Sprm Siasat Jika Pertukaran Kp Imigresen Ada Kaitan Projek Rm3 5b


Hariz Mohd      
EKSKLUSIF | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam Kementerian Dalam Negeri, kata sumber.

Sumber yang rapat dengan perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM menerima maklumat bahawa pertukaran ketua pengarah imigresen berkemungkinan mempunyai kaitan dengan percubaan menganugerahkan kontrak IT jabatan itu yang bernilai RM3.5 bilion.

"Jika anda ingat, hujung tahun lalu terdapat pengumuman yang dibuat Menteri Dalam negeri (Muhyiddin Yassin) bahawa kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek yang digelar Skin (Sistem Kawalan Imigresen Nasional) yang bernilai RM3.5 bilion.

"Banyak sebab yang diberikan atas pembatalan projek itu. Namun baru-baru ini, kami menerima maklumat bahawa kementerian memutuskan untuk menyerahkan kepada syarikat lain pelaksanaan projek itu. Syarikat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan dalam kementerian," kata sumber.

Sumber juga memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa SPRM difahamkan bahawa pegawai yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan syarikat yang dijangka akan dianugerahkan kontrak projek itu.

"Ia projek sama untuk kos yang sama, dengan penjenamaan semula untuk beri nama baru," kata seorang lagi sumber yang memegang jawatan kanan.
Disember lalu, Muhyiddin mengumumkan bahawa kabinet memutuskan untuk membatalkan projek Skin dan digantikan dengan sistem dalam talian sepenuhnya yang digelar myIMMs Global.

Muhyiddin memberitahu pemberita ketika itu bahawa keputusan berkenaan dibuat berdasarkan keperluan untuk sebuah sistem baru yang lebih komprehensif, berkesan, mesra pengguna, selain bagi menjimatkan dana kerajaan.

Muhyiddin tidak dimaklumkan
Sumber mendakwa pegawai kanan yang dikaitkan dalam isu berkenaan dijadualkan untuk dipindahkan ke kementerian lain namun ia tidak berlaku susulan campur tangan "orang atas".

"Pertukaran terbaru bagi jawatan ketua pengarah imigresen dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan itu yang berada dalam kementerian.

"Penyiasat sedang meneliti perkara ini. Sekiranya terdapat bukti rasuah, ia merupakan kesalahan serius dan akan ditangani mengikut undang-undang seperti mana-mana kes rasuah lain," kata salah seorang sumber.

Awal bulan ini, Jamil Rakon yang merupakan timbalan ketua setiausaha (pengurusan) Kementerian Dalam Negeri diumumkan akan dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Imigresen yang baru menggantikan Mustafar Ali.

Sementara Mustafar dipindahkan ke Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri semalam sebaliknya mengumumkan Khairul Dzaimee dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Imigresen meskipun Jamil sudah menerima surat penyerahan tugas daripada Mustafar Khamis lalu.

Kementerian Dalam Negeri juga memaklumkan bahawa Jamil akan kekal memegang jawatannya sebelum ini sebagai ketua setiausaha.

Mengulas perkara itu hari ini, Muhyiddin berkata beliau menganggap jawatan ketua pengarah Jabatan Imigresen kosong kerana Jamil dilantik menggantikan Mustafar tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak dimaklumkan berhubung pelantikan Jamil. Biasanya, menteri akan dimaklumkan apabila ada kekosongan jawatan dalam kementerian.

"Jadi, saya cadangkan nama (Khairul) dan mereka setuju. Jadi tak ada masalah," katanya dipetik Sinar Harian.

Khairul merupakan bekas timbalan ketua setiausaha (dasar dan kawalan) Kementerian Dalam Negeri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/sprm-siasat-jika-pertukaran-kp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Soal Siasat Wanita Agih Duit Minyak

Sprm Soal Siasat Wanita Agih Duit Minyak

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 335 hits
MALAYSIAKINI SPRM telah merakamkan kenyataan daripada seorang wanita yang dirakam memakai kemeja Pakatan Harapan sambil mengagihkan apa yang didakwa sebagai duit minyak kepada sukarelawan semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands baru bar...
Biar Spr Dan Sprm Siasat Dakwaan Syed Saddiq

Biar Spr Dan Sprm Siasat Dakwaan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 318 hits
Isu pemberian wang kepada sukarelawan Orang Asli sebagaimana tular di laman sosial baru baru ini sepatutnya diserahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut
Sprm Digesa Siasat Penglibatan Ku Nan Urusan Tanah Taman Rimba Kiara

Sprm Digesa Siasat Penglibatan Ku Nan Urusan Tanah Taman Rimba Kiara

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 242 hits
SPRM digesa siasat penglibatan Ku Nan urusan tanah Taman Rimba Kiara NGO antirasuah itu berkata pihaknya sudah meneliti struktur pemilikan syarikat yang memajukan tanah itu dan mendapati terdapat kemungkinan wujud konflik kepentingan dalam ...
Calon Bn Gesa Sprm Bersih Siasat Dakwaan Pakatan Sogok Wang

Calon Bn Gesa Sprm Bersih Siasat Dakwaan Pakatan Sogok Wang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 284 hits
Calon BN gesa SPRM Bersih siasat dakwaan Pakatan sogok wang Dikemas kini 22 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Jan 2
Isu Raja Raja Tiada Kaitan Dengan Saya Kata Dr Mahathir Selepas Bertemu Sultan Johor

Isu Raja Raja Tiada Kaitan Dengan Saya Kata Dr Mahathir Selepas Bertemu Sultan Johor

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 531 hits
JOHOR BARU Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersetuju supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan atau menghubungi baginda pada masa hadapan sekiranya mempunyai sebarang isu untuk dibincangkan Loa...
Prkp078ch Perkampungan Sungai Ruil Projek Istimewa

Prkp078ch Perkampungan Sungai Ruil Projek Istimewa

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 937 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek pembangunan semula perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil di sini yang menelan kos RM44 juta sebagai istimewa untuk penduduk di kampung tersebut Menurutnya beliau yang...
Undi Ph Cameron Undi Projek

Undi Ph Cameron Undi Projek

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 305 hits
Dimana janji PH sebelum ini dengan mengatakan politik suku pebtadbiran kerajaan suku Apakah pemilihan projek pembangunan sesuatu kawasan masih dikawal oleh ahli politik Dimana pembaharuan yang dilaungkan sebelum ini Tiada beza antara BN dan...
Projek Wakaf Pembinaan Tahfiz Amal Till Jannah Di Kemboja

Projek Wakaf Pembinaan Tahfiz Amal Till Jannah Di Kemboja

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 440 hits
INFAQ KHAS MISI DAKWAH KEMANUSIAAN KEMBOJA JOM SAHABAT KITA REBUT PELUANG BERAMAL SELAGI ADA HAYAT HANYA SERENDAH RM10 SAHAJA UNTUK BERWAKAF INSYAALLAH SEMOGA AMAL JARIAH INI DIBERKATI ALLAH TILL JANNAH AMIN Alhamdulillah dengan izin Allah ...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa