Spekulasi Kerajaan Tumbang Cuba Sabotaj Pulih Ekonomi



Spekulasi ‘kerajaan tumbang’ atau Kerajaan Perpaduan akan digantikan kerajaan Perikatan Nasional dalam masa terdekat tidak lebih daripada persepsi pembangkang yang terdesak untuk menggagalkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang rancak dilaksanakan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, hakikatnya usaha untuk mengembalikan kerajaan Langkah Sheraton atau ‘pintu belakang’ itu amatlah sukar malah mustahil.
Katanya, Kerajaan Perpaduan amat kukuh dengan hubungan baik di antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta parti-parti kecil lain.
Oleh itu, jelas beliau, besar kemungkinan usaha pemulihan ekonomi PM Anwar akan berjaya dan kerajaannya akan bertambah kuat.
“Oleh itu, isu ‘tumbang kerajaan’ ini terus sengaja dimainkan oleh Perikatan Nasional sebagai usaha mensabotaj kerajaan memulihkan ekonomi negara selepas krisis ekonomi pasca pandemik di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.
“Usaha ini juga dilihat sebagai cubaan mengganggu gugat kemasukan pelaburan ke dalam negara yang hari ini semakin rancak.
“Keyakinan pelabur dari negara luar terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan serta keyakinan jaminan pembangunan pesat ekonomi negara sepatutnya disambut baik kedua belah pihak termasuk di pihak pembangkang. Bukannya cuba merosakkan pembangunan ekonomi selepas mereka sendiri gagal melakukannya ketika berkuasa,” kata Razeef dalam satu kenyataan.
Bagi beliau, rakyat yang berfikiran matang harus mengabaikan ‘angan angan kosong’ pihak pembangkang itu. Isu cubaan menggulingkan kerajaan, katanya, tidak perlu dipanjangkan mahupun diangkat oleh semua pihak.
Apatah lagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pihak pembangkang agar berhenti mengganggu gugat kerajaan semasa.
Menurut baginda, ahli politik perlu mengutamakan lebih 30 juta rakyat rakyat serta memberi tumpuan pemulihan ekonomi berbanding perebutan kuasa politik.
“Sebelum ini, terdapat sumber menyatakan pihak Istana Negara tidak akan melayan sebarang dakwaan oleh mana-mana pihak bahawa PM Anwar Ibrahim telah kehilangan sokongan majoriti.
“Perikatan Nasional dan Pas perlu menjadi pembangkang berkualiti dengan mengangkat isu rakyat dan bukannya sibuk mengguling kerajaan dengan cara kotor.
“Saya mengambil contoh isu air di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dilihat semakin teruk. Terdapat kawasan yang tidak ada bekalan air termasuk pada hari raya serta masalah air kotor yang tidak berpenghujung, walau kerajaan pusat telah memberi peruntukan besar untuk menyelesaikan isu ini.
“Daripada terus berpolitik adalah lebih baik pembangkang menyelesaikan masalah utama yang membelengu rakyat di negeri ditadbir mereka atau mereka pula yang akan diguling rakyat,” sinis rakyat.
The post Spekulasi kerajaan tumbang cuba sabotaj pulih ekonomi? first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36356?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=spekulasi-kerajaan-tumbang-cuba-sabotaj-pulih-ekonomi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Tak Layan Spekulasi Tebuk Atap

Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Tak Layan Spekulasi Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 213 hits
Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini dianggap utuh dan fokus dalam usahanya memulihkan ekonomi selepas pandemik Covid 19 Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata desas desus ya...
Dari Mana Datangnya Konsep Rahmah Kerajaan Madani

Dari Mana Datangnya Konsep Rahmah Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 268 hits
SAYA hairan dengan sikap politik kerajaan Madani yang terlalu gopoh dan ghairah mempromosikan agenda mereka Bagi saya apa apa dasar yang mahu diangkat perlulah dibuat dengan cermat teliti dan praktikal nbsp Suatu agenda perlu melalui satu p...
Tak Semua Dapat Cari Karipap Sardin Takda Yonnyboii Cuba Tunaikan Mengidam Isteri

Tak Semua Dapat Cari Karipap Sardin Takda Yonnyboii Cuba Tunaikan Mengidam Isteri

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 239 hits
Sebelum ini isteri kepada penyanyi rap iaitu Yonnyboi mengidam kuih akok dari kelantan sahaja Episod mengidam Nik Nazira belum lagi berakhir dan kini masih lagi teringin beberapa makanan manis dan makanan authentic yang lain Malah kata Yonn...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh