Spesifikasi Dan Harga Iqoo Z7 Iqoo Z7x Di Pasaran Malaysia



Pengguna di Malaysia kini memiliki lebih pilihan untuk telefon pintar mampu milik apabila iQoo melancarkan dua model baharu, iQoo Z7 dan iQoo Z7x. Ini adalah pelancaran kedua iQoo di Malaysia, selepas memperkenal telefon pintar flagship, iQoo 11 akhir tahun lepas.


Harga dan Promosi Jualan Awal
iQoo menyediakan dua varian storan untuk kedua-dua model. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:


iQoo Z7 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499
iQoo Z7 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299
iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999


Orang ramai boleh mendapatkan telefon baru iQoo ini di e-Store Rasmi Vivo Malaysia, serta di Stor Rasmi iQoo Malaysia di Lazada dan Shopee.


Berita menarik menanti untuk pembeli terawal. Dari 10-18 April 2023, pembeli iQoo Z7 akan mendapat hadiah percuma berupa jaminan lanjutan tahun ke-2, perlindungan keretakan skrin 1-tahun, serta beg galas iQoo atau rantai kunci Marshall. Pembeli iQoo Z7x pula akan menerima jaminan lanjutan tahun ke-2 dan hadiah percuma.


Selain itu, iQoo turut memberi diskaun untuk pembeli di antara 10-18 April 2023, seperti berikut:


iQoo Z7 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499 RM1,399
iQoo Z7 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,249
iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099 RM999
iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999 RM939


Spesifikasi iQoo Z7
Telefon pintar iQoo Z7 adalah model yang lebih hebat, dikuasakan cip baru Snapdragon 782G, pengganti Snapdragon 778G+ dan menyokong rangkaian 5G. Ia datang bersama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.


Bagaimanapun, skrin iQoo Z7 masih jenis LCD. Ia berukuran 6.64-inci dengan resolusi HD Penuh, serta kadar penyegaran 120hz. Pengimbas capjarinya di sisi, di dalam butang kuasa.


Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45. Di belakang, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 64MP F1.79 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera ini dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS).


Tarikan utama di iQoo Z7 adalah sokongan pengecasan pantas USB-C 120W. iQoo menyatakan, ini adalah telefon termurah dengan kuasa pengecas sebegini. Ia boleh mengecas bateri 5,000mAh di dalam iQoo Z7, dari 1% ke 50% dalam masa 9 minit sahaja.


Sistem bunyi di iQoo Z7 adalah stereo, dengan speaker terletak di atas dan bawah telefon. Terdapat juga jek audio 3.5mm jika mahu menyambung fon kepala berwayar. Terdapat dua warna ditawarkan untuk iQoo Z7 iaitu hitam dan biru.


Telefon pintar iQoo Z7x juga tidak kurang hebatnya. Ia dilengkapi cip Snapdragon 695 5G, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya sama seperti iQoo Z7 iaitu LCD 6.64-inci HD Penuh 120hz. Pengimbas capjari juga di dalam butang kuasa.


Kameranya sedikit berbeza. Kamera hadapan di dalam lubang kecil menggunakan sensor 8MP F2.0. Manakala di belakang, ia dipasang dengan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera ini tiada OIS, hanya ada EIS.


Tetapi yang menariknya, iQoo Z7x ada bateri lebih besar iaitu 6,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas USB-C sehingga 80W. Pembesar suaranya stereo dan ia menyediakan jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.


Warna yang disediakan untuk iQoo Z7x juga sama iaitu hitam dan biru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://infogajetmalaysia.blogspot.com/2023/04/spesifikasi-dan-harga-iqoo-z7-iqoo-z7x.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hp Iqoo Z7 5g Dirilis Patok Harga Mulai Rp 4 Jutaan Cek Spesifikasi

Hp Iqoo Z7 5g Dirilis Patok Harga Mulai Rp 4 Jutaan Cek Spesifikasi

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 290 hits
Smartphone iQOO merilis produk terbarunya yakni iQOO Z7 5G HP ini dibekali dengan beragam keunggulan Apa saja
Dapatkan Siri Iqoo Z7 Di Pasaran Dengan Harga Rm1000 Sahaja

Dapatkan Siri Iqoo Z7 Di Pasaran Dengan Harga Rm1000 Sahaja

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 237 hits
iQOO sub jenama bebas bawah vivo telah melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada iQOO Z7 dan iQOO Z7x yang direka khas untuk membolehkan Gen Z memenuhi aspirasi mereka terhadap telefon pintar terunggul Siri iQOO Z7 ini ditetapkan untuk...
Harga Perak Semasa 2023 Hari Ini Malaysia 1 Gram 10 Gram 1 Kg

Harga Perak Semasa 2023 Hari Ini Malaysia 1 Gram 10 Gram 1 Kg

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 523 hits
Trend Pelaburan Harga Perak Semasa 2023 Hari Ini Malaysia jom mulakan investment dengan 1 Gram kemudian 10 Gram dan akhir sekali 1 kg Perak ialah sejenis logam lembut digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan peralatan rumah duit syilin...
Proton X90 Spesifikasi Varian Pilihan Warna Harga

Proton X90 Spesifikasi Varian Pilihan Warna Harga

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 482 hits
Pada bulan Mac 2023 yang lalu Proton secara rasminya mengumumkan pengeluaran X90 model kereta SUV yang lebih besar lebih besar daripada model X50 dan X70 SUV dengan 7 tempat duduk ini bakal menggunakan sistem hibrid dan pengumuman rasmi ole...
Ini Spesifikasi Lengkap Hp Murah Infinix Smart 7 Dijual Harga Rp 1 Jutaan

Ini Spesifikasi Lengkap Hp Murah Infinix Smart 7 Dijual Harga Rp 1 Jutaan

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 242 hits
Infinix meluncurkan smartphone Infinix Smart 7 di Indonesia Smart 7 menghadirkan berbagai peningkatan fitur seperti Extended RAM hingga 7GB layar luas 6 6 inci beresolusi HD dan baterai besar 5000mAh
Tiada Sebab Mengapa Malaysia Terus Bergantung Kepada Dolar Pm

Tiada Sebab Mengapa Malaysia Terus Bergantung Kepada Dolar Pm

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 219 hits
Tiada sebab mengapa negara seperti Malaysia terus bergantung kepada dolar kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Commentary The Politics Of Malaysia Pm Anwar S Trips To Saudi Arabia And China

Commentary The Politics Of Malaysia Pm Anwar S Trips To Saudi Arabia And China

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 280 hits
No amount of positive coverage from Malaysia PM Anwar s trip to China will change perceptions that he was intentionally snubbed by Saudi leadership during a recent trip says CNA s Leslie Lopez Leslie Lopez Channel News Asia Malaysian Prime ...
Pn Kerajaan Yang Tidak Bertanggungjawab Pada Rakyat Malaysia

Pn Kerajaan Yang Tidak Bertanggungjawab Pada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 237 hits
Ahli Parlimen PN keluar dewan tanda protes nak KWSP demi mileage politik Sengaja buat buat tak tahu habis kering duit kwsp di kerjakan dalam bajet RM600 bilion di luluskan tanpa kebenaran dewan Parlimen semasa lockdown covid Bila dah hampir...
Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 139 hits
Hi Korang Generasi baharu rakyat Malaysia membeli belah dengan tujuan dalam talian Data pasaran Shopee menunjukkan pengguna dalam talian berkemungkinan tiga kali ganda membeli produk yang menggalakkan penggunaan lebih bijak pada 2023 berban...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats