Status Akaun Facebook Kena Warning


Buat pertama kalinya akaun Facebook peribadi aku dikenakan warning. Selain dapat notifikasi akaun di beri amaran, boleh juga semak akaun status – warning di “Profile Setting”.


Terpampang ‘bendera kuning’ dekat bawah nama di profile utama. Tapi hanya aku sajalah yang nampak warning tu. User lain tak akan nampak.

Ini warning pertama diterima sepanjang aku aktif menggunakan Facebook. Cinta pertama aku adalah Facebook walaupun orang kata Facebook adalah aplikasi untuk orang-orang berumur.





Status Akaun Facebook Kena Warning Dari Facebook aku mula aktif di platform Instagram dan juga TikTok. Betul lah orang kata cinta pertama tu payah kita nak lupa. Lah tiber.

Berbalik pada isu akaun kena warning tadi, Facebook suruh aku mengaku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Dengan cara jawab soalan yang diberikan.

Bila dah mengaku dah tiada masalah nak bersosial seperti update status, comment di profile kawan-kawan dan lain-lain. Cuma mata tak seronok pandang status tu warna kuning.






 

Mengapa Akaun Facebook Kena Warning / Diberi Amaran?

Punca aku terima Account warning di facebook adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan di dalam bahagian komen.

Tahu kan yang setiap status yang kita kongsi, gambar dan video yang dimuat naik akan dipantau oleh AI Facebook. Jadi memang strict la sebab robot yang jaga.

Sesuatu yang disiarkan atau di kongsi kelihatan mencurigakan atau menyalahgunakan sistem keselamatan Facebook akan disekat.

Pendek kata kena elak buat perkara yang boleh langgar Piawaian Komuniti Facebook.

Punca aku terima account warning adalah disebabkan komen yang aku balas dalam status facebook aku sendiri. Ibarat makan tuan lah kiranya.

Bila fikir semula agak kelakar tapi aku faham logik bila robot AI ni kata aku bersalah. Perkataan yang dikenalpasti salah digunakan adalah ‘culik’.




Ayat tu sebenarnya aku tulis dalam nada bergurau sebab menjawab kepada persoalan makcik saudara aku berkenaan status bawa ibu bapa ke bandar bila cuti panjang.

Robot mana tahu kita gurau. Dia tahu trigger sahaja. Menyampah tau. Banyak lagi perkataan yang dilarang oleh Facebook.

Lagipun, Mark Zuckerberg, Chief Executive Officer of Facebook banyak kali ingatkan yang dia nak Facebook jadi tempat yang aman damai, menolak diskriminasi, keganasan dan seangkatan dengannya.

Jadi itu lah yang dia buat. Bagi warning, block, banned permanently. Dalam kes aku, amaran ini merupakan amaran pertama kali jadi tiada tindakan dikenakan kecuali akaun berubah status sahaja jadi bendera kuning.

Selepas kita mengaku salah, Facebook akan pertimbangkan jawapan kita dan bebaskan akaun dan jadi kembali normal.




Berapa lama Facebook mengambil masa untuk menyemak akaun anda?

Ikut penerangan diberikan oleh Facebook, mereka ambil masa 48 jam sehingga 45 hari (sebulan lebih ya) untuk menyemak akaun anda.

Jika bernasib baik, robot AI yang handle kes kita proses bendera kuning ditarik jadi lebih cepat. Jika kes kita dikendalikan secara manual maka tempoh semakan ambil masa lebih lama.

 

Sekatan Akibat Status Amaran Facebook

Jika kali pertama terima amaran tiada apa-apa yang serius berlaku dan tiada sekatan dikenakan, cuma sakit mata nampak bendera kuning tu saja.

Jika menerima amaran kali kedua risiko akaun anda akan terjejas dan bertukar kepada status akaun terhad. Anda akan mendapat sekatan 24 jam daripada membuat kandungan atau mengulas.

Amaran ketiga diterjemahkan kepada sekatan selama 72 jam. Empat bantahan membawa kepada sekatan 7 hari.

 

Kesimpulan

Boleh rujuk Facebook Centre sebab dekat situ lebih banyak maklumat terkini dan lebih tepat. Jangan buat kesilapan macam aku ya.

Sesetengah orang yang menggunakan akaun Facebook sebagai salah satu punca pendapat memang akan terjejas jika terkena amaran ini.

Sama-sama lah kita menjadi warga media sosial yang menjaga keharmonian alam maya. Benda percuma memang kena ikut undang-undang ditetapkan oleh tuan rumah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/10/status-akaun-facebook-kena-warning.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Facebook Najib Terus Popular Mengalahkan Politikus Lain

Akaun Facebook Najib Terus Popular Mengalahkan Politikus Lain

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 184 hits
Oleh Adam Malik Penjarakan Najib Razak atas dakwaan yang direka dan di design untuk pekenakan nya tidak lansung memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap Bossku Malah dikatakan Najib Razak tetap menjadi rujukan rakyat dan tempat berlind...
Cara Padam Akaun Telegram Buat Selama Lamanya

Cara Padam Akaun Telegram Buat Selama Lamanya

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 246 hits
Apakah anda mahu memadam akaun Telegram akaun buat selama lamanya tetapi tidak menjumpai pilihan tersebut dalam aplikasi Telegram Anda sebenarnya hanya boleh memadam akaun anda melalui satu pautan saja Ya ia tidak boleh dilakukan d
Siapa Suruh Cari Pasal Lebih 530 000 Akaun Pemain Pubg Mobile Kena Amp 039 Ban Amp 039

Siapa Suruh Cari Pasal Lebih 530 000 Akaun Pemain Pubg Mobile Kena Amp 039 Ban Amp 039

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 159 hits
PUBG Mobile adalah permainan mudah alih bertemakan battle royale yang paling popular di dunia Seperti video games yang lain PUBG Mobile tidak terkecuali juga dengan kes cheating dikalangan pemainnya Baru baru ini PUBG Mobile telah melaporka...
Akaun Bank Ditutup

Akaun Bank Ditutup

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 236 hits
04 10 22 8 15am Hello boleh bercakap dengan encik Izzad Ye saya bercakap jawab aku tenang sambil drive kereta nak masuk office Dah siapa lah pulak call awal pagi ni Nombor office dari KL pulak tu Saya call dari Maybank Saya nak bagitahu yan...
Facebook Is Developing A New Option To Invite A Co Author For Your Reels Clips

Facebook Is Developing A New Option To Invite A Co Author For Your Reels Clips

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 202 hits
Facebook continues to develop the functionality of Facebook Reels this time through a new Collaborative Reels optionwhich would provide a way for users invite another user to co author a ReelIt s clips As you can see in this example posted ...
Flash Flood Warning Issued For Phuket Krabi And Seven Other Southern Provinces

Flash Flood Warning Issued For Phuket Krabi And Seven Other Southern Provinces

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 153 hits
BANGKOK The Department of Disaster Prevention and Mitigation on Monday issued a warning of flash flooding and high waves for residents in the South Torrential rain is forecast from Monday to Friday with coastal provinces expected to see wav...
Metmalaysia Issues Strong Winds Rough Seas Warning For South China Sea

Metmalaysia Issues Strong Winds Rough Seas Warning For South China Sea

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR The Malaysian Meteorological Department has issued a category one warning of strong winds and rough seas which are expected to occur in several areas over the waters of the South China Sea from Tuesday until Thursday MetMalaysi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner