Spoiler Alert Huraian Elemen Merentas Masa Dalam Avengers Endgame
Avengers: Endgame membawa elemen merentas masa ke dalam dunia MCU buat pertama kalinya. Elemen yang sebelum ini menjadi teori peminat kini dibuktikan benar apabila ianya menjadi sebahagian penting kisah Avengers: Endgame. Elemen merentas masa bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia MCU kerana sebelum ini, Doctor Strange juga menggunakan elemen ini untuk menumpaskan Dormamu
Time travel boleh jadi memeningkan. Dengan percampuran antara fiksyen dan juga sains, karangkala ianya boleh membuatkan kita sukar untuk menjelaskannya dalam keadaan yang mudah. Semestinya, ada beberapa plot hole dalam elemen ini namun ianya boleh dihuraikan dengan teori
Terlebih dahulu, adalah lebih baik jika kita mengenali beberapa jenis elemen time travel
1. Linear timeline (dengan adanya time loop) - jika sesuatu karakter merentas masa menggunakan konsep ini, ianya tidak dapat mengubah takdir yang berlaku. Sesuatu yang sudah berlaku akan tetap berlaku seperti takdirnya walaupun apa cara sekalipun percubaan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku dibuat. Rentasan masa dengan konsep ini diaplikasikan dalam filem Twelve Monkeys, sebagai contoh
2. Grandfather paradox - konsep timetravel ini menyatakan jika sesuatu watak itu merentas masa dan membunuh datuk kamu sendiri, maka karakter itu tidak akan wujud lagi dalam garis masa seterusnya untuk melakukan perkara yang sama. Elemen ini pernah digunakan dalam filem Deadpool 2 apabila Deadpool merentas masa untuk membunuh Hitler supaya Hitler tidak wujud lagi di masa hadapan (yakni masa sekarang)
3. Butterfly effect - konsep ini menegaskan bahawa sebarang aktiviti merentas masa ke masa lalu akan memberi kesan besar kepada masa hadapan. Satu kejadian kecil di masa lalu akan menyebabkan pelbagai faktor lain dalam garis masa terjejas dan menyebabkan masa hadapan menjadi berbeza. Konsep ini lebih senang untuk difahami jika korang menonton filem The Butterfly Effect
4. Fluid timeline - rentasan masa jenis ini mempunyai gabungan elemen rentasan masa seperti di 1,2, dan 3. Konsep linear timeline, grandfather paradox dan butterfly effect boleh terjadi serentak dan boleh menghuraikan pelbagai kejadian berdasarkan kelogikan sesuatu cerita. Ambil contoh Back To The Future dan Terminator 2: Judgement Day
BAGAIMANA ELEMEN RENTASAN MASA DALAM 'AVENGERS: ENDGAME' TERJADI
Ada dua babak di dalam Avengers: Endgame dimana elemen rentasan masa ini dihuraikan. Pertama, ketika ujian rentasan masa yang dijalankan oleh Bruce Banner dan juga Hawkeye, Rodhey mencadangkan supaya Thanos dibunuh ketika dia masih kecil. Senang cakap, kita travel ke masa Thanos itu masih kecil, lalu kita bunuh Thanos yang tak bersalah itu supaya di masa hadapan, dia tidak menjadi apa yang dia ditakdirkan jadi
Konsep ini membawa kepada konsep grandfather paradox. Sudah pasti, jika korang menonton filem Deadpool 2, korang akan memahami konsep yang digambarkan ini dengan lebih jelas dan juga mudah. Ketika ini juga, Bruce Banner menyangkal konsep rentasan masa dari filem seperti Back To The Future, Star Trek, Terminator, Time Cop, Time After Time, Quantum Leap, Somewhere In Time, Hot Tub Time Machine, dan juga Bill and Ted's Excellent Adventure
Bruce banner menyatakan,...if you travel to the past, that past becomes your future and your former present becomes the past, which can't now be changed by your new future...Secara asasnya, seseorang itu tidak boleh mengubah masa lalu kerana seseorang itu sudah wujud di masa hadapan. Maksudnya, jika para Avengers merentas masa dan membunuh Thanos yang masih kecil, masa hadapan seharusnya tidak boleh diubah atau sesuatu yang buruk boleh berlaku
Kemudiannya, ketika Bruce Banner cuba untuk mengambil time stone daripada Ancient One, Bruce Banner mengungkapkan idea tentang konsep 'flow of time' dimana apabila batu infinity itu dicuri dari garis masanya, ianya akan mengganggu garis masa asal dan terjadinya butterfly effect
...the Infinity Stones create what you experience as the flow of time. Remove one of the stones and that flow splits...Namun, jika selepas Thanos ditumpaskan, dan batu itu dikembalikan semula kepada garis masa asal selepas Thanos ditumpaskan, garis masa yang terganggu akan berjaya dibetulkan semula
...return each one to its own timeline at the moment it was taken so chronologically, in that reality, it never left...Ringkasnya, Avengers tidak boleh mengubah apa yang sudah berlaku di masa lalu seperti kematian ayah Tony Stark, kematian ibu Thor, dan banyak lagi. Sebab itulah Infinity Stones harus dipulangkan ke garis masa asal supaya kejadian yang terjadi seharusnya terjadi dan tidak mencipta masa depan yang lebih buruk daripada sedia ada.
Namun, persoalan besar di sini ialah bagaimana pula apabila para Avengers bertemu dengan diri mereka sendiri dari masa lalu. Seperti kejadian Captain America bertemu dengan dirinya sendiri dari tahun 2012. Adakah ini akan menganggu perjalanan garis masa diri mereka
PERANCANGAN PARA AVENGERS UNTUK RENTASAN MASA
Para Avengers merancang untuk merentas masa dan mengambil kesemua batu infinity dan meletakkannya di dalam gauntlet khas rekaan mereka sendiri. Lalu, mereka berpecah kepada empat kumpulan.
Iron Man, Captain America, Ant-man dan Hulk merentas masa ke kejadian Avengers dalam filem Avengers (2012) dimana ketika ini Loki sedang bertarung dengan Avengers di masa itu. Di masa ini, mereka cuba mendapatkan Mind Stone dan juga tongkat milik Loki. Thor dan Rocket pula ke Asgard ketika kejadian dari filem Thor: The Dark World uintuk mendapatkan Aether dari Jane Foster.War Machine dan Nebula pula ke Morag untuk mendapatkan Power Stone di awal filem Guardians of the Galaxy.Hawkeye dan Black Widow pula ke Vormir untuk mendapatkan Soul Stone.Ada beberapa sebab kenapa garis masa ini yang dipilih untuk direntasi. Untuk rentasan masa Iron Man dan pasukannya, mereka ke New York kerana pada masa itu, tiga batu infinity berada di tempat yang sama dan saling berdekatan. Jadi mudah kerja. Aether pula berada di muzium The Collector ketika kejadian Thor: The Dark World manakala Power Stone pula di Xandar ketika kejadian Guardians of the Galaxy
Garis masa yang dimasuki ini akan membawa kesan buttefly effect yang sedikit dan tidak akan mengganggu garis masa sebenar dengan besar. Maka sempatlah batu-batu itu dibawa ke dunia realiti untuk digunakan untuk menumpaskan Thanos sebelum ianya dikembalikan semula ke tempat asal supaya kejadian di masa lalu masih terjadi seperti apa yang ingin terjadi.
Namun, perancangan mereka tidak sempurna mana. Hawkeye terpaksa mengorbankan Black Widow untuk mendapatkan Soul Stone (kejadian ini tidak mengubah garis masa, cuma Black Widow tidak akan wujud di masa realiti kerana gagal untuk kembali), Thor pula berjaya bercakap dengan ibunya, Frigga untuk meluahkan perasaan sebelumnya ibunya dibunuh seperti dalam Thor: The Dark World
War Machine berjaya mendapatkan Orb namun Nebula pula gagal untuk berpatah balik angkara Thanos yang berjaya mengakses memorinya daripada Nebula yang wujud pada masa itu. Captain America berjaya mendapatkan tongkat Loki selepas bertarung dengan dirinya sendiri. Hulk pula berjaya mendapatkan Time Stone dan juga ilmu baru berkenaan isu rentasan masa). Malangnya, Tony dan Scott Lang gagal mendapatkan Tesseract dan memaksa Tony Stark dan Captain America merentas ke tahun 1970 untuk mendapatkan Tesseract dari Camp Lehigh di New Jersey
INFINITY STONE MENCIPTA PUTARAN WAKTU (TIME LOOP)
Di akhir filem Avengers: Endgame kita sebenarnya mendapati bahawa butterfly effect telah terjadi gara-gara batu Infinity Stone yang dicuri dari masa lalunya. Terdapat beberapa garis masa baru yang terjadi di dalam Avengers: Endgame yang membuka kepada naratif baru dan pembetulan kejadian di masa silam
Dengan tindakan Steve Rogers mengembalikan semula kesemua batu Infinity, maka kejadian dari filem Thor: The Dark World dan termasuklah kejadian di New York terjadi seperti biasa. Namun, persoalan bagaimana Steve Rogers memulangkan Soul Stones dan reaksinya apabila bertemu dengan Red Skull tidak dijawab dan diserahkan kepada penonton untuk berfikir
Namun, beberapa kejadian dalam masa lalu ditambah dan tidak akan dapat dipadamkan. Rocket akan tetap menjadi pencuri kepada Aether, Howard Stark pula tetap bertemu dengan ayahnya, Ancient One pula akan bertamu dengan Bruce untuk berbual. Kesemua ini akan menjadi satu kejadian yang ditambah dalam naratif kehidupan mereka, namun tidak membawa apa-apa kesan dalam kehidupan.
LOKI MENCIPTA GARIS MASA BARU?
Walaupun apa yang dilakukan di dalam Endgame tidaklah membuka garis masa baru dimana adanya unsur baru, Loki mungkin satu-satunya watak yang memecahkan garis masa asal dan membuka garis masa baru menggunakan Space Stone pada kejadian di tahun 2012. Kejadian ini dijelaskan oleh Ancient One dan kelihatan jelas seperti percubaan untuk mencipta naratif baru dari kejadian di New York
Kesan tindakan Loki ini membawa kepada kesan yang agak serius. Walaupun di garis masa itu, Loki masih lagi bekerja untuk Thanos, kejadian ini mungkin membawa kepada pelbagai akibat. Berkemungkinan, ini akan menyebabkan Asgard tidak dimusnahkan, Thor mungkin tidak kehilangan Mjolnir, dan Avengers mungkin akan berubah apabila kejadian Battle of New York gagal diselesaikan apabila Loki gagal ditangkap
Spekulasi ini juga akan turut menyebabkan kesan kepada beberapa filem dalam naratif yang sama seperti Captain America: Civil War. Namun, apa yang terjadi mungkin boleh dikatakan sebagai dunia Marvel Cinematic Universe yang lain dan tidak diutamakan dalam pengkisahan watak
Jika Loki masih hidup di garis masa berbeza, maka berkemungkinan Loki boleh dikembalikan ke dunia nyata untuk pengkisahan kisahnya yang baru.
THANOS PECAHKAN LOGIK GARIS MASA FILEM AVENGERS: ENDGAME
Kejadian Star-Lord dipengsankan oleh War Machine pada babak dari awal filem Guardians of the Galaxy akan setiasa terjadi dalam garis masa baru.Dan kita tahu, sebelum Star-Lord menjumpai batu yang dikehendaki, Captain America berjaya memulangkan semula batu itu ke garis masa asal dan tiada perubahan yang berlaku di masa hadapan.
Namun, kejadian yang menimpa Nebula telah memecahkan garis masa asal. Disebabkan tahap kesedaran memori Nebula bergabung antara dirinya yang lama dengan yang baru, Thanos untuk merobos masuk ke masa hadapannya dimana dia sudah berjaya melakukan apa yang dia kehendaki dan Avengers gagal melaksanakan misi
Di sini, elemen rentasan masa menjadi sedikit sukar untuk difahami.Dengan memintas masuk ke dalam memori Nebula dari masa hadapan, Thanos merentas masuk ke dunia masa hadapan menggunakan Sanctuary 2 untuk menghalang para Avengers mengganggu apa yang dia sudah lakukan dengan merampas semua batu Infinity dan menukar objektif asal untuk melenyapkan separuh kehidupan kepada melenyapkan keseluruhannya lalu membina dunia baru
Namun, sudah pasti, Thanos tidak berjaya melaksanakannya apabila dia gagal dan menjadi debu. Pada masa yang sama, kesan pada garis masa lalu juga terganggu. Jika Thanos sudah merentas masa dan ke masa di mana dia sudah selesai melaksanakan misinya, maka kejadian Infinity War tidak akan wujud sama sekali di garis masa satu lagi
Hal ini memungkinkan terjadinya beberapa garis masa, secara teori angkara Loki yang masih mempunyai Space Stone di garis masa 2012.
BAGAIMANA NEBULA BOLEH MEMBUNUH DIRINYA DARI MASA LAMPAU
Bagaimana memori Nebula dari masa lalu dan masa depan boleh bertembung dan berinteraksi. Mungkin ini boleh dihuraikan dengan contoh bagaimana jika telefon A dibawa ke masa lampau dimana telefon A masih ada. Lalu, satu lagi telefon menelefon telefon A, dan mana satukah telefon A yang bakal menerima panggilan. Sudah pasti akan ada gangguan bukan
Pada ketika bertarungan Avengers di akhir filem Endgame, Nebula dari masa kini meyakinkan Gamora untuk menyertainya yang akhirnya membawa kepada kejadian Nebula membunuh dirinya dari masa lampau yang menjadi musuh. Konsep ini mengingatkan kita kepada granfather paradox dimana dengan membunuh Nebula masa lampau, maka Nebula masa kini tidak akan ada.
Namun, perlanggaran peraturan rentasan masa terjadi apabila Nebula masih lagi hidup walaupun Nebula dari masa lalu sudah pun mati. Hal ini mungkin menunjukkan bahawa kejadian Thanos merentas masa menyebabkan garis masa Nebula terganggu dan terjadilah apa yang terjadi
CAPTAIN AMERICA KEMBALI KE MASA SILAM
Pengakhiran filem Avengers: Endgame mendedahkan tentang Steve Rogers yang kembali ke masa silam untuk memulangkan batu Infinity dan membetulkan beberapa masalah rentasan masa. NAmun, apa yang mengejutkan, Steve Rogers memilih untuk tidak kembali ke masa kini dan pergi ke tahun 1940an untuk bersama dengan Peggy Carter
Dia akhirnya berjaya berjanji temu dan berdansa seperti apa yang diimpikan. Lalu, kita lihat bahawa Steve Rogers menjadi tua sebelum melepaskan jiwa perisai Captain America kepada Falfon. Beberapa isu tercetus di sini akibat pilihan Captain America. Paling jelas ialah, Captain America terpaksa menyembunyikan keberadaannya di dunia 1940an (kerana dia sudah ditakdirkan untuk mati di akhir filem Captain America: The First Avengers)
Keberadaan Steve Rogers di garis masa baru itu akan mencetuskan beberapa siri kejadian baru yang mungkin akan mengubah masa hadapan Avengers. Di dalam dunia garis masa baru, Steve Rogers memilih untuk menggunakan Pym Particle yang dia ada untuk kembali ke dunia sebenar untuk bertemu dengan Falcon bagi menyerahkan tugasnya. Sebab itulah Steve Rogers tidak kembali seperti yang diarahkan oleh Banner kerana kembalinya dia ke dunia sebenar atas pilihannya sendiri dan bukannya dilakukan oleh Bruce Banner
DAH TU, TIMELINE MCU JADI MACAM MANA?
Walaupun filem filem Marvel Cinematic Universe berjaya mencipta garis masa yang logik untuk setiap kejadiannya, terdapat beberapa kecatatan juga yang ramai tidak sedar. Sebagai contoh, garis masa untuk kejadian filem Spider-man: Homecoming mungkin antara yang popular dan menjadi perdebatan. Malah, garis masa kejadian filem Iron Man sehinggalah kejadian selepas filem Civil War, kesemuanya menjadi perdebatan
Avengers: Endgame berjaya membetulkan garis masa filem Spider-man: Homecoming dan beberapa filemnya dengan menyatakan bahawa setiap kejadian yang berlaku di dalam filemnya berlaku dalam tahun filem tersebut ditayangkan. Namun, pengakhiran filem ini juga membuka persoalan baru yang besar
Jika Avengers: Infinity War berlaku pada tahun 2018, dimana kejadian pasca petikan Thanos terjadi, lalu filem ini melompat 5 tahun ke hadapan, maka kejadian dalam filem Endgame kebanyakannya berlaku pada tahun 2023. Ini bermakna, dari tahun 2018 hingga 2023, kita tidak tahu apa yang terjadi kepada superhero kita dan filem selepas ini, berkemungkinan tidak akan berlatarkan tahun 2018 hingga 2023 lagi
Maka, garis masa ini akan membawa kepada teori yang menyatakan bahawa filem Spider-man: Far From Home mungkin akan berlaku pada tahun 2023 walaupun ianya ditayangkan pada tahun 2019. Maka, boleh jadi beberapa filem seperti Black Widow dan The Eternals yang dicadangkan bakal menjadi prekuel kepada MCU yang akan menyelongkar lebih lagi kisah dunia MCU yang masih belum diselongkar.
MASA DEPAN RENTASAN MASA DALAM DUNIA MCU SELEPAS FILEM AVENGERS: ENDGAME
Dengan kembalinya Hank Pym, maka kebolehan untuk merentas mas bukan lagi sesuatu yang asing lagi di masa hadapan. Namun, adakah akan ada lagi rentasan masa di masa hadapan, itu tidak pasti akan berlaku atau tidak. Elemen rentasan masa selalunya digunakan untuk melawat memori lama sahaja dan memecahkan naratif baru ke arah berbeza dan Avengers: Endgame sudah menggunakan konsep ini.
Mungkin juga kesan dari rentasan masa inilah akan membawa kepada siri khas di saluran penstriman Disney + dimana Loki akan mempunyai naratifnya yang tersendiri selepas berjaya mencuri Tesseract. Kita juga diperlihatkan usaha dan misi baru pasukan Guardians of the Galaxy yang mahu mencari Gamora bersama Thor sekaligus membuka persepsi bahawa Thor mungkin akan berada dalam filem Guardians of the Galaxy 3
Captain America juga berpotensi untuk kembali ke dunia nyata kembali jika ada masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan. Apapun, Thanos sudah dikalahkan, garis masanya sudah dibetulkan, dan Captain America sudah mendapat apa yang dia inginkan.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2019/04/spoiler-alert-huraian-elemen-merentas.html