Src Serah Writ Saman Kes Pecah Amanah


Bernama
Julai 1, 2021 @ 11:02pm

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.- Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd menyerahkan writ saman kepada semua enam defendan kecuali bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil, yang tidak berada di Malaysia.

SRC International di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan enam lagi atas dakwaan pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.

Menurut seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership yang bertindak bagi pihak SRC, writ saman itu diserahkan kepada Najib dan lima bekas pengarah SRC iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

"Writ terbabit diserahkan kepada semua defendan kecuali defendan ketiga (Nik Faisal) kerana beliau tidak ada di Malaysia," kata peguam itu selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin yang diadakan secara maya, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA

Kes SRC: RM2 bilion masuk dalam akaun 'misteri' - Saksi

Lembaga Pengarah SRC tidak tahu RM2 bilion masuk akaun 'misteri' SRC

Najib pinda Artikel Persatuan SRC

Letak jawatan, tidak setuju pengurusan SRC - Ismee

Peguam itu berkata, writ saman akan diserahkan kepada Nik Faisal menerusi perkhidmatan gantian dan mahkamah menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya bagi plaintif membentangkan perkembangan kes kepada mahkamah.

Menurut Aturan 60 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, perkhidmatan gantian adalah kaedah secara tidak langsung untuk menyerahkan dokumen kepada individu yang didakwa sengaja mengelak, atau jika tidak praktikal untuk menyerahkan dokumen secara langsung kepada individu berkenaan.

SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei lalu, mendakwa semua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah selain mendakwa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), menuntut perisytiharan supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman itu selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC dalam writ samannya berkata, pada Januari 2019, syarikat itu diletakkan di bawah jagaan pegawai daripada Kementerian Kewangan (pengurusan baharu).

Selepas meneliti serta menyemak rekod SRC, didapati pengarah terdahulu tidak mengambil sebarang langkah munasabah bagi memastikan pinjaman KWAP berjumlah RM4 bilion kepada SRC pada 2011 dan 2012 digunakan dengan betul bagi membiayai aktiviti pelaburan am syarikat itu dan keperluan modal kerja am.

SRC mendakwa, pengarah terdahulu tidak memantau pelupusan RM3.6 bilion kepada SRC BVI (dana pelaburan dicadangkan) kononnya bagi SRC melaksanakan aktiviti pelaburan dalam sektor sumber tenaga di luar negara.

Mereka juga gagal memantau keterdedahan kerajaan Malaysia berhubung jaminan yang diberikan kepada SRC selain gagal menyiasat tentang penyelewengan dana SRC.

"Pengurusan baharu itu mendapati sejumlah besar pengeluaran, pemindahan dan penggunaan pinjaman KWAP adalah secara penipuan atau salah," menurut syarikat itu dalam writ samannya. 
– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/src-serah-writ-saman-kes-pecah-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekod Hari Hitam Malaysia Pecah Jumlah Kematian Terbaharu 135 Kes

Rekod Hari Hitam Malaysia Pecah Jumlah Kematian Terbaharu 135 Kes

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 248 hits
AGENDA DAILY Data 8 Julai 2021 Malaysia merekodkan 135 kematian akibat Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi yang merupakan rekod kematian tertinggi pernah dicatatkan sejak virus itu dikesan di Malaysia tahun lalu Dalam ...
Apandi Ali Sedia Selesai Kes Saman Secara Mediasi

Apandi Ali Sedia Selesai Kes Saman Secara Mediasi

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 232 hits
Apandi Ali sedia selesai kes saman secara mediasi Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan berhubung pemecatan beliau sebagai Peguam Negara secara baik Ketika dihubungi ...
Hiburan Tak Fasal Fasal Habis Semua Kena Kes Langgar Sop Caprice Masih Tak Puas Hati Dengan Influencer

Hiburan Tak Fasal Fasal Habis Semua Kena Kes Langgar Sop Caprice Masih Tak Puas Hati Dengan Influencer

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 242 hits
Meskipun reda dengan kompaun yang diberikan pihak berkuasa di atasa kesalahan gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka pada sebuah majlis anjuran syarikatnya iaitu Rindu Raudah Sdn Bhd Caprice walau bagaimanapun masih merasa tidak adil ...
4 743 Kes Covid 19 Selangor Tertinggi

4 743 Kes Covid 19 Selangor Tertinggi

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 250 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 4 743 kes baharu Covid 19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 705 762 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor terus mencatatkan jumlah jangkit...
Memandai Je Kata Berlaku Di Sabah Kes Ahli Keluarga Pukul Petugas Kesihatan Bukan Berlaku Di Sabah

Memandai Je Kata Berlaku Di Sabah Kes Ahli Keluarga Pukul Petugas Kesihatan Bukan Berlaku Di Sabah

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 354 hits
The ReporterTular di media sosial video menunjukkan beberapa individu yang yang memakai sut alat perlindungan diri diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai waris ahli keluarga pesakit meninggal akibat Covid 19 Berdasarkan video berdurasi ...
Jururawat Ncid Antara 3 Kes Covid 19 Tanpa Hubung Kait

Jururawat Ncid Antara 3 Kes Covid 19 Tanpa Hubung Kait

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 167 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 13 kes baru COVID 19 dalam masyarakat setakat 12 00 tengah hari pada termasuk tiga kes tanpa hubung kait Antaranya seorang jururawat berusia 34 tahun dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit yang b
Najib Akui Murung Sebab Tak Dapat Moratorium Atau Kes Mahkamah

Najib Akui Murung Sebab Tak Dapat Moratorium Atau Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 309 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazakBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui mengalami kemurungan dan berharap kerajaan Perikatan Nasional akan memberi moratorium serta diskaun bil elektrik kepadanya Meskipun u...
Lebih 50 Kes Covid 19 Kelompok Pasar Bukit Merah View Belum Divaksin Dedah Prof Madya Mak

Lebih 50 Kes Covid 19 Kelompok Pasar Bukit Merah View Belum Divaksin Dedah Prof Madya Mak

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 285 hits
SINGAPURA Daripada kes kes COVID 19 yang berhubung kait dengan kelompok 115 Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Merah View lebih separuh belum divaksin manakala sekitar sepertiga daripadanya sudah divaksin sepenuhnya dedah Kenneth Mak pengarah kh...
266 Kes Bunuh Diri Sejak Pkp Dilaksanakan

266 Kes Bunuh Diri Sejak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 506 hits
Kebanyakan mangsa memilih untuk menggantung diri berbanding kaedah lain GAMBAR HIASAN 266 Kes Bunuh Diri Sejak PKP Dilaksanakan Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad mer...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co