Suara Lantang Anwar Bela Rakyat Palestin Bergema Dalam Luar Negara






 Oleh: Noraini Nordin



ANALISIS: Selepas mengakhiri jadual yang padat dalam lawatan rasmi ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak antara Negara-Negara Teluk (GCC) dan ASEAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mengadakan pula lawatan singkat ke Turkiye dan Mesir sebelum berlepas pulang ke tanahair.





Anwar dijadualkan tiba di tanah air pada Selasa pagi.





Di Arab Saudi, selain menghadiri sidang tersebut, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh.





Dalam kedua-dua acara itu, isu Palestin dan isu kemanusiaan akibat perang di Gaza merupakan agenda yang terus disuarakan oleh Anwar untuk diberi perhatian oleh semua.





Beliau mengajak semua pihak agar berusaha menghentikan peperangan di Palestin yang kesannya hanya membawa kesengsaraan kepada warganya, terutama kanak-kanak, wanita dan warga tua.





Demi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia - Arab Saudi pula, Anwar turut mempelawa Mohammed Salman melawat negara ini dan ia dijangka akan berlangsung pada Januari, tahun depan.





Di Turkiye selepas mengakhiri lawatan ke Arab Saudi, Anwar telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Recep Tayyib Erdogan selama hampir dua jam.





Perbagai isu dua hala dan kepentingan bersama diangkat sebagai topik perbincangan dalam pertemuan tersebut dan tentunya isu Palestin tidak terkecuali.











Dalam perbincangan itu, Anwar dan Erdogan sama-sama memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan warga Palestin yang dinafikan hak mereka oleh regim Israel.





Anwar turut menyatakan pendirian Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak dua hari lalu dan bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.





Dalam waktu yang sama, Anwar bertegas bahawa Malaysia tidak berganjak daripada pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat dalam isu Palestin ini.





Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan 2024, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian bantuan RM10 juta sebagai dana awal kepada Tabung Kemanusiaan Palestin.





Beberapa hari kemudian, tabung tersebut telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM81 juta, menghampiri sasaran yang ingin dicapai iaitu RM100 juta.





Malam esok, 24 Oktober, beberapa jam selepas menjejakkan kaki dalam negara, Anwar sekali lagi akan memperdengarkan suara lantang dan tegas Malaysia berkaitan isu Palestin dalam program Himpunan Malaysia Bersama Rakyat Palestin.





Program itu akan diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 7.30 malam.





Pemimpin-pemimpin pelbagai parti politik dan NGO dijangka terlibat dalam himpunan tersebut dan acara kemuncak ialah ucapan oleh Perdana Menteri.





Pendek kata, dalam isu Palestin ini, suara dan keprihatinan Anwar telah bergema di mana-mana dan ia akan terus kedengaran sampai bila-bila sebagai pemimpin Malaysia yang konsisten membela nasib rakyat Palestin.





_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

·         Berita

0 comments

1 like. Post not marked as liked






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/suara-lantang-anwar-bela-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bela Rakyat Palestin Hantar 50 Tan Bantuan Kemanusiaan

Malaysia Bela Rakyat Palestin Hantar 50 Tan Bantuan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 285 hits
Oleh Noraini NordinANALISIS Bukan hanya sekadar bersuara lantang dan berdemo Malaysia membuktikan usaha terus dijalankan tanpa henti bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan derita perang Antara tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan...
Rakyat Sanggup Belikan Yb Pas Tiket Pesawat Berjuang Di Palestin

Rakyat Sanggup Belikan Yb Pas Tiket Pesawat Berjuang Di Palestin

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 169 hits
HarapanDaily comSikap pemimpin Pas bergelar YB yang dilihat masih mahu berpolitik mengenai jenayah perang di Palestin mengundang rasa rimas rakyat negara ini Antaranya pengguna Facebook Norman Radzuan yang mengaku sudah tidak mampu lagi ber...
Ppim Selar Wakil Rakyat Bantah Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah Sinar Harian 27 10 2023

Ppim Selar Wakil Rakyat Bantah Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah Sinar Harian 27 10 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 271 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan dua wakil rakyat dari Sarawak yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di kesemua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Aktivisnya Datuk N...
Hujan Tak Halang Rakyat Pamer Solidariti Kepada Palestin Di Selangor P Pinang

Hujan Tak Halang Rakyat Pamer Solidariti Kepada Palestin Di Selangor P Pinang

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 229 hits
Ribuan peserta Himpunan Kasih Gaza berkumpul di pekarangan Masjid Bandar Perda Bukit Mertajam petang semalam KUALA LUMPUR Cuaca mendung serta hujan di Selangor dan Pulau Pinang sejak petang tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun bagi ...
Da I Syed Minta Maaf Samakan Warna Gincu Isteri Dengan Darah Rakyat Palestin

Da I Syed Minta Maaf Samakan Warna Gincu Isteri Dengan Darah Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 192 hits
Pendakwah selebriti Da i Syed Shah Iqmal 27 tampil membuat permohonan maaf selepas menerima kecaman ramai kerana tidak menjaga sensitiviti berhubung isu Palestin Ia selepas tular sebuah video memaparkan Da i Syed menggunakan isu Palestin ke...
Apa Pmx Buat Di Luar Negara Ini Jawapannya Di Parlimen Hari Ini

Apa Pmx Buat Di Luar Negara Ini Jawapannya Di Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 306 hits
Semenjak DS Anwar Ibrahim menjawat jawatan PM 10 beliau telah hadir beberapa mesyuarat berkala termasuk mesyuarat di peringkat Asean dan PBB 17 lawatan ke luar negara di Asean China Amerika Syarikat UAE dan Arab Saudi Di Negara China potens...
Kelantangan Anwar Terhadap Palestin Ciri Penting Hubungan Antarabangsa Malaysia

Kelantangan Anwar Terhadap Palestin Ciri Penting Hubungan Antarabangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 209 hits
KELANTANGAN Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa negara di bawah pimpinan Anwar Ibrahim Beberapa penganalisis memuji keberanian Anwar bersuara dan memba...
Zionis Guna Simpati Holocaust Bunuh Rakyat Palestin 7 Selama Dekad

Zionis Guna Simpati Holocaust Bunuh Rakyat Palestin 7 Selama Dekad

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 150 hits
Isu Palestin sengaja dijadikan rumit oleh para pelobi Yahudi terutama ke atas negara kuasa besar Barat yang dipengaruhi untuk bersimpati terhadap kekejaman Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua membunuh jutaan kaum Yahudi di Eropah Menurut ...
Gara Gara Kelantangan Anwar Ibrahim Menghentam Israel Peguam Ini Minta Rakyat Malaysia Bersedia

Gara Gara Kelantangan Anwar Ibrahim Menghentam Israel Peguam Ini Minta Rakyat Malaysia Bersedia

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 252 hits
Kita tak mintak banyak Kita hanya mintak rakyat Palestin dilayan selayaknya sebagai manusia Beri mereka makanan dan ubat2an Dan beri peluang untuk bayi mereka hidup dan membesar Kuasa besar Eropah dan Amerika akan menekan kita kerana bersua...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga