Strategi Berniaga Abdul Rahman Bin Auf


Assalamualaikum dan salam kejayaan buat para pembaca sekalian. Artikel kali ini membawakan perkongsian tentang strategi yang diamalkan oleh tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi iaitu Abdul Rahman bin Auf r.a

Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama

Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta

Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi. Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi

Strategi #1 – Jual Unta Harga Kos
Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tiada untung. Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf

Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab: Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga. Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar

Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka. Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain

Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga. Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga

Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya

Selain strategi #1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu

Strategi #2 – Syukur Walau Untung Sedikit
“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan

Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa

Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan

Strategi #3 – Jangan Seksa Pelanggan
“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini

Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”

Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain

Strategi #4 – Sila Bayar Tunai
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai

Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual. Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah

Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka

Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT

Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan

Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah

Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf. Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab; “Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja

3 Strategi Berniaga Klasik Cara Sahabat Nabi
Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari. Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda: “Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita

Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi

Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga

Sekian dahulu artikel untuk kali ini. Moga bertemu lagi dalam artikel berikutnya

Salam kejayaan dari saya, Hasryn Hamka

Kredit / Sumber Article : https://bisnes101.wordpress.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.risiyusoff.com/2020/01/strategi-berniaga-abdul-rahman-bin-auf.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+risiyusoff%2FtWze+%28RisiYusoff%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lamborghini Atas Nama Buruh Kasar Abdul Malik Diduga Mau Hindari Pajak

Lamborghini Atas Nama Buruh Kasar Abdul Malik Diduga Mau Hindari Pajak

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 256 hits
STNK mobil mewah yang dipakai Abdul Malik saat meletuskan tembakan ke udara tiga kali karena marah dengan dua pelajar di Kemang atas nama seorang buruh serabutan Diduga untuk menghindari pajak kendaraan mewah
Tito Karnavian Sentil Video Abdul Somad Soal Hari Ibu Kafir

Tito Karnavian Sentil Video Abdul Somad Soal Hari Ibu Kafir

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 383 hits
Jakarta CNN Indonesia Menteri Dalam Negeri sekaligus Pembina Dharma Wanita Persatuan Tito Karnavian menolak jika perayaan Hari Ibu setiap tanggal 22 Desember dicap sebagai budaya kafir dan haram dilakukan Pernyataan Tito merespons sebuah ce...
Saat Kecelakaan Lamborghini Milik Abdul Malik Pakai Pelat Nomor Palsu

Saat Kecelakaan Lamborghini Milik Abdul Malik Pakai Pelat Nomor Palsu

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 306 hits
Polisi menyatakan pelat nomor Lamborghini milik Abdul Malik asli Abdul merupakan pengemudi koboi yang menodongkan pistol ke pelajar di kawasan Kemang Jakarta Selatan Sabtu lalu
15 Potret Rumah Super Mewah Sarita Abdul Mukti Yang Dijual Seharga Rp50 Miliar

15 Potret Rumah Super Mewah Sarita Abdul Mukti Yang Dijual Seharga Rp50 Miliar

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 344 hits
Janda cantik Sarita Abdul Mukti tengah berupaya menjual rumah mewahnya di kawasan elit di Jakarta Rumah tersebut dijual dengan harga Rp50 miliar
Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi Ustadz Abdul Somad

Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi Ustadz Abdul Somad

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 327 hits
Jom kita semua bersama sama dengar apa kata Ustaz Abdul Somad berkisar dengan sambutan tahun baharu Semoga kita menjaga akhlak dan tataterbit sesama tetanga kita Jangan kita meniru seperti yahudi dan nasroni kerana ia membinasakan kehidupan...
Dijual Usai Suami Nikahi Jennifer Dunn Begini Mewahnya Rumah Sarita Abdul Mukti

Dijual Usai Suami Nikahi Jennifer Dunn Begini Mewahnya Rumah Sarita Abdul Mukti

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 366 hits
Setelah mantan suami Sarita Abdul Mukti Faisal Haris memilih meninggalkannya dan menikah dengan Jennifer Dunn Sarita memutuskan untuk menjual rumah mewahnya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities