Staycation Di Riverine Hotel Suites Amverton Cove Golf And Island Resort Pulau Carey
Hujung bulan lepas staycation di Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey, saya ikut encik suami atas urusan kerja. Encik suami bekerja, kita bercuti. Gitu konsepnya.
kaunter check in & check outRuang lobby yang sangat luas dan selesa. Ada banyak kerusi disediakan di depan, kiri dan kanan lobby hotel.
Terpaling menarik perhatian saya adalah yang ini. Macam gazebo berbentuk sarang burung tempua. Unik sangat. Saya pergi hari Isnin, jadi tak ramai orang yang datang bercuti di sini. Dapatlah ambil gambar tanpa orang di sini
pintu masuk pandangan dari dalam bilik
lengkap ada peti ais, sinki, sudut kupi-kupi
Air minuman disediakanKami dapat bilik double queen, untuk 4 orang. Itu yang ada 4 minuman. Tapi kami stay berdua je.
Teh & kopi sachet beserta krimer & gulaBilik yang sangat luas dan semestinya selesa.
Boleh layan TV di sofa bed ni. Tapi tulah, nak layan TV tapi kejap kejap sangkut ceritanya. Terpasang gitu je lah. Tengoknya tidak
Encik suami sibuk dengan kerjanya. Saya layan TV je lah yang sangkut sangkut siarannya sambil perati permandangan luar bilik. Nak pergi waterpark dan outdoor activities macam bosan sorang-sorang. Jadi, ambil keputusan duduk di bilik je lah. Berehat
Bilik air dan toilet berasingan
toiletries disediakan
Permandangan dari balkoni bilik, padang golf
Dari kejauhan nampak ada paddle boat untuk aktiviti luar di tasik. Tapi tak nampak ada orang naik pun
permandangan dari bilik waktu malam
Lepas bangun subuh, layan permandangan dari balkoni bilik. Berkabus tebal waktu pagi
Pagi pagi awal pagi jam 7:00 dah ramai yang turun padang main golf. Kita perati dari jauh
Disebabkan tak kemana-mana. Dapatlah layan kopi sachet yang hotel sediakan. Bosan betul duduk bilik sorang-sorang. Tapi syok juga dapat rehat-rehat duduk sambil layan kopi dan view menarik di luar bilik
Hari terakhir selepas check out, ikut serta jamuan raya. Tema warna rosewood, burgundy gitu. Mix and match je baju dan kain
Sebenarnya banyak betul aktiviti menarik di sini selain waterpark. Ada go kart, flying fox, paddle boat, ATV, maze, paintball dan banyak lagi. Memang bestlah kalau bercuti ramai-ramai dan dapat buat macam-macam aktiviti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/05/staycation-di-riverine-hotel-suites.html