Strok Haba 6 Perkara Ini Anda Patut Hindarkan



APAKAH GEJALA STROK HABA?

Strok haba akan menunjukkan beberapa gejala seperti keletihan berlebihan, sesak nafas diikuti dengan sakit perut, gelisah, degupan jantung yang cepat, pengsan dan mungkin muntah parah. Semua keadaan ini berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas sehingga melebihi 40.5 Celcius, melampaui suhu normal iaitu 37 Celsius.

Apabila tubuh anda gagal mengatasi gejala-gejala tersebut, anda mungkin jatuh pengsan, mengalami sawan, kecelaruan, kerosakan serius pada otak dan organ dalaman, koma, dan ada yang boleh menyebabkan kematian.


6 PERKARA PERLU DIELAK SEPANJANG CUACA PANAS

Selain memperbanyakkan meminum air masak dan berteduh, jangan lakukan 6 perkara ini untuk mengelak daripada terkena serangan strok haba.

1. MEMINUM TERLALU BANYAK MINUMAN MANIS

Wah, siapa tak nak pekena teh ais atau ‘ice blended’ dalam musim panas dan matahari terik ni kan?

Berhati-hati dalam menikmati minuman berais seperti ini kerana biasanya minuman ini biasanya mengandungi gula yang sangat banyak. Kandungan gula berlebihan ini mungkin menyebabkan anda rasa bertenaga, tapi itu hanya sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah.

Gantikan jus buah-buahan yang dibeli dalam pek dengan jus organik, atau buat sendiri‘smoothies’ dengan bahan berkhasiat seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberi tenaga untuk jangka masa panjang. Sedap juga, kan?

Gula bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi gula juga boleh memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita seperti vitamin B dan kalsium

2. BERAKTIVITI DI ATAS PERMUKAAN PANAS SEPERTI BITUMEN DAN SIMEN

Elakkan strok haba dengan mengurangkan aktiviti di tengah-tengah panas terik, terutamanya di kawasan yang tidak berpokok dan permukaan lantai seperti bitumen dan simen.

Permukaan lantai seperti ini mampu mengumpul dan memantulkan haba dengan banyak.

Aktiviti seperti kawad kaki, perbarisan, dan perhimpunan seelok-eloknya diteruskan dalam dewan tertutup atau berbumbung untuk mengelakkan serangan strok haba.

3. PAKAI TUDUNG YANG TERLALU TEBAL

Bagi yang perempuan pula, janganlah terlalu berfesyen sehingga memakai tudung berlapis-lapis dan berbelit-belit.

Ianya bukan saja menyebabkan anda tidak selesa, tetapi mampu membahayakan kesihatan anda.

Jika terpaksa bertudung sepanjang hari, carilah bahan yang selesa seperti kapas. Pastikan anak tudung dilonggarkan dari semasa ke semasa. Ini penting kerana lebih daripada 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala

4. DUDUK DALAM KERETA LAMA-LAMA

Ada yang lebih suka duduk sebentar dalam kereta kerana ‘air cond’ nya yang sejuk dan nyaman. Tetapi, tahukah anda perkara ini juga boleh membahayakan kesihatan?

Apabila enjin dipanaskan dan dibiarkan ‘idle’ tanpa pergerakan dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas karbon oksida daripada ekzos dipercayai boleh masuk ke dalam tempat duduk penumpang.

Secara tidak langsung, ia boleh menjejaskan kesihatan buat jangka masa panjang. Perkara ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anda menutup rapat kesemua tingkap.

Jika terpaksa tidur sebentar, pastikan anda menurunkan sedikit tingkap supaya udara dari luar dapat mengalirkan gas di dalam kereta. Sebagai langkah keselamatan, pastikan tingkap tidak dibuka terlalu luas


5. MEMBEDUNG BAYI BERLAPIS-LAPIS

Macam-macam pantang larang bayi baru lahir. Ada yang percaya mereka perlu dibedung untuk mengelakkan bayi berjalan ‘kengkang’ apabila menginjak usia kelak.

Walau apa pun kebaikan membedung bayi yang anda bahaskan, lengkapkan diri anda dengan ilmu dalam melaksanakannya. Bayi adalah salah satu golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada strok haba.

Pastikan bedung yang digunakan tidak terlalu tebal, dan jangan pula membedung bayi sehingga menjadikan bayi lemas dan tidak selesa.

Dalam cuaca panas sebegini, pastikan bayi dibedung longgar dan gunakan saja kain lampin atau kain kapas yang berlubang-lubang. Ianya murah, nipis, dan menyerap peluh

6. MENGAMBIL UBAT PENAHAN SAKIT

Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan, elakkan mengambil ubat-ubatan seperti paracetamol (contoh: Panadol) dan aspirin kerana ia sebenarnya tidak akan membantu mengurangi suhu tubuh yang tinggi.

Malah, jika anda tidak bernasib baik, ia mungkin pula menyebabkan komplikasi yang lebih buruk.

Jadi, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa tidak selesa dalam cuaca panas terik sebegini.


AWASI ANAK-ANAK DAN WARGA EMAS

Golongan kanak-kanak, bayi, dan warga emas paling mudah terjejas dengan musim panas melampau. Oleh itu, kerapkan memeriksa suhu mereka, terutamanya apabila golongan ini menunjukkan rasa tidak selesa dari semasa ke semasa.

Selain itu, pesakit kencing manis dan golongan obesiti juga perlu berjaga-jaga dengan strok haba kerana mereka turut termasuk dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

Paling penting, jangan lupa minum banyak air kosong ya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/02/strok-haba-6-perkara-ini-anda-patut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Awal Strok Haba

Tanda Tanda Awal Strok Haba

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 366 hits
Tanda Tanda Awal Strok Haba Strok haba adalah keadaan di mana seseorang diserang demam panas dalam keadaan cuaca panas tak menentu Strok haba berlaku apabila seseorang terdedah kepada cuaca panas berterusan semasa melakukan aktiviti fizikal...
Kurangkan Aktiviti Luar Bagi Mengelakkan Diri Mengalami Strok Haba

Kurangkan Aktiviti Luar Bagi Mengelakkan Diri Mengalami Strok Haba

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 297 hits
Berikutan dengan cuaca panas melampau yang melanda negara Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin menasihatkan agar pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi menghentikan sebarang aktiviti luar Ini kerana ia bagi mengela...
Suami Ada Skandal Dengan Perempuan Lain Perkara Pertama Kita Mesti Buat Berhenti Salahkan Sesiapa

Suami Ada Skandal Dengan Perempuan Lain Perkara Pertama Kita Mesti Buat Berhenti Salahkan Sesiapa

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 361 hits
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti akan merasa sakitnya perasaan bila dikhianati oleh suami sendiri Apabila suami jatuh hati dengan perempuan lain dan cinta itu kemudian berbalas pasti menjadi mimpi ngeri setiap wanita Sekiranya perka...
13 Perkara Menakjubkan Jika Anda Mengambil Jus Lemon Rileks Media

13 Perkara Menakjubkan Jika Anda Mengambil Jus Lemon Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 331 hits
Lemon buah bersaiz kecil dan berwarna kuning mempunyai rasa yang masam tetapi banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan Buah ini kaya dengan magnesium karbohidrat potasium asid sitrik kalsium dan vitamin B juga C Jus lemon mempunyai ban...
Komisi Iii Dpr Soroti 7 Ribu Perkara Pidana Di Jatim Belum Tuntas Penanganannya

Komisi Iii Dpr Soroti 7 Ribu Perkara Pidana Di Jatim Belum Tuntas Penanganannya

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 302 hits
Tujuh ribu perkara tindak pidana yang belum tuntas penanganannya di Jawa Timur menjadi sorotan Komisi III DPR RI Tujuh ribu perkara itu kini dalam penanganan Kepolisian Kejaksaan dan Pengadilan
Story 1 Sales Jangan Risau Buat Perkara Besar Dulu Sale Akan Masuk Sendiri

Story 1 Sales Jangan Risau Buat Perkara Besar Dulu Sale Akan Masuk Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 407 hits
Hampir sebulan aku berada di kok lanas bersama poknik Alhamdulillah beruntung sangat aku merasakan antara yang paling bertuah Hampir setahun aku mencari kerja kebanyakan tak dapat Kadang kadang terfikir juga kenapa masih tak dapat kerja ada...
Foo Sing Wai Hina Nabi Langgar Perkara 3 Perlembagaan

Foo Sing Wai Hina Nabi Langgar Perkara 3 Perlembagaan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 773 hits
DEWAN Muslimat PAS Perak sangat menyanjung tinggi Perlembagaan Malaysia yang meletakkan sifat beragama adalah luhur aman dan damai seperti yang tercatat di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah Agama bagi persekutuan t...
Foo Sing Wai Memang Suka Sebar Perkara Karut Dan Fitnah Di Facebooknya

Foo Sing Wai Memang Suka Sebar Perkara Karut Dan Fitnah Di Facebooknya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1135 hits
Tiba tiba nama Foo Sing Wai menjadi terkenal diseluruh negara berikutan tindakannya yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu status bergambar menerusi akaun Facebooknya baru baru ini Perkara itu kemudiannya mencetuskan kemarahan umat Isla...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine