Spiderman Into The Spider Verse. Assalamualaikum semua! Ruby pergi tonton filem Spiderman. Ruby tak berapa minat dengan Spiderman ni sebabnya sudah terlalu banyak filem Spiderman yang ada sekarang ni. Asyik-asyik “reboot” kena gigit dengan labah-labah. Hehehe.
Bagi Ruby keseronokan filem ini adalah semua watak – watak Spiderman mempunyai karektor yang berbeza. Dengan adanya spider-woman, spider ham, spiderman Noir, spiderman yang lebih tua dan peni parker mempunyai kekuatan tersendiri. Maka bermula rancangan untuk selamatkan dunia Miles dan kembali ke dunia masing-masing.
Sekarang terpulang pada Miles untuk selamatkan dunianya dari kehancuran atau mengambil tanggungjawab untuk jadi Spiderman yang baru. Miles juga mempunyai kekuatan yang lain dari spiderman yang lain iaitu boleh menjadi ghaib dan mempunyai toksin yang mampu melumpuhkan mangsanya. WOW!!!. Ruby bagi rating 8/10 untuk filem “Spiderman into the spider verse” ini. Filem yang sesuai di tonton bersama keluarga dan sahabat.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |