Suami Menembak Mati Isteri Dituduh Telah Berkahwin Ketika Bekerja Di Luar Negara
Seorang wanita yang dituduh telah berkahwin ketika bekerja di luar negara maut ditembak oleh suaminya sendiri, menurut dakwaan menerusi video yang tular di media sosial
Bagaimanapun, lokasi dan tarik video itu diambil tidak diketahui
Wanita tersebut didakwa telah difitnah berlaku curang ketika bekerja di luar negara oleh orang di sekeliling sekembalinya dia setelah bekerja di luar negara
Gambar: FacebookSebelum itu, wanita tersebut dikatakan pulang ke kampung halaman untuk menemui suaminya
Namun begitu, kerana lebih mempercayai fitnah yang ditabur oleh orang lain, suaminya itu didakwa telah membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan secara dekat menggunakan pistol sambil tangan isterinya itu dipegang oleh lelaki lain kerana khuatir si isterinya itu akan lari menyelamatkan diri
Apa yang lebih menyedihkan ialah, sebelum tembakan itu dilepaskan, wanita tersebut sempat mengucapkan kata-kata terakhir kepada suaminya itu
Dalam video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu, wanita tersebut memberitahu kepada suaminya “adalah lebih baik aku mati di tangan mu sekiranya kau lebih mempercayai fitnah orang”. Selepas mendengarinya, suaminya terus melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut
Gambar: FacebookSebuah lubang kubur didakwa telah digali bagi mengebumikan terus jasad wanita tersebut sejurus selepas riwayat wanita itu ditamatkan
Kejadian tembakan itu juga didakwa berlaku bersebelahan dengan lubang kubur yang telah digali sebelum itu
Sebanyak dua tembakan didakwa telah dilepaskan. Wanita itu dilihat masih gagah berdiri semasa tembakan pertama dilepaskan. Raut wajah wanita tersebut dilihat mengharapkan bahawa suaminya itu sempat mengubah fikirannya
Melihat keadaan wanita itu yang masih teguh berdiri, suaminya itu bertindak melepaskan tembakan yang kedua bagi memastikan riwayat isterinya itu tamat ditangannya
Selepas tembakan kedua itu dilepaskan, wanita tersebut dilihat terus rebah ke tanah sambil menahan kesakitan akibat daripada tembakan yang dilepaskan oleh suaminya itu
Semasa kejadian itu, wanita tersebut dilihat kemas memakai baju seakan-akan baju pengantin yang berwarna putih. Selepas wanita tersebut rebah ke tanah, kelihatan darah mengalir mencomotkan baju pengantin yang dipakainya
Walaubagaimanapun, kesahihan cerita yang ditular dan dikaitkan dengan video berkenaan tidak dapat disahkan
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini ialah, janganlah kita melakukan fitnah kerana kesan fitnah ini amat dahsyat kepada seseorang
Sumber: Facebook, Youtube
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/suami-menembak-mati-isteri.html