Status Hadith Nikmat Yang Didengki Oleh Orang Lain



SOALAN:
Apakah status hadith ini?

اسْتَعِينُوا عَلَى إنْجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ، فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ
“Mintalah pertolongan untuk hajat-hajat kamu dengan menyembunyikannya kerana setiap manusia yang mempunyai nikmat, akan didengki (oleh orang lain).”

JAWAPAN:

Sumber Hadith

Berdasarkan soalan di atas, suka bagi kami untuk menyatakan sumbernya terlebih dahulu. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam ketiga mu’jamnya iaitu al-Mu’jam al-Saghir (no. 1186), al-Mu’jam al-Awsath (no. 2455) dan juga al-Mu’jam al-Kabir (no. 183) melalui jalur Mu’az bin Jabal R.A. Di samping itu, Imam al-Baihaqi turut meriwayatkan hadith ini di dalam kitabnya Syu’ab al-Iman (no. 6228) juga melalui jalur Mu’az bin Jabal R.A. Begitu juga, Imam Abu Nu’aim ada meriwayatkan di dalam kitabnya Hilyah al-Awliya’(5/215), Imam al-‘Uqailiy di dalam kitabnya al-Dhu’afa’ al-Kabir (2/108) dan juga Imam Ibn ‘Adiy di dalam kitabnya al-Kamil fi Dhu’afa’ al-Rijal (4/462) kesemuanya melalui jalur Mu’az bin Jabal R.A. Tambahan pula, hadith ini juga datang daripada jalur yang lain iaitu Ali bin Abi Thalib R.A, Ibn Abbas R.anhuma, Abu Hurairah R.A dan juga Abu Burdah R.A secara mursal. [Lihat: Silsilah Ahadith al-Sahihah, 3/436]

Antara contoh riwayat yang datang daripada jalur Ali bin Abi Thalib R.A dengan matan yang berbeza tetapi maksudnya hampir sama adalah:

إِنَّ لِأَهْلِ النِّعَمِ حُسَّادًا، فَاحْذَرُوهُمْ
“Sesungguhnya bagi orang yang mendapat nikmat ini pendengki, maka jauhilah mereka.” [Lihat: al-Mu’jam al-Awsath (7277)]

Status Hadith

Adapun berkaitan status hadith, ia menjadi sedikit perselisihan dalam kalangan ulama' pada menentukan hukum terhadap hadith ini sama ada ia sahih atau dhaif. Sebelum daripada kami membuat kesimpulan terhadap hukum hadith ini, di sini kami nukilkan beberapa pandangan para ulama' dalam menilai hadith ini:

Imam Ahmad menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 71]Imam Ibn Ma’in menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 71]Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Mawdhu’at, 2/504]Imam al-Syaukani menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 70 dan 261]Imam al-San’ani menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 261]Syeikh al-Albani menilai hadith ini sebagai sahih atau hasan berdasarkan kepada jalur daripada Abu Hurairah R.A sebagaimana yang telah disebutkan di dalam silsilahnya. [Lihat: Silsilah Ahadith al-Sahihah, 3/436]
Setelah melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith di atas terlalu dhaif kerana setiap jalur yang ada tidak terlepas daripada kritikan serta sebahagian perawi di dalam sanad tersebut dituduh sebagai seorang pendusta atau pemalsu hadith. Di samping itu juga, kami mengambil pendekatan untuk tidak menghuraikan setiap jalur yang ada dengan menyatakan penilaian para ulama' terhadap setiap perawi yang supaya perkara ini mudah untuk difahami. Walaupun begitu, sebahagian daripada ulama' menyatakan bahawa maksud hadith di atas adalah benar. Tambahan pula, larangan untuk menceritakan nikmat bukanlah suatu yang bersifat mutlak. Bahkan, ia bergantung kepada kesesuaian dan keadaan setempat. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 112]

Selain itu juga, makna hasad ini sebagaimana yang diberikan oleh Imam al-Jurjani di dalam kitabnya adalah bercita-cita untuk menghilangkan nikmat orang yang didengkinya agar ia berpindah kepadanya. [Lihat: al-Ta’rifat, 87]

Untuk itu, makna hasad adalah kita mengimpikan sesuatu nikmat yang terdapat pada orang lain dan dalam masa yang sama kita mengharapkan agar nikmat tersebut hilang daripadanya orang tersebut. Akan tetapi, terdapat pengecualian sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith:

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا
“Tidak ada hasad melainkan pada dua perkara iaitu apabila seseorang itu dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya harta, lalu dia membelanjakannya pada jalan kebenaran serta seseorang yang dikurniakan hikmah oleh Allah SWT kepadanya, lalu dia berhukum dengannya dan mengajarkannya.” [Riwayat al-Bukhari (73)]

Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, maksud hasad di dalam hadith ini adalah membawa maksud al-Ghibtoh (الغبطة) iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain, tanpa mahu melihat nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut dan lafaz hasad yang digunakan dalam hadith ini adalah majaz. Keinginan ini juga disebut sebagai satu persaingan dan ia juga merupakan satu tindakan yang terpuji sekiranya dalam perkara ketaaatan. [Lihat: Fath al-Bari, 1/167]

Penutup

Kesimpulannya, hadith atau riwayat di atas adalah terlalu dhaif kerana setiap jalur yang ada tidak terlepas daripada kritikan oleh para ulama'. Walau bagaimanapun, isu ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi larangan ini bukan bersifat mutlak tetapi ia bergantung kepada situasi atau masa. Sekiranya ada keperluan dengan meraikan suasana yang ada maka ia tidak menjadi kesalahan untuk dilakukan. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama serta menjauhkan dan menyelamatkan kita daripada sifat hasad. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/status-hadith-nikmat-yang-didengki-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Soal Ekonomi Melambat Jangan Kufur Nikmat Negara Lain Malah Anjlok

Jokowi Soal Ekonomi Melambat Jangan Kufur Nikmat Negara Lain Malah Anjlok

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 254 hits
Menurut Jokowi di antara negara G 20 lainnya pertumbuhan ekonomi Indonesia berada di peringkat kedua Sulit mempertahankan posisi tersebut di tengah kondisi ekonomi saat ini
Apakah Yang Diucapkan Oleh Trump Di Davos

Apakah Yang Diucapkan Oleh Trump Di Davos

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 323 hits
1 Pada hari Selasa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau serius untuk mengenakan tarif ke atas kereta Eropah kerana beliau tidak dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan bersama dengan Kesatuan Eropah Mereka tahu bahawa sa...
Gbp Usd Pound Menentang Jangkaan Penurunan Kadar Oleh Bank Of England Tetapi Kedudukannya Kekal Tidak Menentu

Gbp Usd Pound Menentang Jangkaan Penurunan Kadar Oleh Bank Of England Tetapi Kedudukannya Kekal Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 248 hits
Data yang dikeluarkan pada malam itu menunjukkan bahawa ekonomi British mencipta jumlah pekerjaan yang paling banyak dalam tempoh hampir setahun Dengan latar belakang ini pasangan mata wang GBP USD mencecah paras tertinggi tempatan sekitar ...
Hamil Besar Shandy Aulia Diinterogasi Setiap Hari Tentang Hal Ini Oleh Suami

Hamil Besar Shandy Aulia Diinterogasi Setiap Hari Tentang Hal Ini Oleh Suami

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 333 hits
Shandy Aulia kini tengah hamil besar Jelang proses persalinan Shandy mengaku selalu diinterogasi oleh sang suami David
Sekali Lagi Dalam Mahkamah Hari Ni Bila Disoal Balas Oleh Timbalan Pendawa Raya Najib Hanya Mampu Jawab Saya Tidak Tahu

Sekali Lagi Dalam Mahkamah Hari Ni Bila Disoal Balas Oleh Timbalan Pendawa Raya Najib Hanya Mampu Jawab Saya Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 459 hits
Mohd Affendi AbasSEKALI LAGI dalam mahkamah hari ni bila disoal balas oleh Timbalan Pendawa Raya Najib hanya mampu jawab SayaTakTahu12 17 tengah hari Najib Razak dalam keterangannya tidak dapat memberikan sebab mengapa mana mana pihak akan ...
Kenyataan Penafian Sokongan Terhadap Zuraida Oleh Ahli Parlimen Lubok Antu

Kenyataan Penafian Sokongan Terhadap Zuraida Oleh Ahli Parlimen Lubok Antu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 274 hits
Press Released of Yb Jugah Muyang MP of Lubok AntuI refer to the social media circulated on 22 2 20 refer I am an elected Member of Parliament by the Rakyat in Lubok Antu constituency of Sarawak With regard to the issue of support on the sh...
Kereta Baru Paling Berkualiti Dikeluarkan Oleh

Kereta Baru Paling Berkualiti Dikeluarkan Oleh

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 357 hits
Buat pertama kalinya dalam berdekad dekad pengeluar kereta mewah tidak menduduki tempat pertama dalam senarai J D Power Initial Quality Study yang dikeluarkan setiap tahun Jenama yang menduduki di tempat pertama kali ini adalah pengeluar ke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord