Subhanallah Lelaki Ini Bangun Laungkan Azan Setiap Kali Masuk Waktu Ketika Koma


Subhanallah Lelaki Ini ‘Bangun’ Laungkan Azan Setiap Kali Masuk Waktu Ketika Koma..| INDIVIDU di dalam video ini adalah seorang bilal yang berada di dalam keadaan koma. Namun, disebabkan satu insiden, dia kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital.
Difahamkan, lelaki ini akan ‘bangun’ setiap kali masuk waktu solat untuk melaungkan azan dan koma semula setelah selesai azan.
Ibnu Rajab Al Hambali pernah mengatakan, sesungguhnya seorang hamba hanyalah akan diberi balasan sesuai amalan yang dia lakukan.
“Barang siapa meninggalkan suatu amalan -bukan kerana uzur syarie seperti sakit, bersafar, atau dalam keadaan lemah di usia tua, maka akan terputus darinya pahala dan ganjaran jika dia meninggalkan amalan tersebut.” (Lihat Fathul Baari lii Ibni Rajab, 1/84)
Namun perlu diketahui bahawa apabila seseorang meninggalkan amalan soleh yang biasa dia rutinkan kerana alasan sakit, sudah tidak mampu lagi melakukannya, dalam keadaan bersafar atau uzur syarie lainnya, maka dia akan tetap memperoleh ganjarannya.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
“Jika seseorang sakit atau melakukan safar, maka dia akan dicatat melakukan amalan sebagaimana amalan rutin yang dia lakukan ketika mukim (tidak bemusafir) dan dalam keadaan sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2996)
semoga kita meninggal dalam keadaan yang baik ikuti artikel di bawah 20 tanda kematian yang mulia
20 TANDA KEMATIAN YANG MULIA (HUSNUL KHATIMAH)
Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)
Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”
Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana “mabtun” syahid dan orang yang tenggelam syahid.”
Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.” Ini termasuk malaria, denggi, apa sahaja virus-virus yang merebak dan sebagainya)
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalaman (mabtun) berdasarkan hadis di atas. (sakit jantung,hati,paru-paru, usus, perut, apendiks, pankreas, payudara, rahim dan lain-lain yang tersembunyi dalam badan manusia)
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.” Ulama mengatakan orang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya adalah termasuk dalam kategori ini.
Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”
Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Ke-20: Mereka yang meninggal ketika keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya ,dia berada fi sabilillah sehingga dia pulang ke rumahnya semula”.(at-Tirmizi). Meninggalnya dia ditengah jalan dalam menuntut ilmu dikira sebagai syahid fi sabilllah.
Kebanyakan syahid diatas disebut sebagai syahid akhirat yakni jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah biasa, diakhirat dia akan dibangkitkan bersama syuhada’ insyallah. Manakala syahid dunia dan akhirat hanyalah mereka yang gugur dimedan perang fisabillah. Jenazah mereka hanya perlu dikafan dan dikebumikan sahaja.
Lihatlah betapa rahim-Nya Allah yang menjadikan ujian keatas orang Islam sebagai penyebab keampunan keatas dosa-dosa mereka lalu meninggikan darjat mereka dengan ujian yang dihadapinya itu dengan mengurniakan syahid kepadanya.
Semoga kita dimatikan di dalam husnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amiin, Ya Rabbal ‘Alamin…
Wallahua’lam.
Diolah Dari Sumber: Pemuda Ahli Sunnah
SILA SHARE DAN SEBARKAN
The post Subhanallah Lelaki Ini ‘Bangun’ Laungkan Azan Setiap Kali Masuk Waktu Ketika Koma.. appeared first on MyMinda!.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://myminda.ml/subhanallah-lelaki-ini-bangun-laungkan-azan-setiap-kali-masuk-waktu-ketika-koma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencari Pahala Kemuncak Dalam Solat Waktu Paling Afdal Untuk Bangun Ketika Iqamah

Mencari Pahala Kemuncak Dalam Solat Waktu Paling Afdal Untuk Bangun Ketika Iqamah

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 2574 hits
Assalamualaikum w b t Bismillahirahmanirahim Ustaz Jafri Abu BakarJika kita hendak membuat sesuatu ibadah carilah waktu yang paling afdal Tetapi adakah ibadah kita sah jika kita tidak melakukan perkara perkara afdal ini Jawapannya ibadah te...
Rakaman Cemas Penumpang Siap Laungkan Takbir Ketika Dalam Penerbangan Lion Air Akhirnya Terbongkar

Rakaman Cemas Penumpang Siap Laungkan Takbir Ketika Dalam Penerbangan Lion Air Akhirnya Terbongkar

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1320 hits
Rakaman Cemas Penumpang Siap Laungkan Takbir Ketika Dalam Penerbangan Lion Air Akhirnya TerbongkarRakaman Cemas Penumpang Siap Laungkan Takbir Ketika Dalam Penerbangan Lion Air Akhirnya Terbongkar
Dr M Syor Bersenam 15 Minit Setiap Hari Pada Waktu Pejabat

Dr M Syor Bersenam 15 Minit Setiap Hari Pada Waktu Pejabat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 301 hits
Semua pejabat dari sektor awam dan swasta di seluruh negara disaran untuk membenarkan pekerja mereka bersenam selama 15 minit pada setiap hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu bagi memastikan para pekerja sentiasa...
Tahap Ketokongan Apa Ini Rm450 Juta Boleh Membayar Rm8 Bilion Modal Hormat Azan Cukup Untuk Tipu Rakyat Berkali Kali

Tahap Ketokongan Apa Ini Rm450 Juta Boleh Membayar Rm8 Bilion Modal Hormat Azan Cukup Untuk Tipu Rakyat Berkali Kali

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 326 hits
Semalam menteri kewangan telah mengeluarkan kenyataan memuji dirinya dan untuk memburukkan BN bahawa situasi kewangan bagi tempoh 4 bulan dari Mei sehingga Ogos di bawah kerajaannya adalah lebih baik dari untuk tempoh Januari hingga April d...
Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 483 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini 23 Jun 2016 adalah hari terakhir pelajar mengambil peperiksaan sebelum bercuti lebih kurang 3 minggu sebelum naik semester baharu Bagi pelajar semester akhir hari ini adalah hari terakhir berada ...
Bini Aku Setiap Kali Balik Kerja Abg Nak Enen Ada Tak Cara Nak Pisahkan Selera Bini Aku

Bini Aku Setiap Kali Balik Kerja Abg Nak Enen Ada Tak Cara Nak Pisahkan Selera Bini Aku

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 5297 hits
Assalamualaikum admin tolong sembunyikan identiti aku min min ada tak cara nak pisahkan selera bini aku yang suka hisap tetek Bini aku setiap kali balik kerja abg nak enen aku rasa pandangan aku gelap min Rasa geli semua ada Tapi aku tahan ...
Mendengar Azan Ketika Sedang Sahur Bolehkah Terus Makan

Mendengar Azan Ketika Sedang Sahur Bolehkah Terus Makan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 526 hits
Soalan kalau sedang makan sahur lepas tu bunyi azan boleh kah kita terus habiskan makanan tu Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan Jawapan Jika diyakini subuh telah masuk wajib berhenti makan termasuk meluahkan...
Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia Subhanallah

Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia Subhanallah

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 417 hits
PETALING JAYA Saat yang paling dinanti nantikan pasangan suami isteri adalah kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kasih sayang Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia Subhanallah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game