Stesen
prologHujan renyai-renyaimenambahkan kedinginan buat para penumpang tren ETS yang dalam perjalanan untuk menuju ke utara itu. Hari itu gerabak E hanya dipenuhi separuh penumpang. Semuanya sedang enak lena dibuai mimpi memandangkan waktu baru menjengah jam 4.00 pagi. Tren ETS itu terus meluncur dengan lancar di atas landasannya. Suasana di dalam gerabak E tren ETS itu hnaya sunyi sepi bagai tidak membawa seorang penumpang pun. Suasana di luar sedang hujan lebat
Tiba-tiba gerabak tren ETS bergoncang sangat kuat seperti kereta api elektrik itu terlanggar sesuatu. Hanna yang berada di tempat duduk di tengah-tengah gerabak itu tersedar dari lenanya. Hanna menggosok matanya dan melihat jam tangan yang terikat kemas di tangan kirinya. Jam tangan Baby G berwarna putih itu menunjukkan pukul 4.44 pagi. Masih ada beberapa jam untuk tren itu tiba di stesen Padang Besar. Lokasi yang menjadi destinasi pilihan Hanna. Goyangan tren itu mula reda, tren itu juga tiba-tiba berhenti. Paparan maklumat di skrin LCD juga hanya menunjukkan renik-renik bagai televisyen lama yang hilang siaran.
Hanna memandang ke luar jendela gerabak dan kelihatan sebuah stesen kecil yang bercahaya malap di balik rintik-rintik hujan. Di situ tiada sebarang papan tanda nama tempat seperti kebanyakan stesen. Walaupun tren ETS itu berhenti tapi tiada seorang pun yang terjaga di dalam gerabak E tersebut. Hanna yang masih dalam keadaan mamun itu terus menjinjit beg galasnya menuju ke pintu tren yang sedang terbuka. Hanna berasa sangat sejuk semasa itu dengan susana di dalam tren tiba-tiba berkabus. Tanpa berfikir panjang Hanna terus melangkah keluar dari tren ETS itu
Sejurus Hanna keluar, pintu tren terus tertutup kembali dan tren itu terus berlalu meninggalkan Hanna. Hanya dia seorang yang turun di stesen tidak bernama itu. Stesen itu sunyi sepi. Tiada sebarang kelibat manusia di situ mahu pun kucing dan cicak. Hanna tersedar! "Kenapa aku turun sini, stesen mana pulak ni?" gumam Hanna di dalam hati.
Hanna yang kebingungan dengan keputusan yang dilakukannya sebentar tadi terus melangkah longlai ke dalam stesen itu. Lampu kalimantang yang berada di stesen itu agak malap dan ada juga yang berkelip-kelip seperti mahu terbakar. Hanna memandang kiri kanan depan dan belakang, tiada seorang manusia pun di situ. Kosong! Sunyi sepi. Tiba-tiba hati Hanna terdetik untuk melihat jam tangannya. Alangkah terkejutnya dia apabila waktu yang tertera di jam tangannya masih menunjukkan pukul 4.44 pagi. Masa masih tak berganjak? Mustahil! Dah beberapa minit dia rasakan telah digunakannya sejak dia tersedar dari lena tadi. Mustahil jam Baby G aku rosak, baru jer aku beli kat Pavillion minggu lepas! Gumam Hanna di dalam hatinya sambil tangan kanannya digunakan untuk memeriksa jam yang masih terikat kemas di pergelangan tangan kirinya itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.my/2022/05/stesen.html