Sprm Tumpas Kartel Monopoli Tender Kerajaan Rm3 8 Bilion


Robin AugustinSPRM menahan tujuh suspek berkait sebuah kartel yang mengawal lebih 150 syarikat dan menggunakannya untuk mengemukakan tender di kementerian dan agensi kerajaan.PETALING JAYA: Satu sindiket kartel mengendalikan lebih 150 syarikat yang memonopoli tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion berjaya ditumpaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tangkapan tujuh orang suspek.
Menurut sumber, tujuh suspek itu, termasuk seorang berusia 47 tahun yang mengetuai sindiket terbabit.
“Ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender/sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat. Beliau dikatakan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat.
“Sindiket ini telah beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang,” kata sumber.
Sumber berkata, sindiket itu menumpukan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan.
“Sindiket dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ di kementerian dan agensi terlibat untuk memastikan syarikat di bawah kawalan beliau dibenarkan masuk tender dan memastikan salah satu daripadanya berjaya.”
Katanya, kartel itu akan membayar rasuah “orang dalam” untuk mendapatkan maklumat berhubung tender, termasuk spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan “masa yang sesuai” untuk menghantar borang tender.
Sejumlah besar syarikat di bawah oleh kartel itu kemudian akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan untuk “mengepung harga”.
“Sindiket ini menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat di bawah naungannya.”
Kata sumber itu lagi, dipercayai butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu, termasuk penyata kewangan syarikat mereka.
Katanya, SPRM membuat intipan dan pemantauan juga dijalankan di pusat operasi sindiket berkenaan malam tadi, dengan beberapa tangkapan dibuat.
“Hampir keseluruhan ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang tender. Serbuan SPRM mengejutkan semua yang hadir dan beberapa tangkapan dibuat,” tambah sumber itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan penangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.
Azam tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk perintah reman.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/sprm-tumpas-kartel-monopoli-tender.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Perkara Yang Kartel Tender Kerajaan Buat Untuk Dapatkan Jumlah Projek Bernilai Rm3 8 Billion

7 Perkara Yang Kartel Tender Kerajaan Buat Untuk Dapatkan Jumlah Projek Bernilai Rm3 8 Billion

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 411 hits
Antara berita besar dua hari sudah meletop kat Malaysia adalah pembongkaran dan penangkapan sindiket kartel tender kerajaan Memang satu berita besar tapi anda terkejut ke Adakah anda terkezut besar dengan berita tu Membaca laporannya lalu g...
Ketua Kartel Monopoli Tender Kerajaan Miliki Helikopter Kapal Mewah

Ketua Kartel Monopoli Tender Kerajaan Miliki Helikopter Kapal Mewah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Individu dikatakan ketua kartel yang memonopoli tender kerajaan berjumlah RM3 8 bilion memiliki dua helikopter sebuah kapal mewah dan kereta kereta mewah bernilai RM15 7 juta Demikian pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M...
Wang Tunai Rm3 5 Juta Dalam Rumah Ketua Sindiket Kartel Tender

Wang Tunai Rm3 5 Juta Dalam Rumah Ketua Sindiket Kartel Tender

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 285 hits
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNANAntara kenderaan mewah termasuk dua helikopter peribadi yang disita SPRM dalam serbuan tersebut A APUTRAJAYA Sejumlah RM3 5 juta wang tunai ditemui di rumah ketua sindiket kartel tender kerajaan dalam serbua...
Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 719 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket pada Ahad Menurut sumber sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonop...
Kartel Projek Kerajaan Rm3 5 Juta Tunai Ditemui Di Rumah Datuk

Kartel Projek Kerajaan Rm3 5 Juta Tunai Ditemui Di Rumah Datuk

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 1003 hits
PUTRAJAYA Wang tunai berjumlah RM3 5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hasil yang diperoleh seorang ketua sindiket bergelar Datuk selepas terlibat dalam sindiket kartel projek kerajaan Sumber berkata selain wang tunai ya...
Kartel Tender 7 Tahun Kumpul Harta Haram

Kartel Tender 7 Tahun Kumpul Harta Haram

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 412 hits
PUTRAJAYA Wang tunai RM3 5 juta dua helikopter persendirian sebuah kapal layar dan pelbagai kenderaan mewah merupakan antara harta bernilai jutaan ringgit yang dirampas dan disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sindiket kar...
Kerajaan Pn Wajib Siasat Tuduhan Kartel Dalam Pdrm

Kerajaan Pn Wajib Siasat Tuduhan Kartel Dalam Pdrm

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 272 hits
Dakwaan wujud kartel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador yang cuba mengganggu gugat kedudukan beliau adalah sesuatu yang sangat serius Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata Kerajaa...
Kerajaan Pn Ubah Kos Ecrl Kepada Rm50 Bilion

Kerajaan Pn Ubah Kos Ecrl Kepada Rm50 Bilion

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 212 hits
April 5 2021 Kementerian Pengangkutan mengumumkan projek Laluan Rel Pantai Timur akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion Menteri Pengangkutan Wee Ka S...
Anwar Gesa Sprm Siasat Menteri Kanan Kerajaan Pn Yang Didakwa Menyogok Mp Pkr

Anwar Gesa Sprm Siasat Menteri Kanan Kerajaan Pn Yang Didakwa Menyogok Mp Pkr

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 354 hits
March 22 2021 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu bersikap lebih telus dalam menyiasat dakwaan wujudnya sogokan dan ugutan membabitkan seorang menteri kanan seperti dilaporkan sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Kabel Charger Type C Terbaik Tak Rosakkan Telefon Anda

Karnamereka Sisa Gelas Bersamamu Chord

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Kuasa Penggandaan Rahsia Bina Kekayaan Jangka Panjang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keberanian En Bob Menjaga Kesihatan Pantang Makanan Untuk Organ Dalaman

Memahami Pelbagai Laluan Menawarkan Kelebihan Kompetitif Di Sim

Dulu Tak Beria Pernah Tak Awak Rakam Saya Dengan Anak Amp Post Uqasha Senrose

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Fatin Faishal Doktor Cinta Chord

Terengganu Pemuda Dikhuatiri Lemas Tergelincir Di Jeti Ketika Air Pasang Besar