Stuktur Ekonomi Negara Perlu Diubah Untuk Lebih Mampan




Malaysia perlu menstruktur semula ekonomi negara bagi mengelakkan terdedah kepada persekitaran ekonomi global tidak menentu ketika ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ekonomi negara ketika ini bergantung kepada tiga sektor utama iaitu minyak dan gas (O&G), komoditi dan semikonduktor yang sangat terdedah kepada risiko faktor luaran.
Justeru negara tegasnya, perlu beralih kepada ekonomi digital dan peralihan tenaga yang dilihat lebih mampan serta kurang terkesan dengan pelbagai isu global.
“Jika kita terus bergantung kepada tiga sektor yang disebutkan tadi, mungkin sukar untuk kita terus berkembang. Ketika ini, ramai mengatakan ekonomi dunia merosot dan ada mengatakan ia menjurus ke arah kemelesetan.
“Kita perlu beralih kepada ekonomi digital dan tenaga baharu untuk kekal lestari di rantau ini,” katanya dalam satu sidang media selepas perasmian Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Pusat 4IR Malaysia) di Kuala Lumpur pada Isnin.
Pusat 4IR Malaysia yang dibangunkan dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu merupakan pusat pertama seumpamanya di rantau ASEAN.
Ia bakal menjadi platform bagi pemimpin kerajaan dan perniagaan, ahli akademik dan pakar untuk mewujudkan hab inovasi dan kepakaran bagi memanfaatkan potensi teknologi baru muncul sekaligus memacu transformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, inklusif dan peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Sementara itu, Rafizi turut menegaskan penstrukturan semula ekonomi itu penting bagi mengekalkan prestasi pertumbuhan Malaysia.
Walaupun pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia iaitu 5.6 peratus pada suku pertama melepasi jangkaan ramai pihak, namun jelasnya prestasi berkenaan amat sukar dikekalkan jika negara terus bergantung kepada sektor yang menerima pendedahan langsung ekonomi global.
“Pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mengejutkan ramai pihak. Pencapaian kita diraih hasil daripada kedudukan negara sebagai negara pengeksport pembuatan. Malah, kita masih terdedah dengan apa jua keputusan yang dibuat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS),” katanya.
The post Stuktur ekonomi negara perlu diubah untuk lebih mampan first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36373?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=stuktur-ekonomi-negara-perlu-diubah-untuk-lebih-mampan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hangar Sprm Siasat Bekas Menteri Kanan Tan Sri Kes Seleweng Lebih Rm2 3 Bilion

Hangar Sprm Siasat Bekas Menteri Kanan Tan Sri Kes Seleweng Lebih Rm2 3 Bilion

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 271 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah membuka beberapa kertas siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencega...
6 Alasan Kantor Bukanlah Tempat Yang Tepat Untuk Jatuh Cinta Kalau Gagal Sakitnya Lebih Nyiksa

6 Alasan Kantor Bukanlah Tempat Yang Tepat Untuk Jatuh Cinta Kalau Gagal Sakitnya Lebih Nyiksa

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 284 hits
Pas lagi males malesnya ketemu dia eh malah ada agenda meeting bareng urusan kerjaan Pengin marah tapi harus tetap profesional
Jom Sertai Sushi King Spin And Win Campaign Dengan Ganjaran Lebih Dari Rm1 000 000

Jom Sertai Sushi King Spin And Win Campaign Dengan Ganjaran Lebih Dari Rm1 000 000

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 171 hits
Sushi King melancarkan Spin and Win campaign yang menarik melalui Aplikasi Sushi King menawarkan hadiah dan ganjaran berharga untuk pelanggan setia Jom sertai SUSHI KING Spin and Win campaign dengan Ganjaran Lebih dari RM1 000 000 Hi korang...
Jamuan Madani Lebih 50k Tetamu Hadir

Jamuan Madani Lebih 50k Tetamu Hadir

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 204 hits
Lebih 50 000 pengunjung berbilang kaum membanjiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri peringkat Negeri Perak di Taman Tema Lost World of Tambun hari ini Mereka berpeluang menyaksikan persembahan artis tempatan meras...
Lebih Baik Qurban 1 Kambing Ataukah Patungan 1 7 Sapi

Lebih Baik Qurban 1 Kambing Ataukah Patungan 1 7 Sapi

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 191 hits
Manakah yang lebih dipilih qurban 1 kambing ataukah patungan 1 7 sapi Manakah yang lebih utama sehingga pahalanya lebih besar
Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 264 hits
Cuti persekolahan yang bakal bermula hujung bulan ini apa kata mak ayah peruntukkan waktu seketika untuk bercuti bersama anak anak Sebolehnya usahakan untuk membawa anak keluar seketika dari rumah untuk melakukan pelbagai aktiviti luar ruma...
Mini Makaroni Bakar Bubuh Dalam Cawan Lebih Memudahkan

Mini Makaroni Bakar Bubuh Dalam Cawan Lebih Memudahkan

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 282 hits
Mini makaroni bakar ini diletakkan di dalam cawan Jadi lebih mudah bila nak dihidangkan untuk sebarang jamuan Apatah lagi di hari hari akhir Syawal ni Tentu banyak majlis pejabat dan rumah terbuka Selain itu ia juga comel kan Boleh ikut res...
Wuling Kenalkan Mobil Listrik Binggo Di Pevs 2023 Lebih Murah Dari Air Ev

Wuling Kenalkan Mobil Listrik Binggo Di Pevs 2023 Lebih Murah Dari Air Ev

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 169 hits
Di PEVS 2023 Wuling menampilkan delapan unit display dua unit Air ev varian lengkap dua unit Air ev untuk mobil kepolisian dan pemadam kebakaran serta unit Air ev edisi KTT G20 dan ASEAN 2023
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain