Suci Dari Haidh Pada Waktu Asar Dan Isyak
Aku pernah terbaca sebelum ni yang kalau perempuan sudah suci haidh pada waktu asar, wajib solat asar dan qada solat zohor. Begitu juga kalau sudah suci dari haidh pada waktu isyak, wajib solat isyak dan qada solat maghrib.
Tapi kalau suci dari haidh pada waktu subuh, zohor, atau maghrib, cuma perlu solat waktu tersebut saja, tak perlu qada solat yang lain.
Dalam erti kata yang lain, kalau suci dari haidh pada waktu kedua dari solat yang boleh dijamakkan (asar / isyak), wajib qada solat yang waktu pertama dari solat yang boleh dijamakkan (zohor / maghrib)
Tapi kenapa?
Hal ini kerana menurut imam An-Nawawi dalam kitab al-Tahqiq, waktu Asar adalah waktu darurat bagi solat Zuhur, dan waktu Isyak adalah waktu darurat bagi solat Maghrib.
Selain itu, para ulama memandang 2 waktu ini (zuhur dan Ashar / Maghrib dan Isya') memiliki keterkaitan dalam waktu, atau dalam istilah fiqih disebut dengan ‘tadaaaruk al-waqt sebab dua waktu ini boleh bergabung dibuat jamak.
Sebab itu kalau suci dari haidh pada waktu zohor, tidak perlu qada solat subuh dan kalau kalau suci dari haidh pada waktu maghrib, tidak perlu qada solat asar kerana dua waktu ini (subuh-zohor dan asar-maghrib) tak ada kaitan.
Adapun hal ini merupakan pendapat majoriti ulama’, kecuali dari mazhab Hanafi. wallahu a'la wa a'lam.
Sumber dan rujukan :
1. Umar Mukhtar Mohd Noor. (2019 Jan 28). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-287: “Jika Habis Haid Waktu Maghrib, Tidak Perlu Qadha Asar Dan Zuhur”. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3061-irsyad-al-fatwa-siri-ke-287-jika-habis-haid-waktu-maghrib-tidak-perlu-qadha-asar-dan-zuhur
2. MustaqimJiwa. (2019 may 8). Soalan berkaitan fiqh nisa’. Twitter. Dipetik dari : https://twitter.com/MustaqimJiwa/status/1126045557376425984
3. Alkahfi. (2017 Dec 28).Apakah Perkara-Perkara Yang Diharamkan Kepada Wanita Yang Haidh Atau Nifas? Al Kahfi Services. Dipetik dari https://alkahfi.com.my/apakah-perkara-perkara-yang-diharamkan-kepada-wanita-yang-haidh-atau-nifas/
4. Fazlina. (2019 Nov 30). Normal ke darah beku semasa haidh? Fazlina.com. dipetik dari https://www.fazlina.com/2019/11/normal-ke-darah-beku-semasa-haidh.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.budakpening.com/2020/12/suci-dari-haidh-pada-waktu-asar-dan.html