Spekulasi Perselisihan Muhyiddin Hamzah Adalah Laporan Berniat Jahat Menjelang Prn Faizal Azumu



(Berita Harian) – Tiada sebarang krisis dalaman di antara pemimpin BERSATU, terutama Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin seperti digembar-gemburkan beberapa laporan media.
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyifatkan dakwaan yang memetik sumber itu sebagai satu laporan yang berniat jahat.
Katanya, jika laporan itu dibuat dengan memetik sumber, jelas ia tidak beretika dan berniat jahat terhadap BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri tidak lama lagi.
“Laporan itu (berniat) jahat. Buat berita dan hanya memetik sumber. Tidak beretika,” katanya kepada BH.
FMT melaporkan timbul spekulasi mendakwa Muhyiddin dan Hamzah bertelagah mengenai hala tuju parti itu.
Ini berkaitan timbul khabar angin yang menyatakan Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN mungkin akan digantikan sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
Dua nama disebut menggantikan Hamzah iaitu Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim atau Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor.
Mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, spekulasi itu adalah cubaan pihak tertentu yang sengaja dicetuskan menjelang PRN di enam negeri untuk memburukkan BERSATU dan PN.
Katanya, sebelum ini ada cubaan melaga-lagakan parti komponen dalam PN, kini selepas gagal mereka mereka cerita kononnya wujud krisis dalaman dalam BERSATU.
“Saya melihat ini cerita mengadu domba, yang mana baru-baru ini mereka cuba melagakan komponen PN dan kini mereka sentuh kepimpinan BERSATU pula.
“Sebenarnya, tiada sebarang perbalahan dan tiada sebarang krisis dalam ketika ini dan diakui semua Hamzah seorang Ketua Pembangkang yang cemerlang dalam menjalankan tugasnya
“Mana mungkin Setiausaha Agung PN dan BERSATU berlaku konflik kepentingan dengan Pengerusi PNdan Presiden BERSATU. Jika bergaduh, macam mana mereka hendak bekerja,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti beliau begitu dekat dengan kedua pemimpin itu dan tidak nampak sebarang perbalahan, sebaliknya selaku Setiausaha Agung BERSATU dan PN, Hamzah bersetia kepada presiden.
“Jangan jadikan kempen menjelang PRN ini untuk mengadu domba tumpu kepada kelebihan dan kekurangan parti lawan, ini bukan gelanggang yang sesuai dan wujudkan isu pecah belah parti
“Tiada perselisihan faham, kerana kami sibuk melaksanakan kerja menarik pengundi, mengumpul sokongan rakyat,” katanya
Mengakui Ahli Parlimen Larut itu mempunyai pengaruh terutama dalam menarik kemasukan bekas pemimpin parti lain dalam parti itu, Razali yang juga Ahli Dewan Negara, berkata menarik keahlian baharu menjadi sebahagian tugasnya kerana beliau menjadi pengerusi jawatankuasa keahlian parti.
“Hamzah menjalankan tugas dengan baik untuk membawa masuk pemimpin yang disisih dan digantung UMNO dan parti lain ke dalam PN.
“Itu memang tugas beliau sebagai Setiausaha Agung parti dan dilaksanakan dengan baik bersama Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Annuar Musa,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/21/spekulasi-perselisihan-muhyiddin-hamzah-adalah-laporan-berniat-jahat-menjelang-prn-faizal-azumu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Muhyiddin Gaduh Teruk Dengan Hamzah Bersatu Berpecah Pas Gesa A

Panas Muhyiddin Gaduh Teruk Dengan Hamzah Bersatu Berpecah Pas Gesa A

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 255 hits
1 Muhyiddin Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan Bersatu 2 Menang dulu baru cakap soal calon ketua menteri 3 PM diminta pulihan ekonomi bukan lawat universiti 4 Rakaman audio 1MDB mirip suara Najib 5 Pasukan media Najib terima RM23 juta ...
Berita Hamzah Bakal Disingkir Bertiup Kencang Hubungan Dengan Muhyiddin Bermasalah

Berita Hamzah Bakal Disingkir Bertiup Kencang Hubungan Dengan Muhyiddin Bermasalah

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 172 hits
Syazwani MalaysiadatelineDesas desus mengenai perselisihan pendapat antara Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin semakin kuat diperkata Ini adalah disebabkan laporan yang mencadangkan bahawa Perikatan Nasion...
Faizal Azumu Disputes Green Wave Narrative Citing Unfounded Fears Among Non Muslims Voters

Faizal Azumu Disputes Green Wave Narrative Citing Unfounded Fears Among Non Muslims Voters

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 302 hits
BERSATU deputy president Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu insisted that the term green wave associated with the rise of Perikatan Nasional following the 15th General Election is inaccurate and raises unfounded fears among non Malay voters Acco...
Tak Perlu Fikir Lagi Tentang Kj Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu

Tak Perlu Fikir Lagi Tentang Kj Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 153 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata persoalan sama ada bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin akan menyertai parti itu atau sebaliknya tidak lagi perlu difikirkan Beliau berkata banyak perkara lain...
Serangan Mp Pas Pada Anwar Selektif Berniat Jahat

Serangan Mp Pas Pada Anwar Selektif Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 145 hits
MalaysiakiniDakwaan seorang ahli parlimen PN bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya mengutamakan program bertemu mahasiswa di universiti dan tidak memberi tumpuan keadaan ekonomi negara disifatkan sebagai tuduhan selektif dan berniat ja...
Muhyiddin Hamzah Clashing Over Party S Future Say Sources

Muhyiddin Hamzah Clashing Over Party S Future Say Sources

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 269 hits
Some in the party are said to be uncomfortable with the green wave Speculation is rife that Bersatu president Muhyiddin Yassin and secretary general Hamzah Zainudin are at loggerheads over the direction the party is taking Rumours of a clas...
Laporan Terkini Yoo Ahin Disahkan Positif 7 Dadah Berbeza

Laporan Terkini Yoo Ahin Disahkan Positif 7 Dadah Berbeza

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 156 hits
Semakin lama kes dadah melibatkan Yoo Ah in disiasat semakin buruk bukti yang ditemui pihak polis ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan eksklusif pelakon lelaki itu disahkan positif dua jenis dadah lagi dan secara keseluruhan pernah mengambil t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan