercakap soal I-Sinar dan moratorium ni, kita dah jadi kerajaan, kita dah bagi dah sikit, terimalah dulu”. Takkan saya nak biar, Datuk Seri, saya jantan, saya UMNO. Saya jawab dekat mereka, Datuk Seri. Saya kata, “Datuk Asyraf bukan hanya berjuang untuk orang UMNO, Datuk Asyraf berjuang untuk rakyat, takkan tak ada orang PAS, orang PPBM, orang DAP sekalipun, yang nak duit I-Sinar, yang nak duit moratorium?” Sengap depa, Datuk Seri, dengan saya, sengap.”
“Lepas tu baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kita menyediakan skuad untuk bantuan guaman bagi saman SOP RM10,000, lagi sekali, Datuk Seri Presiden, depa kutuk saya, depa tak serik depa kutuk lagi, saya tak biar, Datuk Seri, saya UMNO memang saya tak biar punya. Saya pergi jumpa depa, saya kata, Pemuda UMNO—depa kata kat kita, “Hai, Pemuda UMNO ini apalah, duk bela orang salah” dan sebagainya—saya kata, “Hei, kami ini bukan membela orang salah, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia cuba nak membantu orang yang dituduh bersalah tetapi tidak bersalah. Sengap, Datuk Seri.”
(Ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah ini boleh ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=VMK8pPKEHXY)
Ekoran ucapan ini, Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi, telah membuat satu komentar terbuka mengenainya dalam Facebook pada 29 Mac 2021

Komentar Menteri Besar Kedah ini menyebut:
(1) Mohd Fadzil Zolkipli “bercakap tidak benar bila memperihalkan suasana di pejabat Menteri Besar Kedah dalam ucapan beliau”

(2) Tidak pernah sesiapapun mengutuk UMNO, PAS, PPBM atau mempertikai langkah -langkah politik UMNO di pejabat Menteri Besar Kedah

(3) Walaupun Pegawai Khas daripada PAS lebih ramai daripada UMNO dan Bersatu, Pegawai Khas daripada UMNO dan PPBM dilayan secara profesional.
(4) Keadaan di pejabat Menteri Besar Kedah tidaklah seperti digambarkan dalam ucapan beliau itu dalam konteks hubungan antara kakitangan dan pegawai yang berlainan parti politik

(Komentar Menteri Besar Kedah ini boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/posts/1348881925495766)
Ini diikuti oleh satu kenyataan media Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Haji Armishah Siraj, pada hari yang sama yang menyebut:
(1) Kenyataan Mohd Fadzil Zolkipli adalah “tidak tepat dan mengelirukan”

(2) Urustadbir pejabat Menteri Besar Kedah adalah inklusif di mana tiada elemen segregasi politik, ideologi, perbezaan agama mahupun kaum yang dijadikan sebagai alat untuk meminggirkan mana-mana pihak selaras dengan misi dan pendekatan YAB Menteri Besar Kedah sendiri bahawa beliau adalah Menteri Besar untuk semua bukannya Menteri Besar PAS

(3) Tidak ada tekanan politik atau alasan berbeza fahaman dalam parti politik yang dijadikan sandaran oleh pejabat Menteri Besar Kedah dalam memberikan layanan yang berbeza

(4) Kekesalan kerana contoh diungkapkan itu memalitkan imej kurang baik dengan membawa refleksi seolah-olah urustadbir Pejabat Menteri Besar Kedah tidak dilaksanakan secara profesional, adil, berhemah lagi saksama

(Kenyataan media Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah ini boleh dibaca di sini: https://harakahdaily.net/.../profesionalisme-dan.../)
Kenyataan media Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah ini dijawab oleh Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Datuk Ariffin Man, semalam, 30 Mac 2021, di mana kenyataan media yang disiarkan oleh laman Facebook UMNO Kedah ini menyebut:
(1) Ibu Pejabat UMNO Kedah ingin menjelaskan akan hasratnya supaya perkara ini diselesaikan dengan harmoni dan berhikmah

(2) Ucapan Mohd Fadzil Zolkipli sama sekali tidak berniat merujuk kepada urustadbir Pejabat Menteri Besar Kedah mahupun kepada sebarang tekanan politik dan layanan berbeza oleh pentadbiran Menteri Besar Kedah kepada mana-mana pihak

(3) Ucapan Mohd Fadzil Zolkipli merupakan pendekatan secara berseloroh mengenai perbualan yang berlaku di antara beberapa penyokong PAS dengan beliau sendiri ketika beliau sedang menjalankan tugas beliau di Wisma Darulaman

(4) Mohd Fadzil Zolkipli tidak menyebut mahupun merujuk kepada mana-mana pemegang jawatan rasmi di dalam pentadbiran Menteri Besar Kedah

(5) Ada baiknya pihak Pejabat Menteri Besar Kedah memberi penelitian semula ke atas ucapan tersebut dengan mendapatkan penjelasan sebenar daripada tuan tubuh badan sendiri di atas ucapan yang beliau berikan

(Kenyataan media Setiausaha Kerja UMNO Kedah ini boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/267056497059692/posts/1170653923366607/ )
Sejurus selepas itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyiarkan satu komentar dalam Facebook beliau yang menyebut:
(1) Mohd Fadzil Zolkipli telah memohon maaf di dalam satu Group WhatsApp

(2) Mohd Fadzil Zolkipli telah mengakui silap mengatur ayat dan menyinggung perasaan rakan-rakan sepejabatnya ketika berucap di PAU tempoh hari

(3) Beliau telah meminta Mohd Fadzil Zolkipli memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah secara bersemuka

(4) Beliau memohon semua pihak untuk tidak memanjangkan lagi isu ini

(Komentar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah ini boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4005643186125190&id=100000386434949)
Begitupun, petang semalam, 30 Mac 2021, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, pula mengeluarkan kenyataan yang turut disiarkan oleh laman Facebook UMNO Kedah, berbunyi:
(1) Pemuda UMNO Kedah memandang serius posting facebook Menteri Besar Kedah yang disifatkan sebagai serangan terbuka terhadap Ketua Pemuda UMNO Kedah

(2) Posting facebook Menteri Besar Kedah adalah diambil dari luar konteks ucapan berkenaan dan dilihat gagal memahami maksud sebenar apa yang disampaikan

(3) Pemuda UMNO Kedah menyifatkan Menteri Besar Kedah gagal mengamalkan kepimpinan qudwah hasanah selaku seorang ketua di pejabat dan pemimpin tertinggi negeri

(4) Tidak patut disuarakan terbuka teguran kepada pegawai beliau, tanpa proses pendengaran keadilan pihak yang dituduh dan menuduh sedangkan wujud pilihan komunikasi lain yang lebih berhemah dan terhormat

(5) Isu berkenaan bukan besar malahan boleh dianggap bukan ada isu apa pun (non issue)

(6) Adalah lebih baik Menteri Besar Kedah menumpukan hal ehwal pentadbiran negeri dan isu rakyat yang memerlukan tindakan segera

(7) Adalah perlu posting facebook Menteri Besar Kedah dipadamkan dan surat rasmi Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah ditarik balik

(8) Kalau ada kelemahan suasana di Pejabat Menteri Besar Kedah, maka perbaikilah, janganlah secara mentah menidakkan, menafikan dan menolak kelemahan (jika ada) yang mungkin wujud

(9) Pemuda UMNO Kedah tetap dengan prinsip tiada apa kesalahan berlaku di pihak Ketua Pemuda UMNO Kedah melainkan kekhilafan tafsiran yang berlaku pada pihak pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah

(10) Pemuda UMNO Kedah berharap pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah jangan mempersulitkan sesuatu yang mudah, kelak dilihat memutarbelitkan situasi dan fakta serta bertindak secara tidak matang dan kebudak-budakan.
(Komentar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah ini boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/1040777281/posts/10223064802542067/. Komentar Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Kedah ini juga turut disiarkan dalam laman Facebook UMNO Kedah di sini: https://www.facebook.com/267056497059692/posts/1170831220015544/ )
Pandangan ikhlas saya sebagai seorang ahli akademik non-partisan adalah:
(1) Menteri Besar Kedah mempunyai hak untuk membuat komentar terbuka ke atas ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah kerana ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah juga dibuat secara terbuka

(2) Menteri Besar Kedah mempunyai hak untuk memberi penjelasan mengenai suasana di pejabat Menteri Besar Kedah kerana ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah menyentuh mengenainya

(3) Memang benar ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah tidak menyebut mahupun merujuk kepada mana-mana pemegang jawatan rasmi di dalam pentadbiran Menteri Besar Kedah

(4) Begitupun, bila Ketua Pemuda UMNO Kedah menyebut “saya seorang-seorang terkanting-kanting di Pejabat YAB Menteri Besar, sebab saya UMNO, yang lain semua PAS, ada seorang lagi PPBM pegawai, saya seorang, mereka kutuk saya” maka adalah jelas kepada fahaman orang awam yang mendengarnya bahawa ungkapan “mereka” ini adalah merujuk kepada pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar Kedah

(5) Tindakan UMNO Kedah cuba mempertahankan Ketua Pemuda UMNO Kedah dengan menyebut ucapan beliau merupakan pendekatan secara berseloroh mengenai perbualan yang berlaku di antara beberapa penyokong PAS dengan beliau sendiri ketika beliau sedang menjalankan tugas beliau di Wisma Darulaman adalah tidak selari dengan butiran verbatim ucapan beliau sendiri

(6) Penegasan Pemuda UMNO Kedah bahawa ia tetap dengan prinsip tiada apa kesalahan berlaku di pihak Ketua Pemuda UMNO Kedah melainkan kekhilafan tafsiran yang berlaku pada pihak pentadbiran Pejabat Menteri Besar Kedah adalah tidak selari dengan butiran verbatim ucapan Ketua Pemuda UMNO Kedah sendiri dan dengan pengakuan silap Ketua Pemuda UMNO Kedah sendiri

(7) Tindakan Pemuda UMNO Kedah menyerang Menteri Besar Kedah adalah tidak selari dengan hasrat UMNO Kedah supaya perkara ini diselesaikan dengan harmoni dan berhikmah dan dengan permohonan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah supaya semua pihak tidak memanjangkan lagi isu ini

(8) Tindakan UMNO Kedah menyiarkan dalam laman Facebooknya kenyataan Pemuda UMNO Kedah yang menyerang Menteri Besar Kedah adalah tidak selari dengan hasrat UMNO Kedah supaya perkara ini diselesaikan dengan harmoni dan berhikmah dan dengan permohonan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah supaya semua pihak tidak memanjangkan lagi isu ini.
Sepatutnya Ketua Pemuda UMNO Kedah berjiwa besar dengan mengakui silap dan memohon maaf secara rasmi seterusnya menutup terus episod ini untuk mengelakkan daripada spekulasi bahawa mungkin pemanjangan isu ini diperlukan bagi memenuhi agenda lain.
Kamarul Yusoff


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/mengapa-perlu-dikeruhkan-hubungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Gaduh Antara Umno Pas Gamaknya Nih Kah

Ini Gaduh Antara Umno Pas Gamaknya Nih Kah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 163 hits
Gaduh di kedai makan polis buru 3 lelaki disyaki terlibat April 3 2021 Polis meminta tiga lelaki berkenaan atau mana mana saksi tampil memberi keterangan PETALING JAYA Polis memburu tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebu...
Hubungan Pas Kelantan Dengan Umno Bersatu Diputuskan Di Peringkat Pusat

Hubungan Pas Kelantan Dengan Umno Bersatu Diputuskan Di Peringkat Pusat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 232 hits
Images KONGSI ARTIKEL SEPANG Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu
Pas Anggap Hubungan Umno Bersatu Seperti Harimau Yang Luka

Pas Anggap Hubungan Umno Bersatu Seperti Harimau Yang Luka

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 281 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSetiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir memberi gambaran ada sebuah parti yang menyokong Perikatan Nasional kini ibarat harimau yang sedang luka Tanpa menyebutkan mana mana pihak beliau berk...
Umno Negeri Insaf Sayang Hubungan Dengan Pas

Umno Negeri Insaf Sayang Hubungan Dengan Pas

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 229 hits
Datuk Saarani Mohamad berkata kerjasama sedia ada antara Umno dan PAS saling menguatkan kedua dua parti Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 28 Mac Hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional menghangatkan sesi perbahasan Perhimp...
Hadi Tinggalkan Dewan Merdeka Enggan Ulas Ucapan Zahid Hala Tuju Hubungan Pas Umno

Hadi Tinggalkan Dewan Merdeka Enggan Ulas Ucapan Zahid Hala Tuju Hubungan Pas Umno

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas pertanyaan daripada pemberita yang mahu mendapatkan reaksi segera beliau mengenai hala tuju politik parti Islam itu serta hubungannya dengan UMNO yang tidak mahu bekerjas...
Umno Perlu Pulih Hubungan Dengan Pas Demi Mn

Umno Perlu Pulih Hubungan Dengan Pas Demi Mn

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 169 hits
bharian com April 2 2021 9 54pmBekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Foto fail NSTPKUALA LUMPUR Hubungan UMNO dan PAS melalui kerjasama Muafakat Nasional yang diibaratkan sedang retak menanti belah perlu diselamatkan segera kata b...
Ahmad Cadangkan Umno Pas Bertembung Di T Ganu Kelantan Dan Kedah

Ahmad Cadangkan Umno Pas Bertembung Di T Ganu Kelantan Dan Kedah

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 153 hits
malaysiakini comDiterbitkan 27 Mar 2021 5 48 pmWalaupun wujud kerjasama rasmi di antara Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said mempunyai cadangan tersendiri untuk kedua dua parti Pengerusi Umno Tere...
Kesiannya Umno Nak Bersama Pas Tapi Pas Pilih Bersatu

Kesiannya Umno Nak Bersama Pas Tapi Pas Pilih Bersatu

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 259 hits
KENYATAAN media bersama Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS ini sekaligus telah menjawab desakan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman yang meminta PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama Umno atau Bers...
Lupakan Pas Umno Perlu Bangkit Dan Lawan Kata Penganalisis

Lupakan Pas Umno Perlu Bangkit Dan Lawan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik melihat Umno hari ini sebagai lemah dan ketakutan walaupun jumlah keahlian dan sokongan akar umbinya kuat Felo Majlis Profesor Nasional Jeniri Amir berkata untuk Umno kembali menjadi kuasa politik ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong

Liverpool Memporak Perandakan Harapan Spurs Untuk Empat Teratas Sementara Villa Membidik Liga Juara Juara

Vivo X100 Ultra X100s Akan Dilancarkan Pada 13 Mei

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Pemuda Kaku Selepas Kemalangan Habis Sayur Niaga Berterabur Atas Jalan

Puasa Ayyamul Bidh Niat Keutamaan Jadwal 2024