Sprm Panggil Muhyiddin Khairy Zafrul Bantu Siasatan Dana Rm600b


bharian.com.my
Oleh Wartawan BH
[email protected] - Disember 7, 2022 @ 4:45pm
SPRM akan memanggil Muhyiddin, Khairy dan Tengku Zafrul untuk memberi keterangan berhubung dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.

Laporan portal berita The Vibes yang memetik sumber berkata siasatan SPRM itu susulan laporan yang diterima daripada beberapa pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana negara ketika pandemik itu melanda negara mulai 2020.

Ketika pentadbiran Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Khairy yang juga Menteri Sains dan Teknologi pada permulaan pentadbiran Muhyiddin, kemudiannya bertukar portfolio itu dengan Datuk Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.

Menurut Vibes, laporan mengenai siasatan membabitkan tiga individu berkenaan mula didedahkan oleh blog Datuk Ahirudin Attan atau dikenali sebagai RockyBru.

Menurut blog itu, Tengku Zafrul dipanggil SPRM berikutan beliau adalah Menteri Kewangan sewaktu pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional bagi menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020.

"Ada pihak memberitahu saya bahawa bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin yang menjadikan Tengku Zafrul seorang Senator dan Menteri Kewangan pada 2020, juga akan dipanggil oleh badan antirasuah itu.

"Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga akan diminta membantu siasatan. Beliau memegang jawatan itu sejak Ogos 2021 dan di bawah Muhyiddin, beliau memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi," kata Rocky Bru.

Sementara itu, BH menghubungi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk mengesahkan perkara itu, namun tiada maklum balas setakat ini.

Media semalam melaporkan, Azam mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/sprm-panggil-muhyiddin-khairy-zafrul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Salah Guna Dana Rm600 Bilion Muhyiddin Khairy Zafrul Dijangka Dipanggil Sprm

Dakwaan Salah Guna Dana Rm600 Bilion Muhyiddin Khairy Zafrul Dijangka Dipanggil Sprm

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 222 hits
DANIAL HAKIMTan Sri Muhyiddin Yassin antara dijangka dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid 19 Turut dipanggil bekas Menteri Ke...
Isu Dana Rm600 Bilion Sprm Buka Kertas Siasatan

Isu Dana Rm600 Bilion Sprm Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 312 hits
Malaysiakini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perka...
Lagi Pemimpin Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Muhyiddin

Lagi Pemimpin Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 236 hits
MalaysiakiniAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya menyiasat Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berhubung sumber dana parti gabungnya Dalam satu hantaran di Face...
Pemimpin Umno Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Perikatan Nasional Muhyiddin Yang Didakwa Berbelanja Mewah Ketika Pru

Pemimpin Umno Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Perikatan Nasional Muhyiddin Yang Didakwa Berbelanja Mewah Ketika Pru

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 584 hits
Pemimpin UMNO gesa SPRM siasat sumber dana Perikatan Nasional Muhyiddin yang didakwa berbelanja mewah ketika PRUDitubuhkan pada Februari 2020 namun perbelanjaan gabungan politik Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang didakwa t...
Dana Rm600b Tak Ada Apa Nak Disorokkan Kata Tengku Zafrul

Dana Rm600b Tak Ada Apa Nak Disorokkan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata tidak ada sebarang yang mahu disembunyikannya daripada pihak berkuasa berhubung isu dana bernilai RM600 bilion dikendalikan kerajaan ter...
Tak Ada Apa Nak Sorok Zafrul Ulas Isu Dana Rm600 Bilion

Tak Ada Apa Nak Sorok Zafrul Ulas Isu Dana Rm600 Bilion

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 308 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 297 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 9 Disember 2022 1 SPRM fokus siasat RM92 5 bilion dana k jaan urus Covid 19 2 Ahmad Maslan sahkan pemecatan Annuar Musa 2 pemimpin wanita 3 Saya pula mimpi rumah kita ada api dalam sekam Isham Jalil 4 Rosmah cum...
Sany Mohon Perkenan Agong Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Penyelewengan Dana Rm600 Bilion

Sany Mohon Perkenan Agong Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Penyelewengan Dana Rm600 Bilion

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 210 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSatu memorandum diserahkan kepada Istana Negara bagi memohon perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaa...
Sprm Siasat Dakwaan Muhyiddin Beri Umno Jutaan Ringgit

Sprm Siasat Dakwaan Muhyiddin Beri Umno Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 260 hits
freemalaysiatoday com December 6 2022 7 32 PMSPRM dijangka memanggil Muhyiddin Yassin dan Annuar Musa untuk membantu siasatan PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh Annuar M...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu