Sprm Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menjejaki wang tunai bernilai jutaan ringgit yang dikaitkan diserahkan orang te­ngah kepada seorang menteri meski­pun penggeledahan di pe­­jabat dan kediaman beliau se­malam tidak menemukan buk­ti itu.
Menurut satu sumber, penggeledahan oleh SPRM di pejabat di Putrajaya dan kediaman yang diduduki menteri itu adalah sebahagian siasatan berhubung dakwaan me­nerima wang jutaan ringgit menerusi ahli perniagaan yang turut ditahan bersama dua pegawainya sebelum ini.
Kata sumber, SPRM juga ti­dak menolak kemungkinan akan memanggil dan me­ngambil ke­terangan menteri itu sekali lagi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
“Difahamkan, tiada sebarang rampasan dilakukan kerana SPRM tidak menemukan sebarang bukti yang diperlukan.
“SPRM juga dalam tindakan mengesan saksi-saksi lain bagi mengukuhkan siasatan kes itu,” katanya di sini semalam.
Mengulas lanjut, kata sumber, kemungkinan wang tunai itu disimpan di lokasi tertentu ataupun telah digunakan masih dalam siasatan SPRM.
Dalam ada itu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ke­ti­ka ditemui media selepas pra­pe­lancaran National Trai­ning Week (NTW) 2023 menafikan SPRM menggeledah kediaman beliau, kelmarin.
Ketika diasak puluhan media sama ada badan penguatkuasa itu melakukan penggeledahan ke atas kediaman termasuk pejabatnya, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya menjawab tidak.
Dalam masa sama, beliau sekali lagi mengulangi kenya­taan untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan berkenaan.
“Saya akan beri kerjasama, Kementerian Sumber Manusia akan beri semua kerjasama dalam siasatan ini.
“Biar mereka (SPRM) buat siasatan, (kes) masih dalam proses siasatan dan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh..okay.. itu saja.
“(Semalam) kita hanya beri kenyataan, saya kata akan bagi kerjasama, saya bagi kerjasama,” ujarnya.
Mengulas isu sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tiada sebarang arahan bercuti dikeluarkan terhadap Sivakumar meskipun beliau sedang disiasat oleh SPRM.
Beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan khusus kerana Sivakumar hanya dalam proses siasatan dan bukan didakwa di mahkamah.
Bagaimanapun, Anwar meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai Sivakumar.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, Sivakumar disiasat SPRM berhubung kait wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.
Ahli Parlimen DAP itu dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.
Sesi merakam keterangan itu juga dipercayai berlangsung selama lebih sembilan jam dan serentak itu SPRM turut dikatakan menggeledah pejabat dan rumah menteri terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh beliau.
Katanya, kehadiran Sivakumar ke SPRM bagi menjelaskan dakwaan beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/sprm-jejaki-wang-tunai-didakwa-diserah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Kanan Menteri Kena Tahan Sprm Hahahaha

Pegawai Kanan Menteri Kena Tahan Sprm Hahahaha

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 319 hits
Seorang pembantu Menteri Sumber Manusia V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menurut sumber Katanya pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar ditahan bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing Difahamkan ...
Terkini Sprm Geledah Rumah Pejabat Menteri Sumber

Terkini Sprm Geledah Rumah Pejabat Menteri Sumber

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggeledah rumah dan pejabat V Sivakumar semalam selepas mengambil keterangan menteri sumber manusia itu Utusan Malaysia melaporkan serbuan dan penggeledahan itu dilakukan s...
Pembantu Menteri Sumber Manusia Ditahan Sprm

Pembantu Menteri Sumber Manusia Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 412 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pembantu Menteri Sumber Manusia V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menurut sumber Katanya pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar ditahan bersama seorang ejen pengambila...
Siapa Tpm Menteri Pendidikan

Siapa Tpm Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 241 hits
calon yg sesuai Azmin dan Rafizi Kj dan Mukhriz nik azmi akmal Nasir ir amiruddin hamzah antara pelapis yang perlu diberi peluang Jauh lebih baik dari asset umno lokman adam
Menteri Beli Kat Mana Tiket Flight Ke Tawat Rm249 Netizen

Menteri Beli Kat Mana Tiket Flight Ke Tawat Rm249 Netizen

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 190 hits
Bila netizen pertikai harga tiket flight mahal Menteri jemput MP naik flight pada harga RM249 pada 20 Apr Hakikatnya bila rakyat semak kat apps semua harga melambung Kami sendiri check pun harga ribu riban Menteri beli pakai web mana Penerb...
Perdana Menteri Umum Pdrm Akan Beri Diskaun Khas Saman Trafik Hanya Rm50

Perdana Menteri Umum Pdrm Akan Beri Diskaun Khas Saman Trafik Hanya Rm50

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 228 hits
PUTRAJAYA Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar khas itu terpakai untu...
Perdana Menteri Umumkan Tol Rahmah Percuma Empat Hari Sempena Aidilfitri

Perdana Menteri Umumkan Tol Rahmah Percuma Empat Hari Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 708 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran Tol Rahmah percuma selama empat hari bermula Rabu Anwar berkata Tol Rahmah percuma tersebut itu dinikmati pada Rabu Khamis Jumaat dan Isnin ini Menurutnya inisiatif itu ...
Wisma Putra Usaha Sedaya Upaya Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Sudan Kata Menteri

Wisma Putra Usaha Sedaya Upaya Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Sudan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 273 hits
KERAJAAN akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat susulan konflik di negara itu Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan bekerjasa...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro