Suami Harus Hindari 15 Sikap Ini Sebelum Hubungan Mahligai Anda Hancur



Ikatan suami isteri merupakan mahligai indah yang sepatutnya dijaga dengan sebaiknya agar ikatan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat. Tiada pasangan suami isteri yang menginginkan untuk bercerai.
Oleh sebab itulah setiap pasangan harus menjaga ikatan tersebut dengan tidak melakukan sebarang yang boleh meretakkan ikatan tersebut. Terkadang terdapat sikap suami yang boleh menyebabkan si isteri benci dan terguris. Sesetengah suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Cuba anda semak 15 sikap ini. Sekiranya ada dalam diri, cepat2 lah baiki dan terus buang pun boleh.
1. Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!
2. Semua tak boleh
Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.
3. Buat salah tak minta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.
4. Suka cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?
5. Cepat mesra dan over
Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi ‘teman tapi mesra’ sangatlah.
6. Tak sensitif perasaan wanita
Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.
8. Tidak tahu menghargai
Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.
9. Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!
10. Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss…
11. Selekeh dan tak jaga penampilan
Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.
12. Malas buat kerja
Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.
13. Kurang bercakap dan bergurau
Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.
14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini.
15. Berat sebelah
Kadang ada kes mentua tak suka menantu, ya bab inilah suami kena lebih peka. Tak bolehlah dengar sebelah pihak saja, peranan suami lebih berat kalau isteri tak ngam dengan Mak. Dengar saja cerita buruk, suami kena semak dan tidak keruhkan keadaan. Banyakkan doa dan mohon pada Allah, bukan hanya tahu salahkan isteri. Ya, isteri kena mengalah dengan Mak, tapi suami kena cari jalan terbaik untuk maniskan hubungan kekeluargaan.
Namun harus diingat, sikap kurang baik yang disebutkan diatas boleh juga berlaku terhadap isteri. Oleh sebab itulah kedua-dua pasangan suami isteri harus sama2 menjaga sikap agar ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa harmoni.
 
Sumber: kalamindah.com 
The post Suami Harus Hindari 15 Sikap Ini Sebelum Hubungan Mahligai Anda Hancur appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/suami-harus-hindari-15-sikap-ini-sebelum-hubungan-mahligai-anda-hancur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hal Hal Yang Harus Kaum Milenial Ketahui Sebelum Punya Asuransi

Hal Hal Yang Harus Kaum Milenial Ketahui Sebelum Punya Asuransi

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 213 hits
Chief Marketing Officer Allianz Life Indonesia Karin Zulkarnaen mengatakan asuransi sangat penting dimiliki semua orang di segala usia Termasuk bagi generasi milenial yang masih memiliki banyak kegiatan sehingga membutuhkan perlindungan leb...
Dia Masih Isteri Saya Yang Sah Suami Nafi Laporan Media Tegaskan Doktor Itu Jalinkan Hubungan Dengan Isterinya

Dia Masih Isteri Saya Yang Sah Suami Nafi Laporan Media Tegaskan Doktor Itu Jalinkan Hubungan Dengan Isterinya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 381 hits
Didakwa cemburu sehingga sanggup bawa geng belasah doktor di hospital Sungai Petani suspek utama dalam video viral tempoh hari tampil menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia berada di pihak yang benar Menurut Amir Fakhrurrazi ...
Kondom Punca Hubungan Seksual Sebelum Berkahwin

Kondom Punca Hubungan Seksual Sebelum Berkahwin

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 419 hits
Kondom punca hubungan seksual sebelum berkahwin Bila berbicara tentang pendapat pasti kita akan dipenuhi dengan pandangan dan juga idea dari sebilangan individu manusia Tidak semua idea dan pandangan adalah sama antara satu sama lain Dalam ...
Sikap Isteri Penyejuk Hati Suami

Sikap Isteri Penyejuk Hati Suami

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 307 hits
khas buat para isteri jom kita ketahui apakah 12 sikap yang boleh kita sejukkan hati suami 1 Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah 2 Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan ...
Anak Gadis Di Kampung Ini Dibenarkan Untuk Melakukan Hubungan Intim Dengan Ramai Lelaki Untuk Pilih Calon Suami

Anak Gadis Di Kampung Ini Dibenarkan Untuk Melakukan Hubungan Intim Dengan Ramai Lelaki Untuk Pilih Calon Suami

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 629 hits
Setiap kampung sudah pasti mempunyai peraturannya sendiri tetapi adakalanya peraturan itu tidak wajar bagi orang lain yang tidak tinggal di kampung itu Seperti peraturan yang unik yang berlaku di sebuah perkampungan di Kemboja ini yang vira...
Komentar Sedang Virus Wuhan Semakin Menular Sikap Bagaimana Yang Harus Kita Tonjolkan

Komentar Sedang Virus Wuhan Semakin Menular Sikap Bagaimana Yang Harus Kita Tonjolkan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 243 hits
Hadapinyalah dengan tenang tetapi teruslah berjaga jaga Inilah nasihat sebaiknya dalam masyarakat dunia meningkatkan langkah masing masing untuk menghadapi penularan jangkitan virus korona baru Wuhan sekarang ini Seperti jangkitan jangkitan...
Sebelum Marah Pada Suami Tataplah Matanya Mungkin Dia Penat Menahan Lapar Demi Mencari Rezeki

Sebelum Marah Pada Suami Tataplah Matanya Mungkin Dia Penat Menahan Lapar Demi Mencari Rezeki

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 403 hits
Sering dilihat seorang isteri yang sentiasa marah marah kepada suami hanya kerana si suami tak dapat memenuhi keinginan si isteri Sering juga dilihat seorang anak bicaranya sangat kasar pada ayahnya hanya kerana si ayah tidak dapat membelik...
Keajaiban Buah Nanas Suami Isteri Harus Tahu

Keajaiban Buah Nanas Suami Isteri Harus Tahu

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 746 hits
Jangan biarkan keistimewaan dan keajaiban buah nanas terbiar begitu saja Buah nanas hidup subur dan biasanya banyak ditanam di negara negara tropika dimana iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun Buah ajaib ini bukan saja lazat berju...
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 632 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids