St Rosyam Mart Saya Bukan Duta Tapi Pemegang Saham Kata Rosyam Nor


Pelakon, Datuk Rosyam Nor bercakap pada sidang media berkenaan Pasaraya ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. di Pejabat ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
KUALA LUMPUR – Pelakon, pengarah dan usahawan Rosyam Nor menegaskan beliau bukan duta kepada pasaraya ST Rosyam Mart seperti mana yang tular di laman media sosial sejak Rabu lalu. Sebaliknya Rosyam berkata, beliau sebenarnya adalah salah seorang daripada pemegang kepentingan dalam perniagaan peruncitan itu dengan pemilikan 10 peratus saham.

 Sehubungan itu, dakwaan yang mengatakan selebriti itu sebagai duta adalah tidak benar.

 “(Jadi) Duta itu tidak benar kerana saya pemegang saham sebanyak 10 peratus dalam ST Rosyam Mart dan orang mula mempertikaikan dengan mengatakan saya digunakan oleh Datuk Raymond dan Seri Ternak Group untuk menggunakan nama Rosyam Nor.

 “Ini adalah perniagaan dan semua orang dah nampak dalam SSM saya bukan duta, saya mempunyai 10 peratus (saham) dan ini sebagai permulaan kerana modal keseluruhan untuk membuka ST Rosyam Mart sebanyak RM20 juta.

 “Saya berlakon sudah 36 tahun, untuk mengeluarkan 50 peratus modal, saya memerlukan RM10 juta, di mana saya nak mendapat duit sebanyak itu?

 “Alhamdulillah dengan kepercayaan Datuk Raymond Ho dan Wah Ah Chai memberi peluang kepada saya dan ia terbuka jika selepas ini saya ada modal yang lebih, saya akan membeli saham saya sedikit demi sedikit,” katanya pada sidang media di pejabat urusan ST Rosyam Mart di Taman Setiawangsa, di sini.

Pelakon, Datuk Rosyam Nor bercakap pada sidang media berkenaan Pasaraya ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. di Pejabat ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 Sebelum ini, tular di laman media sosial mendakwa Rosyam menjadi duta kepada Syarikat Kumpulan Seri Ternak sehingga tertubuhkan pasaraya ST Rosyam Mart.

 Dakwaan yang menggunakan akaun Facebook palsu itu juga mendakwa selebriti berusia 51 tahun itu dipergunakan oleh usahawan Cina dengan menggunakan namanya untuk menarik pelanggan khususnya orang Melayu Islam.

 Rosyam juga berkata, Raymond dan adiknya, Ho Cheng Yek merupakan rakan kongsinya dalam ST Rosyam Mart, masing-masing 89 peratus dan satu peratus.

Pelakon, Datuk Rosyam Nor bercakap pada sidang media berkenaan Pasaraya ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. sambil ditemani Pengerusi Sri Ternak, Ho Ah Chai (kiri) di Pejabat ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 Beliau juga menafikan dakwaan mengatakan beliau mempunyai pegangan saham dalam Syarikat Kumpulan Seri Ternak susulan nama pasaraya itu diletakkan dengan singkatan ST.

 “Saya tidak terlibat secara rakan kongsi dalam Syarikat Kumpulan Seri Ternak, tapi saya hanya terbabit dalam ST Rosyam Mart sebagai pemegang saham sahaja.

 “Syarikat Kumpulan Seri Ternak sebenar sudah 70 tahun,(diwarisi Wah Ah Chai) daripada emak dalam perniagaan ini (peruncitan),” katanya.

 Katanya lagi, penglibatannya sebagai pemegang saham ST Rosyam Mart sebenarnya adalah peluang kepada orang Melayu dalam bidang peruncitan yang sejak puluhan tahun dikuasai oleh kaum Cina.

 “Kalau bercakap soal isu 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam Mart, semua orang tahu seorang pelakon di Malaysia tidak mempunyai ekonomi begitu besar, kalau berlakon di Hollywood lainlah, banyak duit.

 “Tapi peluang yang diberikan selama dua tahun berturut-turut oleh Syarikat Kumpulan Seri Ternak akhirnya mereka memberikan kepercayaan kepada saya untuk menubuhkan gabungan ST Rosyam Mart.

 “Saya rasa setelah 60 tahun negara kita merdeka, saya rasa inilah peluang pertama anak Melayu diberi peluang untuk sama-sama dengan rakan daripada bangsa Cina yang memegang bidang perniagaan.

 “Saya harap masyarakat di luar sana berbangga dengan keupayaan dan pencapaian saya dan boleh menjadikan ia sebagai satu inspirasi untuk mereka bergerak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://carianpanas.blogspot.com/2019/01/st-rosyam-mart-saya-bukan-duta-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Duta Pasaraya Saya Pemegang 10 Peratus Saham Rosyam Nor Mohon Henti Dakwaan Tidak Berasas

Bukan Duta Pasaraya Saya Pemegang 10 Peratus Saham Rosyam Nor Mohon Henti Dakwaan Tidak Berasas

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 407 hits
Pelakon dan usahawan terkenal Datuk Rosyam Nor mengakui beliau hanya memegang saham 10 peratus dalam perniagaan pasaraya ST Rosyam Mart Ketika ditemui di majlis sidang media bersama beliau dan wakil dari syarikat Sri Ternak Sdn Bhd pelakon ...
Rosyam Nafi Dipergunakan Miliki 10 Peratus Saham St Rosyam Mart

Rosyam Nafi Dipergunakan Miliki 10 Peratus Saham St Rosyam Mart

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 463 hits
MOHD HAIKAL ISA 05 Januari 2019 3 48 PM KUALA LUMPUR Pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan ST Rosyam Mart yang
Kekhawatiran Pemegang Saham Setelah Jeff Bezos Ceraikan Istrinya

Kekhawatiran Pemegang Saham Setelah Jeff Bezos Ceraikan Istrinya

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 209 hits
Pendiri dan CEO Amazon Jeff Bezos baru saja mengumumkan rencana perceraiannya dengan sang istri MacKenzie Ada kekhawatiran sendiri bagi para pemegang saham terkait dengan perceraian Bezos lantaran dapat memengaruhi kendali bisnisnya
Islam Ke Kapir Ni Peniaga Dakwa Pelanggan Biadab Tapi Netizen Pula Kata Sebaliknya

Islam Ke Kapir Ni Peniaga Dakwa Pelanggan Biadab Tapi Netizen Pula Kata Sebaliknya

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 725 hits
Biar tak kaya tapi beradab dijunjung tinggi Kawan siapa ni demikian status yang ditulis oleh seorang peniaga online baru baru ini Status itu dimuat naik kerana pengadu mendakwa individu berkenaan dianggap tidak beradab ketika menghubunginya...
Sokong Pasaraya Pelakon Rosyam Nor Bisnes Melayu Kita

Sokong Pasaraya Pelakon Rosyam Nor Bisnes Melayu Kita

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1162 hits
SilaVIRALKANKAUM MUSLIMIN BERBELANJA LAH DI PASARAYA MUSLIM ST ROSYAM NOOR MART Ground Floor Dewan Sri Iskandar Lot 3 13 Taman Setiawangsa 54200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala LumpurHours Open 24 hoursPhone 03 4256 2288
Kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mengenai Keserasian Jodoh Yang Tidak Tahu Boleh S3mak Rileks Media

Kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mengenai Keserasian Jodoh Yang Tidak Tahu Boleh S3mak Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 768 hits
Walaupun dah berkahwin lama hingga berbelas belas tahun lamanya kadang baru perasan yang kita tak serasi dengan pasangan Ini bukan terjadi disebabkan sudah tidak lagi sefahaman tetapi mungkin disebabkan oleh beberapa perkara lain Serasi ata...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Doa Malam 9 Nov 2025

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau