Starvendors Kl Mega Raya Fest 2025 Festival No 1 Kembali Memeriahkan Persiapan Syawal


STARVENDORS KL MEGA RAYA FEST 2025 FESTIVAL NO. 1 KEMBALI MEMERIAHKAN PERSIAPAN SYAWAL | Festival No. 1 negara, Starvendors, kembali meriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Kali ini, festival ini berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik iaitu di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi. Berkonsepkan “Indoor” dan “Outdoor” yang menjanjikan lebih banyak aktiviti untuk seisi keluarga. Festival ini diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025.

Starvendors diasaskan pada tahun 2019, dipimpin oleh Dato' Saripah Raziah atau lebih mesra dipanggil Ifa Raziah, seorang usahawan dan selebriti Malaysia. Sebagai pengasas, beliau menggunakan platform Starvendors untuk membantu para peniaga dan vendor mengembangkan perniagaan mereka yang merupakan di kalangan peniaga kecil dan sederhana. 
Ifa Raziah berperanan penting dalam mempopularkan Starvendors, serta membantu banyak perniagaan untuk memasuki pasaran e-dagang dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Dengan pengalaman dan latar belakang beliau dalam dunia hiburan dan perniagaan, Ifa Raziah telah membawa banyak pengetahuan dan kepakaran kepada Starvendors, menjadikannya sebuah platform yang berjaya di kalangan usahawan Malaysia.



Pada 22 Mac 2025, festival 80 jam tanpa henti Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di Pusat Pameran KL Base (KLBEC), Sungai Besi, Kuala Lumpur yang bermula pada Khamis dan berakhir pada Isnin berikutnya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Selain melawat bazar, YB Datuk Fahmi Fadzil turut berbual dengan peniaga dan pengunjung serta menyaksikan persembahan oleh Aisha Retno dan Agy. 





Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 tahun ini merupakan penganjuran kali ke-6 sejak 2019. Menariknya konsep Indoor dan Outdoor diperkenalkan. Di mana “Indoor” memfokuskan kepada persiapan Syawal, manakala konsep “Outdoor” pula khas untuk pencinta makanan. Starvendors beroperasi dari jam 3 pagi 20 Mac sehingga 6 pagi 24hb Mac 2025. Kawasan outdoor di luar yang menempatkan gerai makanan beroperasi bermula dari jam 3 petang hingga 6 pagi

Tahun ini, SPayLater merupakan Rakan Pembayaran Eksklusif untuk Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Perkhidmatan “Buy Now, Pay Later” dari Shopee memudahkan para pengunjung untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan mudah sepanjang festival ini. 
Dato' Saripah Raziah, Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, yang juga seorang artis versatil terkenal tanah air, berkata bahawa Starvendors bertekad untuk terus memberi peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana (SME) serta selebriti untuk mengembangkan jenama mereka melalui platform ini. "Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Starvendors juga akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Melaka, Pahang, dan Pulau Pinang dengan konsep Starvendors Foodstival yang sama. Acara ini akan berakhir pada penghujung tahun 2025," kata Ifa. 
Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 juga akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat solat, tempat berbuka puasa, dan sahur yang selesa. Pengunjung boleh membeli-belah sambil menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan pada waktu malam, termasuk kereta berhias, pertunjukan lampu, dan persembahan daripada artis-artis terkenal. 
Festival ini turut menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air yang membuka "booth" dan menjual produk mereka sendiri. Di antara selebriti yang terlibat termasuklah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato Fizz Fairuz, Dato’ Afdlin Shauki, Elyana, Kak KM, Chacha Maembong, Siti Sairah, Ako Mustapha, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Rita Rudaini dan ramai lagi. Pempengaruh media sosial juga turut menyertai sebagai vendor. Pelbagai barangan jualan terdapat di sini. Anda boleh dapatkan pakaian raya, produk kecantikan, kuih raya, wangian, barang kemas dan dekorasi rumah. 





























Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendapat Hujan Duit dan goodie bags bernilai lebih RM100,000 dan cabutan bertuah di acara kemuncak iaitu kerusi urut sumbangan jenama Gintel. Bukan itu sahaja, pengunjung dari seluruh Malaysia, termasuk Brunei, Singapura, dan Indonesia, dijemput hadir untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. 




Kehadiran selebriti terkenal memeriahkan festival, para pengunjung dapat mencuba produk, membeli dan bergambar bersama selebriti yang mereka sayangi. Konsep SPayLater amat memudahkan para pengunjung dengan kaedah pembayaran yang Patuh Syariah. Pengunjung boleh membeli barang keperluan dan bersedia untuk Hari Raya dengan hanya satu klik. SPayLater boleh digunakan di semua booth terdapat di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025! Pengunjung boleh memilih untuk pembayaran dengan 0% caj, atau secara ansuran sehingga 12 bulan dengan diskaun eksklusif dari SPayLater! SPayLater, bayar dengan fleksibiliti, berbelanja dengan bijak. 
Lobak Merah, World of Buzz, Demalayan Event, Ruang Rama, dan Hitman Group, Park Inn by Radison Putrajaya turut serta sebagai rakan media dan rakan strategik dalam menjayakan festival ini. 
Ifa Raziah juga menambah, “Festival kali ini melibatkan selebriti dari pelbagai generasi, dari Biduanita negara , artis lagenda sehinggalah generasi muda Gen-Z, termasuk influencer terkenal. Setiap artis mempunyai peminat tersendiri, dan kami percaya ia akan memberi peluang terbaik kepada semua yang terlibat. Harapan saya untuk tahun ini adalah kita semua dapat bangkit bersama, termasuk usahawan-usahawan dan rakan-rakan selebriti, untuk terus maju ke hadapan. Tagline festival : Starvendors Pasti Mega!” ujar Ifa. 
Seronoknya ke Starvendors KL Mega Raya Fest 2025, tempat di mana kegembiraan, pembelian dan keseronokan bertemu! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/starvendors-kl-mega-raya-fest-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shooting Video Photo Raya 2025

Shooting Video Photo Raya 2025

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Ikut hati nak MC je hari ni sebab batuk makin teruk dan selsema sekali teringat ada shooting video photo untuk Raya 2025 untuk level 8 semalam level level lain dh buat so hari ni kami diminta pakai baju raya Yang baju putih ...
Rumaputeh24 Persiapan Puasa Yang Cepat Dan Efektif Untuk Menyambut Raya

Rumaputeh24 Persiapan Puasa Yang Cepat Dan Efektif Untuk Menyambut Raya

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 125 hits
korang sekejap je da nak puasa pastu rayacepat waktu berjalankan so mommies yang suka deco2 tu atau cari barang2 deco yang cantik better datang Kais0n sebabnya barang2 kt sini cantik2 sangat tapi cam biasa m0ney kene bawak lebih korang seke...
Leong Yu Man Tourism Pahang Anjurkan Pertandingan Pesta Pelita Pahang 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

Leong Yu Man Tourism Pahang Anjurkan Pertandingan Pesta Pelita Pahang 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 141 hits
KUANTAN Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang menganjurkan pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 bermula 20 Mac di kesemua 11 daerah di negeri ini Tourism Pahang dalam kenyataannya berkata pesta ini bagi men...
Duit Raya 2025

Duit Raya 2025

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 175 hits
Duit raya pertama tahun ini rezeki dari adik ipar Alhamdulillah Terima kasih Dr B Empat sampul dia kirim yang tiga tu untuk anak3 ai Untuk abang dia tak payah Kekeke p s nbsp Baru teringat ai blom pecah duit raya pun tahun ni
Dari Tokti Ke Hael Husaini 17 Lagu Baru Untuk Playlist Raya 2025

Dari Tokti Ke Hael Husaini 17 Lagu Baru Untuk Playlist Raya 2025

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 216 hits
Hari Raya is just around the corner and many of you are probably getting ready to balik kampung Whether you re driving or flying a festive playlist is a must to keep the spirit alive Here s our Raya playlist for 2025 perfect for jamming as ...
Kerajaan Umum Rebat Rahmah Aidilfitri 2025 Pada 1 Syawal Data 5g Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan Umum Rebat Rahmah Aidilfitri 2025 Pada 1 Syawal Data 5g Percuma Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 149 hits
Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri tahun ini kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Rahmah Aidilfitri satu insentif khas berupa tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma kepada semua pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabaya...
My Cat Expo 2025 Edisi Raya

My Cat Expo 2025 Edisi Raya

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 183 hits
Calling all vendors My Cat Expo 2025 Raya Edition is happening from 18 20 April and vendor registration is now open Don t miss out on the purr fect opportunity to showcase your products and connect with cat lovers Secure your spot today Pan...
Watsons Promo Code Raya 4 4 Raya Sale 2025

Watsons Promo Code Raya 4 4 Raya Sale 2025

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 160 hits
Watsons Promo Code Raya 4 4 Raya Sale 2025 Jimat Besar Raya Bergaya Bersiap sedia semua di Watsons bakal menggoncang dompet anda Nikmati pelbagai tawaran menarik seperti Gift with Purchase Flash Deals serendah RM4 dan semestinya Promo Code ...
The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shahirah Natasha Pasang Chord

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

Wzr Property Seeks Putrajaya S Intervention To Resolve Dispute Of Over Us 62m With Maldivian Gov T

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal