Suara Anak Muda Semakin Nyaring Didengar Dalam Prn


 

Dalam PRU 2018, calon kali pertama DAP, Jamaliah Jamaluddin, menang kerusi DUN Bandar Utama, Selangor, dengan majoriti 34,679 atau meraih 90.4% undi dalam pertandingan tiga penjuru hingga lawannya hilang wang pertaruhan.
Cantik dan terpelajar dengan ijazah sarjana muda kelas pertama dalam pengajian perniagaan dari Universiti Northwood, Amerika Syarikat, Jamaliah mewakili angkatan muda parti itu yang keutamaannya adalah menangani isu-isu kaum dan pengupayaan tenaga muda.
Dipercepatkan waktu lima tahun kemudian, Jamaliah, yang juga cucu kepada pemimpin veteran dan nasionalis, Shamsiah Fakeh, mungkin mendapati cabarannya berbeza kali ini.
Pertama, dia akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan partinya dengan musuh ketat sebelumnya, Umno, dan kedua, dia bekal berdepan calon Muda, Abe Lim, yang sepertinya cantik dan terpelajar.
Dia dilaporkan memberitahu kepemimpinan partinya yang kesediaannya bertanding didorong oleh isu alam sekitar tempatan yang boleh menjadi tarikan utama di kawasan bandar.
Abe, aktivis perubahan iklim yang berkelulusan sebagai peguam dari Universiti Oxford Brookes, Oxford, England di samping sudah menamatkan program perniagaan eksekutif di Stanford Business School, Amerika Syarikat, turut menjadi perwakilan di Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu (COP27) tahun lalu.
Pertembungan kedua-duanya di kerusi bandar seperti DUN Bandar Utama membayangkan parti-parti bertanding semakin memberi penekanan kepada calon muda profesional dalam memenangkan gabungan diwakili mereka.
Pengarah strategik di KRA Group, sebuah firma perundingan hal ehwal awam, Amir Fareed Rahim, dipetik berkata sebilangan besar pengundi muda atas pagar amat mementingkan kewibawaan dan alam sekitar, lantas mesej berkaitan isu berkenaan pasti menarik minat mereka.
Dalam PRN enam negeri esok, jumlah keseluruhan pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun adalah seramai 661,905 orang, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi seramai 274,194 orang.
Kumpulan pengundi pertama ini rata-rata dianggap pemerhati boleh menjadi pemutus kemenangan parti-parti bertanding.
Malah, inisiatif Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik membuka jalan kepada 5.8 juta pengundi berumur 18 tahun ke atas menyertai PRU15, dengan pemerhati mendakwa ia menyebabkan Perikatan Nasional memenangi 74 kerusi Parlimen tanpa dijangka.
Kajian oleh Bridget Welsh, seorang penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, ke atas PRU15 lalu mendapati kira-kira 37% pengundi dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun menyatakan sokongan kepada PN, mengatasi PH (35%) dan Barisan Nasional (23%).
Calon PH bagi DUN Kota Damansara, Izuan Ahmad Kasim, yang disifatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai “wakil Pemuda”, turut mengakui cabaran besar menantinya dalam usaha mempertahankan kerusinya itu berikutan sebahagian besar pengundi terdiri daripada golongan muda yang dikatakan condong kepada PN. Tapi itu mungkin ya, mungkin tidak lagi.
Menurut Izuan, PH mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kecenderungan terhadap PN itu, merangkumi usaha di dunia nyata dan di media sosial yang melibatkan penyampaian maklumat dan mematahkan sebarang fitnah.
“Saya percaya pengundi muda bijak untuk memilih siapa yang betul-betul menawarkan kebaikan untuk mereka. Saya percaya untuk PRN kali ini, mereka akan beralih arah,” katanya merujuk kepada Statistik Selangorkini bagi DUN Kota Damansara bahawa kira-kira 29.2% (26,318 orang) daripada lebih 90,000 pengundi adalah dalam lingkungan usia 21 hingga 30 tahun manakala 7.3% pemilih berumur 18 hingga 20 tahun (6,579 orang).
Kepercayaannya itu seakan-akan dibenarkan oleh hakikat bahawa sifat “tidak setia” pengundi muda membuka peluang kepada semua parti mendapatkan sokongan kelompok itu pada PRN.
Pensyarah Pengajian Polisi, Universiti Malaysia Terengganu, Mohd Yusri Ibrahim, berkata tinjauan kaji selidik pasca PRU15 hingga Mac lalu yang dijalankan bersama Ilham Centre mendapati pengundi muda yang majoritinya memilih PN dilihat cenderung membuat keputusan lain.
“(Pada) PRU15, pengundi muda khususnya segmen Melayu-Islam mengundi PN. Namun, undi tersebut bersifat semasa dan bukan setia.
“Ada juga yang hendak ‘kalih’ ke BN atau PH,” katanya dipetik daripada wacana santai untuk mengupas dapatan awal menjelang PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 25 Jun lalu.
“Menjelang PRN, kumpulan ini masih terbuka untuk menyokong mana-mana parti, bahkan dapatan menunjukkan sebahagian yang mengundi PN dalam PRU lepas telah menyatakan kesediaan untuk mengundi PH. Maksudnya sokongan mereka sangat dinamik dan boleh berubah-ubah mengikut situasi,” tambahnya.
Tidak ketinggalan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, turut menyentuh mengenai pentingnya sokongan pengundi muda dalam ceramahnya di Jelajah Madani DUN Sementa, Selasa lalu.
“Kita berada di landasan yang cukup baik. Calon dan jentera kita perlu tumpu kepada pengundi muda 18-24 tahun pada hari-hari terakhir kempen ini.
“Di seluruh enam negeri kita bertanding, kerajaan perpaduan telah melepasi sokongan PN untuk semua kumpulan umur 24 tahun ke atas. Satu-satunya kumpulan yang PN masih mendahului ialah pengundi kali pertama 18-24 tahun.
“Jadi dekatilah mereka, yakinkan mereka dan tunjukkan kepada mereka yang mengundi ini ialah demi masa depan mereka. Insya-Allah lebih ramai pengundi atas pagar akan buat keputusan untuk mengundi kita,” katanya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/suara-anak-muda-semakin-nyaring.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Anak Muda Yang Tak Pajak Otak Pada Orang Lain

Golongan Anak Muda Yang Tak Pajak Otak Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 240 hits
Sedap baca set set yang bukan pajak otak Alhamdullilah harap generasi sebegini makin ramai di kalangan kita Baik untuk negara Yang set taksuber pada berhala sama ada parti atau pemimpin cepat pupus lah hendaknya Pemikiran mereka Mana baik k...
Muda Isytihar Harta Calon Bertanding Prn

Muda Isytihar Harta Calon Bertanding Prn

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 199 hits
PARTI Ikatan Demokratik Malaysia akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini dalam masa terdekat Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata semua ahli parti itu yang bertanding dalam pi
Prn Pulau Pinang Pengundi Muda Cenderung Ph Bn

Prn Pulau Pinang Pengundi Muda Cenderung Ph Bn

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 210 hits
Oleh Abdullah ZaidGelanggang Pilihan Raya Negeri di Pulau Pinang dilihat santai dan bersahaja buat calon gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional untuk meraih sokongan sebelum tarikh pengundian pada 12 Ogos ini Hanya berbaki 7 hari sebelum...
Prn Faktor 4 9 Juta Pengundi Muda

Prn Faktor 4 9 Juta Pengundi Muda

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 183 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myKuala Lumpur Kemenangan mana mana calon dan parti politik yang akan bersama membentuk serta mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos nanti dijangka banyak disumbangkan fakt...
Prn Semua 19 Calon Muda Isytihar Harta

Prn Semua 19 Calon Muda Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 249 hits
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengisytiharan aset oleh semua 19 calon parti itu dilaksanakan secara telus PETALING JAYA Semua 19 calon Muda yang bertanding pada PRN 12 Ogos ini telah mengisytiharkan semua harta termasu...
Analisa Prn Dua Calon Bebas Tak Hilang Deposit Muda Psm Tersungkur

Analisa Prn Dua Calon Bebas Tak Hilang Deposit Muda Psm Tersungkur

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 149 hits
MalaysiakiniDua calon bebas berjaya mengekalkan wang pertaruhan mereka dalam enam pilihan raya negeri semalam Sementara semua calon Muda PSM dan 39 calon bebas lain termasuk lima ahli bersekutu Bersatu dan 11 calon Gerakan kehilangan wang d...
Rombak Kabinet Selepas Prn Sampai Masanya Pmx Singkir Anak Murid

Rombak Kabinet Selepas Prn Sampai Masanya Pmx Singkir Anak Murid

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 169 hits
agendaily com14 08 2023Anwar atas pentas UMNO bersama anak muridnya Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 Foto kredit Astro AwaniKeputusan Pilihan Raya Negeri 2023 pada Sabtu adalah kayu pengukur kepada kerajaan campuran yang diketuai Da...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Saya Akan Sentiasa Berterima Kasih Kj Sekeluarga Tersentuh Hati Atas Kemuliaan Pmx Terhadap Pak Lah

Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes