Suami Bosan Isteri Bebel Tak Berhenti Pernah Tanya Tak Kenapa Macam Tu


Semasa bercinta seorang wanita berperwatakan lembut. Manja dan sopan-santun. Mahu dengar suara pun susah kerana sangat menjaga tutur kata. Awal perkahwinan juga begitu, segala keperluan suami disediakan tanpa merungut. Bila suami pulang dari pejabat, wajahnya manis menyambut di muka pintu. Lama-kelamaan hilang segala kelembutan. Tambahan lagi kalau sudah beranak banyak, mulalah naik angin saja.
Marah sana-sini. Suami jadi bosan, anak-anak ketakutan. Sebenarnya si isteri tak tahu pun yang tindakannya itu sudah jauh sama sekali dari dirinya yang sebenar. Sebagai seorang suami, carilah masa yang sesuai untuk beri teguran kepada isteri. Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew menerangkan mengapa hal sebegini boleh berlaku.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]
Kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang dan kuat marah-marah…
Tadi selesai beri ceramah ada seorang tahan saya sebelum sampai rumah. Saya terkejut juga. Abang tu stress. Katanya isterinya kuat suka marah-marah. Anak-anak asyik kena marah jer. Cepat naik angin. Suka masam jer muka. Berubah perangai. Dah lama juga perangainya. Ramadhan ini semakin menjadi-jadi. Tak nak layan suami. Dah tak nak bercakap..ustaz tolonglah saya. Apa saya perlu buat..

ISTERI BERUBAH KERANA RINDUKAN SUAMI Abang, sayang abang kerana Allah. Nak tahu tak sebab apa isteri kita jadi begitu. Dulu isteri yang baik dan lemah lembut. Suka bermanja. Bergurau sama-sama. Kini semuanya berubah..lagi teruk ada yang sampai stress dan kemurungan..mereka cuma manusia macam kita.
Sebabnya ialah,mereka rindu suami mereka. Mereka perlukan suami yang beri perhatian pada mereka. Mereka penat abang. Dari pagi sampai waktu tidur cuma untuk keluarga. Mereka perlu rehat. Mereka nak suami dengar mereka. Bantu kerja-kerja rumah. Urus anak-anak..kasihan mereka..

Dari pagi sahur. Asyik terjaga-jaga nak siapkan sahur buat suami dan anak-anak. Mereka rindu nak solat dan baca Al-Quran bersama suami…mereka dahaga bimbingan dan kasih sayang..
Artikel Menarik: [Tak perlu Beritahu, Suami FAham Ada Yang Tak Kena. Inilah Yang Isteri Nak!]
Saya nak tanya abang ada tak buat semua tu. Kita para suami gagal bimbing mereka.
SUAMI TAK BANTU ISTERI Erm betul lah ustaz. Saya sibuk kerja. Balik rumah saya sibuk dengan telefon tak berhenti. Tak tolong basuh berak anak. Tak tolong buang sampah. Tak tolong ajar anak-anak sekolah. Semua isteri saya buat. Dah lama tak berbual-bual dengan isteri. Dia cakap, saya lambat jawab. Sebab tengok tv dan main telefon. Ya Allah tuhanku..lepas tu kadang-kadang lepak mamak malam-malam. Pergi bersukan dengan kawan-kawan. Mesti wife saya stress..
Betul ler tu abang. Itulah sebabnya. Bukan tak boleh buat semua tu. Tapi jika kita nak rehat. Tengok dulu isteri kita dah rehat ke belum. If kita nak beli apa-apa untuk hobi kita tengok dulu isteri kita pencuci muka pun takde duit. Sebelum kita pergi berurut tengok isteri kita dah berurut dah ke belum. Kita solat tarawih bantu juga supaya isteri kita sempat tarawih..mereka juga manusia dan perlu masa nak solat dan zikir pada Allah..buat Taklim sama-sama dengan isteri dan anak-anak..

Gitulah abang. Baru betul suami soleh. Ayah yang baik. Hamba Allah yang disayangi Allah. Barulah hidup rezeki kita berkat. Barulah Ramadhan ini telah mengubah kita. Kita berjaya dalam sekolah Ramadhan ini. Asas dia mula di rumah. Bagaimana layan suami atau isteri.
Abang tu kata,ustaz izin saya peluk ustaz. Doakan saya ustaz. Saya nak jadi hamba Allah yang baik. Teringin nak buat dakwah dengan ustaz.
Artikel Menarik: [Bukan Malas Layan, Tapi Suami Tak Reti ‘Berkias’. Isteri, Tolong Cakap Straight Je!]

Saya doakan abang bahagia sampai syurga bersama isteri dan semua anak menjadi anak soleh dan solehah-ebitlew
Semoga dengan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini dapat memberi penjelasan kepada para suami mengapa isteri berubah sedemikian rupa. Mungkin anda boleh membantunya dari segi emosi dengan menjadi suami yang lebih peka dan mengambil tahu soal isteri. Sebenarnya manja isteri ni tak pernah hilang, cuma terkambus dek kesibukan dan tekanan yang dialaminya.
The post Suami Bosan, Isteri Bebel Tak Berhenti. Pernah Tanya Tak, Kenapa Macam Tu? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-bosan-isteri-bebel-tak-berhenti-pernah-tanya-tak-kenapa-macam-tu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Selagi Mampu Janganlah Pernah Berkira Dengan Isteri Sendiri

Suami Selagi Mampu Janganlah Pernah Berkira Dengan Isteri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 448 hits
Orang rumah bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama sama mendirikan sebuah rumah tangga Suami seharusnya sentiasa ingat isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hi...
Isteri Meninggal Akibat Kanser Suami Tak Pernah Missed Ziarah Pusara Walau Pukul 2 Pagi

Isteri Meninggal Akibat Kanser Suami Tak Pernah Missed Ziarah Pusara Walau Pukul 2 Pagi

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 478 hits
MULA berkenalan di Tanah Suci Makkah pada tahun 2011 pasangan ini akhirnya menamatkan zaman bujang mereka pada 18 Jun 2018 Namun benarlah kata orang ajal maut jodoh pertemuan itu semuanya di tangan tuhan Pada Ogos lalu Khairul Azwan Razali ...
Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 534 hits
Bernikah dengan seorang lelaki bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih Harus belajar menerima keluarganya juga Terutamanya ibu mertua Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri Artikel Menarik Ada masanya ...
Isteri Anak Sulung Suami Beruntung Dimanja Selalu Tapi Tetap Kena Bebel

Isteri Anak Sulung Suami Beruntung Dimanja Selalu Tapi Tetap Kena Bebel

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 515 hits
Ketika seseorang lelaki menghampiri seorang wanita manalah dia tahu gadis idamannya itu anak sulung anak tengah atau anak bongsu Waktu itu lelaki tersebut hanya tahu yang diasudah terpikat dan mahu cuba nasib kalau ada jodoh untuk bersama S...
Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan Inilah Cara Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman

Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan Inilah Cara Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 520 hits
Untuk membina sebuah mahligai cinta bukanya mudah berhabis masa tenaga dan wang Tetapi untuk mengekalkanya juga bukan perkara yang mudah Lebih sukar daripada kerja kerja untuk membinanya Kepercayaan kesetiaan pengorbanan yang sangat sangat ...
Isteri Terkilan Mengidam Minta Beli Jagung Rm2 Tapi Suami Berhabis Duit Beli Barang Motor

Isteri Terkilan Mengidam Minta Beli Jagung Rm2 Tapi Suami Berhabis Duit Beli Barang Motor

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 501 hits
Kehidupan berumahtangga sememangnya berbeza dengan alam percintaan Apabila bergelar suami atau isteri di saat inilah kita mengenali siapa pasangan kita yang sebenarnya Ada yang sewaktu bercinta semuanya indah tetapi selepas kahwin sebalikny...
Isteri Baru Macam Vitamin Buat Saya

Isteri Baru Macam Vitamin Buat Saya

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 351 hits
Sebelum ini isteri baru Da i Farhan iaitu Dr Erin mendedahkan ini merupakan perkahwinan ketiga buatnya Dr Erin berkata dia tidak menyangka bertemu The post appeared first on
Sedih Tengok Suami Cerai Isteri Hamil Untuk Kahwin Lain

Sedih Tengok Suami Cerai Isteri Hamil Untuk Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 360 hits
Rumah tangga Da i Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya Fatin Nur Ain yang sedang sarat hamil The post appeared first on
Suami Bakar Isteri Sampai Mati Sebab Mandul

Suami Bakar Isteri Sampai Mati Sebab Mandul

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 354 hits
Seorang lelaki di Mesir tergamak membakar isterinya hanya kerana wanita itu tidak dapat memberi zuriat kepadanya sepanjang tempoh 3 tahun berkahwin Lapor media Mesir Al Wafd Muhammad mengikat isterinya Aya dan disimbah dengan cecair mudah t...
Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Car Solid Perfume Fragrance

Welcome 2025 Nak Tenang


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Emotionally Drained

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public