Stir Fry Udon Noodles





         Walaupun kena makan sorang2 sebab UnclePali tak suka bab noodles ni, ada aku kesah? Tapi kesian juga tadi masa Kjee tengah makan tengok asben kita masak sendiri Maggie Goreng
         Dah hampir 23 tahun kami kahwin, macam2 Kjee ajar dia makan. Dia tetap tak berkenan Noodles yang digoreng Chinese style. Tetapi kalau bab Sushi atau Dimsum, dia memang laju. Hehehe.          Anyway ini lunch Kjee tadi. Aritu ikut UP gi Hero Market. Mata Kjee liar tengok barang2 kat rak. Maklumlah kita jarang2 ikut UP gi supermarket. Duk tunggu dalam kereta aje sebab tak sihat
         
          Dan tetiba ternampak Udon Noodles. Aikk dia orang letak dekat rak bihun kering? Sepatutnya kat dalam chiller! Ahhh lantaklah. Kjee rembat satu peket. Didalam ada 4 peket, tiap satu untuk 1 portion. Harga dah lupa. Rm5 lebih kot. Udon Noodles asal negara Jepun.          So hari ini Kjee goreng ala Stir Fry. Tentu korang faham maksud stir fry. It means semua bahan yang mesti sudah siap sedia. Dan dimasak pantas2
         Tadi Kjee celur satu peket Udon. Kejap jer. 2 atau 3 minit.  Toskan airnya dan tepikan. Kjee guna sedikit isi ayam dan beberapa ekor udang. Kalau nak letak sawi, cuci dan potong2. Tak nak, sukati.         Kjee keluarkan kicap pekat atau dark soy sauce. Kicap ini tak ada rasa cuma untuk warna. Kalau tak ada, guna jer kicap biasa. So tak perlu letak kicap cair atau nampla. Perlu juga letak beberapa titis minyak bijan. Harum baunya.         Dan siap bahan2, ketuk dua tiga ulas bawang putih. Panaskan kuali dengan sedikit mintak. Masukkan bawang putih. Goreng hingga garing sikit terus masukkan ayam. Dah empuk masukkan sayur dan udang. Pastu letak ler Udon. Seterusnya letak kicap. Kjee letak nampla atau fish sos sebab guna dark soy sauce.          Campur semua bagi mesra. Letak beberapa titis minyak bijan. Padam api dan hidang bersama cili api. Penting cili api sebab ia tak pedas. Sesuai untuk anak2 yang tak makan pedas.          Itu jer. Mudah kan! 




                  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2023/06/stir-fry-udon-noodles.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Bukan Urusan Kita

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Vibrasi Ayat Ayat Tuhan

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang