Spekulasi Dua Kerusi Parlimen Untuk Khairy Pilih Bertanding


agendaily.com14/09/2022
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Selepas diminta memberi laluan kepada Ketua Bahagian untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau, spekulasi mengatakan terdapat dua kerusi Parlimen diberikan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk dipilih pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Menteri Kesihatan itu sebelum ini mendedahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memintanya untuk mengosongkan kerusi Rembau dan Khairy yang juga penyandang kerusi itu sejak 2008 juga mengumumkan kesediaannya untuk memberi laluan kepada bosnya yang juga Ketua Bahagian disitu.

Difahamkan, berkemungkinan Mohamad juga sedang mengintai peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-15 nanti.

Bagaimanapun, selepas pengumuman Khairy untuk memberi laluan kepada calon baharu di Rembau, UMNO dikatakan bakal memberi kerusi Parlimen baharu kepada Khairy untuk bertanding nanti dan antaranya Alor Setar dan Port Dickson.

Menurut laporan Utusan Malaysia, gerak kerja bagi mengukuhkan posisi sedang diatur oleh jentera UMNO di peringkat Bahagian Port Dickson.

“Sah atau tidak Khairy ke Port Dickson? Confirm. Dia sudah suruh Ketua UMNO Port Dickson, Mohd. Faizal Ramli dan timbalan, Datuk Abdul Rahman Redza buat kerja,” menurut laporan tersebut yang memetik sumber tidak dinamakan.

Katanya, strategi itu pada peringkat awal tidak dihebohkan kerana tidak mahu disabotaj pihak lawan.

Kerusi Parlimen Port Dickson kini disandang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, sumber UMNO mendakwa kepimpinan tertinggi parti tiada masalah dengan percaturan Khairy untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.

Malah dakwanya, strategi itu lebih baik berbanding menyerahkan kerusi tersebut kepada komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC.

Dalam laporan sama juga, Khairy juga dikatakan mungkin akan diletak di kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU-15 nanti juga.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Zambri Mat memaklumkan, memang terdapat ura-ura untuk mencalonkan Menteri Kesihatan itu di Parlimen Alor Setar pada PRU-15.

“Dalam mesyuarat UMNO Cawangan, keseluruhan usul mahu Datuk Mohd. Yusof Ismail (Ketua UMNO Bahagian Alor Setar) bertanding di Parlimen Alor Setar, tempat MCA yang kalah dua penggal.

“Juga dibincangkan kemungkinan membawa Khairy bertanding di Parlimen Alor Setar. Ingatkan sulit kami berdua sahaja tahu.

“Rupanya semasa mesyuarat bersama beberapa agensi di bawah Majlis Perundingan Usahawan yang dihadiri hampir 30 orang, Datuk Mohd. Yusof ‘berjiwa besar’ memaklumkan kepada pegawai pejabat kesihatan daerah agar bersedia kerana Menteri nak bertanding di Parlimen Alor Setar,” katanya dalam kemas kini status di Facebook miliknya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/spekulasi-dua-kerusi-parlimen-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Kelantan Hasrat Bertanding 9 Kerusi Parlimen 35 Dun

Pru15 Umno Kelantan Hasrat Bertanding 9 Kerusi Parlimen 35 Dun

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 228 hits
Ahmad Jazlan bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kawasan mana yang akan ditandingi parti itu Gambar failPASIR MAS UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilih...
Kedudukan Kerusi Parlimen Sehingga Sekarang Jangan Menjaja Yang Bukan Bukan

Kedudukan Kerusi Parlimen Sehingga Sekarang Jangan Menjaja Yang Bukan Bukan

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 187 hits
KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN SEHINGGA SEKARANG macai2UmnoPaswalauntit2 HADAM PKR 39DAP 42 AMANAH 11UPKO 1 WARISAN 8PEJUANG 4 UMNO 37MCA 2MIC 1BN 1 PBB 13PRS 1PDP 1SUPP 1PSB 2 JUMLAH SEMUA 222Pecahan mengikut bangsaSeperti berikut 1 Melayu Isla...
Ph Perlu 80 Kerusi Parlimen Di Semenanjung Bentuk Kerajaan Kata Chin Tong

Ph Perlu 80 Kerusi Parlimen Di Semenanjung Bentuk Kerajaan Kata Chin Tong

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 183 hits
September 5 2022 Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong bercakap dengan penyokong di Kota Kinabalu bulan lalu PETALING JAYA Pakatan Harapan perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang kurangnya 80 daripada 165 kerusi parlimen di Semenan...
Jangan Takut Bn Pn Dari 26 Parlimen Di Johor Mereka Hanya Ada 8 Kerusi Hassan Karim

Jangan Takut Bn Pn Dari 26 Parlimen Di Johor Mereka Hanya Ada 8 Kerusi Hassan Karim

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 166 hits
Rakyat Johor perlu bangkit semula sebagaimana Pilihan Raya Umum ke 14 lalu bagi menyelamatkan negara Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim kemenangan Pakatan Harapan ke atas kerusi parlimen di Johor perlu dikekalkan bagi men...
Muda Sertai Ph Lebih Mudah Jika Sedia Bertanding Kerusi Pas Umno

Muda Sertai Ph Lebih Mudah Jika Sedia Bertanding Kerusi Pas Umno

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 162 hits
Pengumuman Parti Ikatan Demokratik Malaysia untuk menyertai Pakatan Harapan menuai pelbagai kontroversi namun mungkin ada formula tertentu sekiranya parti itu tidak ingin dilihat membebankan komponen PH lainnya Menurut Ketua Penerangan KEAD...
Mkma63 Endors Kembalikan 35 Kerusi Parlimen Sabah Sarawak

Mkma63 Endors Kembalikan 35 Kerusi Parlimen Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 168 hits
MKMA63 endors kembalikan 35 kerusi Parlimen Sabah Sarawak Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Sep 2022 10 43
Pas Sasar Menang 40 Kerusi Parlimen Kekal Tadbir 3 Negeri Pada Pru15

Pas Sasar Menang 40 Kerusi Parlimen Kekal Tadbir 3 Negeri Pada Pru15

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 187 hits
freemalaysiatoday com September 4 2022 8 00 AMPAS sasar menang 40 kerusi Parlimen kekal tadbir 3 negeri pada PRU15ALOR SETAR PAS menyasarkan untuk memenangi sekurang kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 15 bagi memperkuku...
Bertanding Di Parlimen Mana Suka Hati Saya Lah Saya Timbalan Presiden Umno Tok Mat Hasan

Bertanding Di Parlimen Mana Suka Hati Saya Lah Saya Timbalan Presiden Umno Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 188 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan akan bertanding di kerusi Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke 15 dan menegaskan kedudukan calon dan kerusi masih belum dimuktamadkan Saya belum cakap pasal kerusi lagi dan Remba...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package