Star Vendors Mega Raya Fest 2019 Di Pwtc Kami Datang


Amboi, banyak-banyak tahun, tahun 2019 lah paling meriah Kuala Lumpur anjurkan jualan hari raya berkonsepkan Bazar Raya sama ada cara outdoor, khemah mahupun didalam bangunan seperti Star Vendors yang baru kami lawati pada hari Sabtu 25 Mei 2019 yang lepas. 
Untuk pengetahuan pembaca semua, julia sudah lawati 2 bazar raya sebelum ke sini tau, antaranya Grand Bazar Raya di Bukit Jalil dan Bazar Ramadan Raya di Dataran Merdeka. Yang ini julia akan kongsikan di entry akan datang, hari ini haaa hari ini julia tak sabar nak kongsikan dekat anda semua tentang kemeriahan Star Vendors PWTC. 
72 JAM, NON STOP !40 artis, 400 jenama popular bawah satu bumbung!Ya, best kan, senang nak pi bila-bila masa. Kami terjah waktu malam selepas solat Isyak tau. Solat selesai, perut dah kenyang dengan sponsor hidangan berbuka di The Hotel Boulevard St Giles Mid Vally terus kami pecut ke sini. 
Orang kata, jangan tunggu lama-lama, jangan buang masa lama-lama, moh kita tengok apa yang menarik. 
Tudiaaaa, bertengkek-tengkek tingkat kami round tau. 
Nak cari baju raya kah?
Nak cari kasut raya kah?
Nak cari jodoh kah? Ehhhh hahahha

Julia dan suami nak cari aksesori raya 2019 lah kawan, baju raya kami bertiga dah siap tempah di tailor sejak bulan 2 hari tu, awalnya! Yelah awak, kena awal, baru duit leh guna untuk hadir bazar-bazar macam ini...planning kena bijak bro, kakak-kakak. 😄😂

Apa aksesori raya yang julia borong tu?
Ish tak ada lah borong sangat, beli sekadar mampu milik sahaja. Kebetulan disini memang meriah dengan artis, duta produk yang dok sakan promote dan pertunjukan pentas. Dekat tempat pendaftaran pun dah ada show Anuar Zain dengan rakan-rakan artis, apa lagi barisan panjang pun dirasakan cepat je. 

Ada orang cakap, ada orang kata..."Aku malas nak bersesak bagai, aku malas nak berlaga montot, aku malas nak pi parking penuh"

Amboi, aku malas sahaja di mulut tu kan, sebenarnyakan selagi korang dok cakap malas tu, sampai bila-bila kau tak belajar erti susah senang, dah semua nak senang je haaa pemalas lah kau sepanjang hayat hahaha...mujur suami aku tak malas haha, dia sendiri yang ajak bini dia singgah bazar-bazar raya, tahun ini kali ke 3 tau bazar raya kami singgah. Bukan fanatik, tapi kami suka sokong produk orang Melayu. 

Lagi satu, nak perkenalkan dekat Abg Qi dari kecil inilah sayangi produk tempatan. Siapa lagi kalau bukan kita mulakan tau, bukan berbelanja sahaja tapi pengisian dan pengenalan pada si anak tentang budaya beli produk tempatan sendiri tu perlu kita jelaskan tau. 
Pak Nil dengan Abg Qi,Baik betul Pak Nil melayan peminat bergambar, kami sampai sahaja inilah gambar pertama kami ambil, tak payah baris pun, rezeki depan mata haha. 
Ron Kamisan, Siapa tak kenal kan dia pengusaha restoran ini, Malu Apa Boskurrr hahaha trademark dia kan.
Inilah dia aksesori yang aku beli, Bella Amara (BA). Aku beli inner neck jenis bertali. Ya Allah, aku pakai semalam terus untuk photoshoot raya, sedap yakamat inner ni pakai, terletak dan tak panas. Rasa macam tak pakai inner pun tau...paling suka aku dapat inner yang macam artis selalu buat tutorial tudung. Tak nampak muka bulat tapi jadi bujur helokkk. 
Inner neck (tutup leher) ni aku beli RM8 je, murah tau. Ishh nanti nak borong beli lagi, best gila kualiti kain dia. 
Kedua, aku beli shawl BA, jenis warna emas gituuu...amboii nak pakai dengan baju raya hari keberapa ni haha. RM20 je, clearance sale aku grab, jimat betul duit. 😍
Ketiga, tudiaaa dah masuk yang ketiga aksesori raya nampak ahahah. 
Aku nak usya handbag raya, aku memang peminat handbag tau. Tahun lepas aku beli Sembonia di Genting Premium Outlet, tahun ini aku nak sokong produk tempatan Malaysia sendiri. Nama pun kemain, Victoria Sloane aaagituuuuuuu! 😘
Cantik-cantikkan koleksi handbeg kat sini, ada lagi cantik harga pun cantik sangat haha. Aku teliti setiap satu, nampak sentuhan original owner Rita Sosilawati ni memang tampak anggun dan rasa elegan bila digayakan. Lagi istimewa, malam itu owner produk sendiri ada di booth, apa lagi kita dapat harga istimewa lah dari harga asal tau tak. Yahuuu!
Sungguh, aku datang booth ni aku pertama kali dengar nama jenama ni tau, rupa-rupanya bila aku kaji di internet all produk ni baru sahaja launching bulan 4 lepas tau. Semua limited edition, setiap design hanya 1,000 koleksi sahaja dikeluarkan, kalau habis-habislah, dia orang takkan keluarkan lagi. 
Woowww aku suka konsep macam ini, tak adalah asyik jumpa orang pakai yang sama macam kita je hahaha.
Bergambar sekeluarga dengan pengasas dan suaminya, sporting habis. Terima kasih beri kami diskaun yang mereka sendiri cakap, nak harga berapa? Bagi tahu kami...amboiiii terasa dilayan cukup istimewa tau tak. Tapi aku tak tawar pun tau, sebab aku tau betapa bernilainya air tangan warga tempatan nak hasilkan beg yang cukup eksklusif macam ini. 
Ini yang aku kenan, ada dua aku kenan yang grey dan hitam tapi husband cakap better ambil hitam senang nak pi mana-mana betul juga hehe. TRAFALGA, tengok dalam ig official dia nama handbag ini trafalga, corak crocs gitu. Ada banyak warna tau, aku paling suka tang beg ini boleh digayakan dalam 4 jenis. Clucth, sling bag, sling sisi, dan lagi satu aku lupa hahaha sabor je lah. Luar beg ni ada satu poket sisi tau, kalau tiket parking senang sisip je tepi tu, sesuai sangat dengan perangai aku yang selalu lupa nak letak tiket parking haha. 
Kotak beg diberikan sekali tau wahhh pertama kali beli handbag ada kotak bag, pastu dalam tu dia bungkus dengan kertas sangat cermat, ada lagi beg cover khas menutupi beg ini. Aku cek dulu sebelum beli, tengok ada damage ke kan...
Beg pertama aku tengok ada kesan sikit, so aku reject, terus owner bagi kotak kedua untuk di nilai semua, sampai aku puas hati baru aku beli.
Yeyyyy, kalau beli online tak leh buat cara macam aku buat, so aku puas hati owner jaga hati bakal pelanggan cerewet macam aku hehe. 
Terima kasih husband, belanja handbag raya tahun ini, yahuuuuu rezeki. Tunggu next update entry pasal terjahan kami ke bazar lain tau. Bye!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/05/star-vendors-mega-raya-fest-2019-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Star Vendors Mega Raya Fest 2019 Menghimpunkan 436 Jenama Terkemuka Malaysia

Star Vendors Mega Raya Fest 2019 Menghimpunkan 436 Jenama Terkemuka Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 714 hits
Buat pertama kali Star Vendors Mega Raya Fest 2019 berjaya menghimpunkan 436 jenama termasuk dari koleksi 36 artis di bawah satu bumbung Nah Majlis yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin...
Starvendors Mega Raya Fest 2019 72 Jam Tanpa Henti Bermula 24 27 Mei 2019

Starvendors Mega Raya Fest 2019 72 Jam Tanpa Henti Bermula 24 27 Mei 2019

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 829 hits
STARVENDORS Mega Raya Fest 2019 72 Jam Tanpa Henti Bermula 24 27 Mei 2019 Assalamualaikum semua Wahhh seronoknya bila festival membeli belah sempena Aidilfitri sudah mula berlangsung Lebaran makin terasa
Photoshoot Raya 2019 Di Studio Cvs Production Cheras Balakong

Photoshoot Raya 2019 Di Studio Cvs Production Cheras Balakong

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 581 hits
Semangat Haa semangat nak raya ni weh Korang semangat tak Jangan tak semangat kena semangat sekarang lagu raya berkumandang sana sini dah kuih raya dah mulai bertambah atas meja dah baju raya dah siap aksesori raya semua dah siap Tapi ada s...
Persiapan Hari Raya Tahun 2019 Serba Ringkas

Persiapan Hari Raya Tahun 2019 Serba Ringkas

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 457 hits
Persiapan Hari Raya Tahun 2019 Serba Ringkas Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tahun ini merupakan giliran untuk Sha berhari raya di kampung halaman Sha iaitu di Besut Terengganu Alhamdulillah urusan cuti raya Sha dipermudahkan dan tidak ...
Iklan Raya Sinar Tv Gm Klang 2019

Iklan Raya Sinar Tv Gm Klang 2019

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 622 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Ada sedikit persamaan dengan iklan Thailand Intipatinya mengenai client yang cerewet dan mahukan semuanya perfect Tidak mengapa Raya tetap raya GM klang sudahpun menyiapkan iklan raya paling rare Nake tahu ap...
Koleksi Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna

Koleksi Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 559 hits
Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna Mood raya dah mari ke Dah beli segala baju dan kuih raya Saya biasa je beli kuih raya ala kadar je dan ikut apa yang kita suka Nanti kalau tak habis dah boleh kita pula yang telan Namun saya selalu be...
Iklan Raya Alha Alfa 2019 Abang Berharap

Iklan Raya Alha Alfa 2019 Abang Berharap

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 517 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Sebuah harapan yang disimpan oleh seorang abang di hari raya Satu cerita yang di olah ringkas dan membawa mesej yang baik kepada penonton
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation