Staycation Di Grand Barakah Hotel Ampang


Semenjak pandemik melanda ni, dah lama rasanya tak travel ataupun staycation. Kalau dulu, boleh dikatakan setiap bulan ada je trip ke mana-mana. Paling tidak pun, staycation di hotel-hotel, homestay atau airbnb yang berdekatan. Untuk tahun 2022, jom kita mulakan dengan staycation di Grand Barakah Hotel, Ampang. Tak jauh pun dari rumah, sekitar 10 minit je. Bolehlah kan, sekadar untuk tukar angin nak feeling staycation pada cuti hujung minggu


Kalau korang nak tahu, sebelum ini hotel ini lebih dikenali sebagai De Palma Hotel, Ampang. Bermula Oktober 2021, pengurusan baru telah mengambil alih hotel ini dan rebranding dengan nama Grand Barakah Hotel. Apa kelainan dulu dan sekarang? Paling ketara, konsep yang dibawakan oleh pihak Grand Barakah Hotel lebih moden dan Islamik. Hotel ini bertaraf 3 bintang dan merupakan hotel yang patuh syariah. Bila menjejakkan kaki di hotel ini, kita boleh rasakan vibes yang berbeza seolah-olah berada di hotel-hotel di Makkah atau Madinah. 

Dari segi lokasi, Grand Barakah Hotel yang terletak di Ampang ni sangat strategik untuk sesiapa sahaja yang datang bercuti di Kuala Lumpur. Tak jauh untuk ke Kuala Lumpur City Centre, malah dari bilik hotel pun dah boleh nampak 4 mercu tanda sebagai ikonik Kuala Lumpur iaitu bangunan pencakar langit seperti KL Tower, KLCC, TRX dan juga KL 118. Grand Barakah Hotel juga terletak berhampiran dengan deretan kedai-kedai dan restoran. Jadi, tidak hairanlah hotel ini sentiasa menjadi tumpuan warga Klang Valley ataupun orang ramai dari luar Kuala Lumpur untuk menginap dan bercuti di sini


Dari segi kemudahan dan fasiliti, Grand Barakah Hotel tampil unik dengan mengetengahkan konsep patuh syariah dan Islamik. Paling menarik, mereka menyediakan surau khas di Tingkat 3 untuk solat jemaah dengan mempunyai 3 imam tetap. Bukan itu sahaja, surau ini juga dijadikan tempat untuk solat Jumaat pada setiap hari Jumaat. Sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi, surau ini akan dijadikan lokasi utama untuk berterawih. Menarik kan? Untuk kemudahan di bilik pula, pihak Grand Barakah Hotel menyediakan sejadah dan tanda arah kiblat. 
Secara keseluruhannya, Grand Barakah Hotel mempunyai 11 tingkat dan menyediakan 205 bilik. Selain itu, mereka menawarkan 36 bilik jenis suite iaitu Executive Suites dan Premier Suites. Secara ringkasnya, kalau nak menginap di Grand Barakah Hotel ni, korang boleh pilih antara 6 jenis bilik yang ditawarkan mengikut kategori iaitu Premier Floor ataupun Deluxe Floor

Premier FloorPremier DeluxePremier Junior SuitePremiere Executive SuitePercuma tuala dengan setiap penginapan di bilik Premier Floor, Grand Barakah Hotel Ampang

Tempahan bilik Premier Floor pada harga bermula serendah RM230
*Tertakluk kepada terma dan syarat





Deluxe FloorDeluxeJunior SuiteExecutive Suite
Mungkin ada yang tertanya-tanya, Grand Barakah Hotel ni brand hotel baru ke? Actually, pengurusan Grand Barakah Hotel ni dah lama wujud sebagai agensi pelancongan untuk umrah dan haji yang dikenali sebagai Barakah Umhaj. Syarikat ni dah beroperasi selama 20 tahun dan pada Oktober 2021 merupakan titik mula syarikat ini menguruskan hotel pertama mereka dengan mengambil alih De Palma Hotel Ampang yang kini dikenali sebagai Grand Barakah Hotel


Pengalaman Staycation di Grand Barakah HotelJujurnya, ni first time aku menginap di Grand Barakah Hotel. Dulu, time De Palma Hotel beroperasi pun tak pernah menginap kat sini. Cuma pernah datang untuk attend event je. Finally, kali ni dapat juga merasa untuk staycation di Grand Barakah Hotel. Bilik yang aku menginap untuk staycation kali ini adalah Premier Deluxe. Bilik agak luas, bersih dan selesa. Interior design pun memang nampak minimalist dan bermotifkan Islamik. View dari tingkap bilik pula memang betul-betul menghadap KL City Centre. Nampak semua bangunan tinggi mercu tanda KL. Seronok!



Overall experience. aku rasa berbaloi menginap di sini dengan bilik yang selesa, lokasi yang strategik, makanan dengan hidangan buffet yang berbaloi dan paling penting hospitaliti yang sangat memuaskan. Setiap bilik disediakan fasiliti asas seperti toiletaries, water heater, mineral water, sejadah, televisyen, peti sejuk mini, safety box, hanger, tuala, sofa dan workstation. Dari segi kebersihan, aku sangat berpuas hati, memang kemas dan bersih. Lagi satu yang aku perasan bila nak check in, hotel ni bau wangi. Tak ada bau-bau hapak atau kepam. Memang senang hati



Buffet Hari-hari Hari RayaAntara sebab utama aku nak staycation di Grand Barakah Hotel adalah kerana buffet Warisan Bonda. Nak tahu apa yang special? Kat sini dihidangkan dengan macam-macam juadah raya. Dengan tagline, "Hari Hari, Hari Raya", memang meriah dengan menu raya. Nampaknya kalau mengidam nak makan makanan raya, dah tahu tempat nak dituju. Hari tu, lepas solat Jumaat di Masjid Negara ada dapat flyers promosi tentang Warisan Bonda ni. Memang dah berhajat nak pergi try buffet kat sini. Finally, alang-alang ada staycation kat sini, jom kita try



Kafe yang baru sahaja dibuka di Grand Barakah Hotel ini menawarkan pelbagai sajian istimewa raya. Kalau dulu nak makan ketupat rendang dan lain-lain, kita kena tunggu hari raya, sekarang tidak lagi. Di Warisan Bonda kita dapat menikmati juadah kegemaran kita setiap hari. Antara juadah yang diasjikan adalah ketupat nasi, ketupat palas, lemang, burasak dan lepat lui. Tak lengkap hidangan raya tanpa rendang ayam, rendang daging, rendang limpa, ayam masak merah dan sambal sotong. Selain itu, nasi lemak dan kuah longtong juga disediakan. Bila sampai sini, first menu yang aku try adalah lontong. Happy giler rasa sebab memang dah lama aku teringin nak makan lontong yang sedap macam ni.




Jangan terkejut pula bila tengok menu yang ada dan harga yang ditawarkan. Harga buffet cuma RM30 per pax. Amacam, berbaloi ke tidak? Bagi aku, personally sangat berbaloi-baloi. Makan lah apa jua menu yang ada sampai puas. Warisan Bonda beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Kalau nak makan buffet nasi lemak, korang kena datang bermula jam 6 petang sehingga 11 malam. Mana nak dapat weh dengan harga murah macam ni dan hidangan yang sedap-sedap. Betul tak


The Rumbia Coffee HouseSelain Warisan Bonda, korang juga boleh try menu hi-tea di The Rumbia Coffe House yang ditawarkan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Untuk sesi hi-tea, ia akan bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Harga macam mana? Jangan risau, harga yang ditawarkan memang berbaloi. Untuk dewasa RM58/pax, warga emas RM38/pax dan kanak-kanak RM28/pax




Restoran Az-AzzrafSelain menu hari raya dan menu hi-tea, Grand Barakah Hotel juga ada menyajikan menu Arab dan Turki di Restoran Az-Azzraf. Restoran ni terletak di tingkat 3, bersebelahan dengan swimming pool dan surau. Kalau korang teringin nak makan makanan Arab atau Timur Tengah, bolehlah bertandang ke sini. Apa yang menarik, kat sini agak eksklusif dengan tatarias yang bermotifkan Arabian. Dekorasi memang tip top dan ada ruang makan privasi untuk korang yang nak makan bersama family atau sahabat handai. Restoran Az-Azzraf beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam. Kalau nak buat private event pun boleh kat sini, memang tempat cantik dan selesa



Fasiliti Grand Barakah HotelOkey, bab bilik penginapan dan makan-makan kita dah tengok. Last but not least, jom kita tengok apa lagi fasiliti yang ada di Grand Barakah Hotel. Nak bawa family bercuti, kena lah cari tempat yang cantik, selesa dan berbaloi. 

Untuk yang nak bawa anak-anak bercuti, Grand Barakah Hotel juga ada kolam renang yang teletak di tingkat 3. Terdapat dua jenis kolam yang disediakan iaitu untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Best juga kolam renang kat sini, besar dan selesa


Ini yang paling rare, hotel mana lagi ada surau yang besar macam ni? Siap ada iman tetap dan dibuka untuk solat jemaah setiap waktu dan solat Jumaat setiap minggu. Setiap hari Jumaat akan diadakan majlis tazkirah pada pukul 12.20 tengahari yang mana tazkirah akan disampaikan oleh penceramah hebat yang dijemput khas oleh pihak hotel. Surau ini juga diimarahkan dengan qiamullai, solat terawih sepanjang bulan Ramadan dan solat dhuha. Rasanya tak ada di tempat lain yang macam ni, hanya di Surau Jumaat Nurul hikmah Grand Barakah Hotel, Ampang. 
Grand BallroomAlang-alang duk bercerita tentang Grand Barakah Hotel, nak share lagi satu pakej yang ditawarkan. Kalau ada yang tengah mencari lokasi untuk majlis besar-besar seperti perkahwinan dan sebagainya, boleh cuba ambil pakej Grand Ballroom. Grand Barakah Hotel memiliki sebuah dewan yang luas dan selesa dengan kapasiti 600 pax untuk satu-satu masa mengikut SOP. Harga yang ditawarkan pula bermula serendah RM38 per pax untuk hidangan buffet ataupun Dome Set


Jadi, itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Apapun, pengalaman staycation di Grand Barakah Hotel memang best. Maklumlah, dah lama tak staycation. Bila dapat staycation di hotel yang selesa macam ni, ditambah pula dengan makan buffet yang best-best, jadi perfecto! Kalau korang pun plan nak bercuti atau staycation di KL, apa kata korang book di Grand Barakah Hotel

Untuk pertanyaan lanjut dan booking, korang boleh hubungi:-
0197194070 - Ain0197564070 - Rawi0199614070 - Alma0199624070 - Luqman03-42207070- Pejabat

Untuk dapatkan info lanjut berkaitan Grand Barakah Hotel atau promosi terkini, korang juga boleh layari website dan media sosial. Check it out

Websitewww.grandbarakahhotel.com
FacebookGrand Barakah Hotel
Instagram @grandbarakahhotel
Twitter@GrandBarakah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2022/03/staycation-di-grand-barakah-hotel-ampang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grand Barakah Hotel Ampang Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 512 hits
Grand Barakah Hotel Ampang Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Baru baru ini MOMI berkesempatan untuk menginap dua hari satu malam di Grand Barakah Hotel Ampang Tahukah anda Grand Barakah Hotel Ampang...
Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet Dinner Promotions At Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet Dinner Promotions At Grand Paragon Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 256 hits
Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet Dinner Promotions At Grand Paragon Hotel Johor Bahru An Array Of Tempting Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet Dinner Promotions Awaits At The post appeared first on
Short Staycation Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Short Staycation Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum Hi korang Banyaknya benda nak citer so kita citer satu persatu yer siapa pernah rasa stressed yang teramat sampai x boleh control Ada orang kalau stress dia pi makan JJCM or Window Shopping Ada orang pergi tempat yang dia su...
Dispar Mataram Belum Ada Tamu Motogp Batalkan Pesanan Hotel

Dispar Mataram Belum Ada Tamu Motogp Batalkan Pesanan Hotel

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 143 hits
Apalagi lanjutnya saat ini penularan Covid 19 secara umum khususnya di Kota Mataram mulai melandai dengan penurunan angka temuan positif Covid 19 setiap hari
Makan Roti Naan Cheese Di Naina Ampang Ipoh Perak

Makan Roti Naan Cheese Di Naina Ampang Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 342 hits
Makan Roti Naan Cheese Di Naina Ampang Ipoh Perak Ini adalah satu lagi post lama yang tertinggal dan lupa nak publish haha Maafkanlah mama atas faktor usia ni Rasanya kejadian ini adalah pada bulan Oktober masa mama balik dari ambil anak ma...
Environmental Ngo Calls For Inquiry Into Ampang Landslide

Environmental Ngo Calls For Inquiry Into Ampang Landslide

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 195 hits
Sahabat Alam Malaysia has called on the Selangor state government to conduct a Commission of Inquiry into the that struck Taman Bukit Permai in Ampang last week In order to prevent a repeat of such tragedies a COI needs to be conducted to g...
A Hotel Building Inspired By The History Of Istanbul Lamartine Hotel Taksim

A Hotel Building Inspired By The History Of Istanbul Lamartine Hotel Taksim

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 168 hits
Project Lamartine Hotel Architects Designist Location Istanbul Turkey Area 10 763 sf Year 2021 Photographs by Kadir Asnaz Photography Lamartine Hotel by Designist Inspired by the history and culture of Istanbul Designist aimed to create a c...
Bufet Ramadhan Dengan Tema Warisan Bonda Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

Bufet Ramadhan Dengan Tema Warisan Bonda Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 328 hits
Assalamualaikum hai semua Diam tak diam tak lama lagi kita dah nak sambut bulan Ramadhan dah kan Mesti ada antara korang kat sini dah plan atau rindu nak berbuka kat luar dengan keluarga atau kawan kawan kan Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi...
First Ibis Budget Hotel Launchers In Cambodia Accor

First Ibis Budget Hotel Launchers In Cambodia Accor

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 206 hits
THE 322 ROOM IBIS BUDGET PHNOM PENH RIVERSIDE WILL OPEN IN Q3 2022 Cambodia will debut in July 2022 when it opens its doors to travel enthusiasm offering the brands comfortable and contemporary design with very competitive rates ACCOR a wor...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep