Status Kisah Bilal Bermimpi Bertemu Dengan Rasulullah Saw



SOALAN:
Apakah kisah Bilal R.A telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda SAW?

JAWAPAN:
Membaca sirah kehidupan atau perjalanan para sahabat Nabi SAW merupakan satu perkara yang terpuji dan amat digalakkan. Ini kerana, mereka berada pada kurun yang terbaik sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah SAW dan mereka juga berada ketika zaman penurunan wahyu kepada Rasulullah SAW. Dengan itu, kita boleh mencontohi mereka dengan mengambil iktibar atau pengajaran daripada kisah mereka.

Berdasarkan soalan di atas, di sini kami cuba untuk mendatangkan sebahagian teks berkaitan kisah tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam kitab para ulama’:

ثم إن بلالا رأى في منامه النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول له ما هذه الجفوة يا بلال أما ان لك أن تزورني يا بلال فانتبه حزينا وجلا خائفا فركب راحلته وقصد المدينة فأتى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يبكي عنده ويمرغ وجهه عليه وأقبل الحسن والحسين فجعل يضمهما ويقبلهما فقالا له يا بلال نشتهي نسمع اذانك الذي كنت تؤذنه لرسول الله صلى الله عليه وسلم في السحر ففعل فعلا سطح المسجد فوقف موقفه الذي كان يقف فيه فلما أن قال (الله أكبر الله أكبر) ارتجت المدينة فلما أن قال (أشهد أن لا إله إلا الله) زاد تعاجيجها فلما أن قال (أشهد أن محمدا رسول الله) خرج العواتق من خدورهن فقالوا أبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم فما رئي يوم أكثر باكيا ولا باكية بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك اليوم
“Kemudian Bilal bermimpi bertemu Rasululllah di dalam tidurnya. Lalu dia ditegur oleh Nabi SAW: “Wahai Bilal! Alangkah keras dan gersangnya hatimu, di mana kerinduanmu kepadaku, lama kamu tidak menziarahiku.” Bilal pun tersedar dalam keadaan yang sedih dan takut.” Dia terus menunggang tunggangannya menuju ke Madinah lalu menziarahi maqam Nabi SAW. Lalu, dia menangis di sisi maqam Nabi SAW sambil mengusapkan wajahnya pada maqam Nabi SAW. Setelah itu, datanglah al-Hasan dan juga al-Husain yang kemudiannya mereka berdua memeluknya dan menciumnya sambil berkata: “Wahai Bilal! kami rindu untuk mendengarkan azanmu sepertimana dulu kamu azankan untuk Rasulullah SAW pada waktu sahar (sebelum masuknya waktu subuh).” Bilal pun memenuhi permintaan mereka berdua lalu melaungkan azan dari atas bumbung di tempat yang sama ketika dia melaungkan azan dahulu (di zaman Rasulullah). Apabila terdengar laungan suaranya mengucapkan “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, bergegar kota Madinah bergetar. Ketika dia mengumandangan syahadah bertambah lagi gegarannya sehingga ketika dia melaungkan “Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!”, para penduduk Madinah keluar dari rumah-rumah mereka sambil berkata: “Apakah Rasulullah diutuskan kembali?” Sungguh tiada hari yang paling banyak tangisan daripada kaum lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW melebihi daripada hari itu..” [Lihat: Tarikh Dimashq, 7/137 dan Usd al-Ghabah, 1/415]

Kisah ini ada dinukilkan di dalam kitab Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir dan juga Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah. Di sini kami cuba untuk nukilan beberapa pandangan para ulama dalam menilai status kisah ini, antaranya:

• Imam al-Hafiz Ibn Abd al-Hadi (744 H) menghukum riwayat atau kisah ini tidak sahih. Tambahan pula, kisah ini gharib (ganjil) lagi munkar. Pada sanadnya pula terdapat perawi yang majhul dan juga terputus. [Lihat: al-Sorim al-Munki, 237]

• Imam al-Hafiz al-Zahabi (748 H) menilai riwayat yang menceritakan berkaitan apa yang diriwayatkan berkaitan hari yang paling ramai menangis daripada kalangan orang lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW berbanding pada hari tersebut (kembalinya Bilal ke Madinah) adalah riwayat munkar. [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 1/358]

• Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) di dalam kitabnya menyatakan kisah kembalinya Bilal R.A ke Madinah adalah kisah yang jelas akan kepalsuannya. [Lihat: Lisan al-Mizan, 1/108]

• Imam al-Syaukani mengatakan kisah Bilal R.A ini diriwayatkan oleh sekumpulan daripada kalangan sahabat antaranya Bilal R.A sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Asakir dengan sanad yang baik. [Lihat: Nail al-Awthar, 5/114]

Melihat kepada beberapa pandangan para ulama’ di atas, maka kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa riwayat atau kisah di atas adalah tidak sahih sebagaimana yang dipegang oleh Imam Ibn Abd al-Hadi, Imam al-Zahabi dan juga Imam Ibn Hajar al-Asqalani. Walaupun ia merupakan kisah yang tidak sahih, namun ia tidak menafikan kecintaan dan kerinduan Bilal RA kepada Rasulullah SAW.

Selain itu juga, sebahagian ulama’ sedikit tasahul (tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat) dalam menerima riwayat-riwayat berkaitan sirah ini. Tambahan pula, Imam al-Zahabi ada menukilkan satu riwayat yang lain berkaitan laungan azan Bilal R.A selepas daripada kewafatan Nabi SAW iaitu:

Daripada Zaid bin Aslam , daripada ayahnya berkata:

قَدِمْنَا الشَّامَ مَعَ عُمَرَ، فَأَذَّنَ بِلاَلٌ، فَذَكَرَ النَّاسُ النَّبِيَّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَلَمْ أَرَ يَوْماً أَكْثَرَ بَاكِياً مِنْهُ
“Kami datang ke Syam bersama dengan Umar R.A, maka Bilal R.A telah azan. Maka manusia (yang berada di situ) mengingati Nabi SAW (apabila mendengar azan Bilal R.A). Aku tidak melihat satu hari pun orang yang paling banyak menangis daripadanya (iaitu Bilal RA).” [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 1/357]

Penutup

Kesimpulannya, kisah ini adalah tidak sahih sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani walaupun di sana terdapat para ulama’ yang menilai bahawa ia adalah sahih. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan akhlak kita seperti akhlak para salaf soleh dalam mencintai Nabi SAW dengan meletakkan Allah SWT dan Rasulullah SAW di atas segala-galanya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-kisah-bilal-bermimpi-bertemu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Cara Rasulullah Saw Untuk Merawat Pelbagai Penyakit

Inilah Cara Rasulullah Saw Untuk Merawat Pelbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 416 hits
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bukan hanya memberikan tuntunan untuk merawat penyakit ruhiyah atau penyakit hati Baginda juga memberikan tuntunan untuk merawat penyakit perubatan yang disebut dengan Thibbun Nabawi Thibbun Nabawi ada...
Kisah Nabi Muhammad Saw Membelah Bulan

Kisah Nabi Muhammad Saw Membelah Bulan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 628 hits
Di zaman Jahilliyah hiduplah raja bernama Habib bin Malik di Syam dia penyembah berhala yang fanatik dan menentang serta membenci agama yang didakwahkan Rasulullah Saw Suatu hari Abu Jahal menyurati Raja Habib bin Malik perihal Rasulullah S...
Rahsia Rasulullah Saw Mendidik Para Sahabat R Ahum

Rahsia Rasulullah Saw Mendidik Para Sahabat R Ahum

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 367 hits
Umum telah mengetahui kisah Bilal bin Rabah r a Beliau sanggup dijemur dibawah kepanasan cahaya matahari selama berhari hari tanpa sebarang makan dan minum Bukan setakat dijemur malahan diikat dan terpaksa menanggung batu yang berat di atas...
Kisah Desi Minarti Driver Ojol Bercadar Tak Berhenti Istighfar Saat Bawa Penumpang Laki Laki

Kisah Desi Minarti Driver Ojol Bercadar Tak Berhenti Istighfar Saat Bawa Penumpang Laki Laki

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 196 hits
Mengenakan jaket ojek online dan helm tak banyak yang tahu jika Desi Minarti merupakan driver bercadar Ketika melihat sosoknya sepintas Desi tampak seperti driver perempuan lainnya Berpakaian rapi lengkap dengan sarung tangan dan helm membu...
Hiburan Pengikut Dah Cecah 18 Ribu Bapa Tak Kisah Sekiranya Kanak Kanak Mirip Neelofa Ceburi Bidang Hiburan

Hiburan Pengikut Dah Cecah 18 Ribu Bapa Tak Kisah Sekiranya Kanak Kanak Mirip Neelofa Ceburi Bidang Hiburan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 679 hits
Tak sangka tuah adik Che Naura Auni yang seiras dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa ini kerana akhirnya dapat juga berjumpa dengan artis kegemarannya itu menerusi rancangan MeleTOP beberapa hari lepas Kanak kanak ini mula tular di serat...
Kisah Militan Isis Berdarah Arab Israel Yang Tak Diakui Negaranya

Kisah Militan Isis Berdarah Arab Israel Yang Tak Diakui Negaranya

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 263 hits
Mohammed Khalid pemuda keturunan Arab Israel tiba tiba kabur dari rumahnya di kota Umm Al Fahm di Israel Dia terbang ke Turki menuju Suriah dan menjadi anggota ISIS Kini dia ditahan di penjara Kurdi Irak tak diakui Israel
Kisah Saya Mula Amalkan Solat Tahajud Hanya Kerana News Feed Rakan Di Facebook

Kisah Saya Mula Amalkan Solat Tahajud Hanya Kerana News Feed Rakan Di Facebook

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 652 hits
As Salam Alhamdulillah Akhirnya Allah beri jalan dan ilhamkan saya untuk berkongsi entri ini setelah beberapa lama saya menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman saya yang sedikit ini Saya tahu saya bermula dengan asbab yang sangat kecil ...
Haneesya Hanee Dah Jadi Rapper Lagu Terbaru Kisah Cyberbully

Haneesya Hanee Dah Jadi Rapper Lagu Terbaru Kisah Cyberbully

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 242 hits
Korang pun tahu yang Haneesya Hanee selalu dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sebelum ni Dah lama kita dengar cerita pasal dia kan Tup tup dah jadi seorang rapper pula dah Dengar cerita dia jadi rapper dalam lagu terbaru bersama Bimasakt...
Komik Kisah Kekejaman China Terhadap Etnik Uighur Buat Netizen Sebak

Komik Kisah Kekejaman China Terhadap Etnik Uighur Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 771 hits
Baru baru ini Ohmedia ada melihat satu post di Twitter Osman Malek tentang kekejaman China terhadap seorang perempuan etnik Uighur yang bernama Mihrigul Tursun Ini kisah benar tau gais Haa korang bacalah komik dekat bawah ni Based on true s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah