Sotong Goreng Kunyit Sambal Tauhu Berbuka 12 Puasa


 Assalamualaikum WBT
SEJAK minggu lepas, dalam group whatsapp 'Goshop' pejabat Sk ada iklan Cili Kisar. Dalam ramai-ramai, Sk seorang aja yang tempah cilinya. Ingatkan bolehlah dapat hari khamis lepas, tapi, wakilnya kata, minggu depan. Ingatkan Ahad.. rupanya isnin.. dari isnin dah membawa ke selasa pulak. Sabar ajelah...

Terpaksalah Sk kisar cili sendiri semalam sebab Pak Inche mintak masakkan Sambal Taukua atau Sambal Tauhu untuk berbuka puasa. Beli tauhu 5 ketul dekat Pasaraya Maslee yang berhampiran pejabat. Lima ketul tu, RM2.25. Beli serai seikat, RM2.49. Beli Sawi Pak Choy sebungkus besar, tak ingat berapa harga, beli cili padi hijau sikit, pun lupa harga. Jumlah di kaunter RM10.70, hehehehe. Tengok, ramai no yang membeli cili padi hijau tu sampai seplastik besar, agaknya nak buat Sambal Hijau Khairul Aming la kot, hihi. Tapi tu lah, dapat tauhu jenis lembut tu, sampai longlai bila digoreng, tapi bila dah masuk dalam sambal, mengancam sehhhh.. mujur tak bocor periuk nasi


Pak Inche macam biasalah, menggeletar satu badan katanya kalau tak singgar pasar Ramadhan. Dibelinya kuih onde-onde dan seri muka.. memang boleh dikatakan sepanjang puasa tiap-tiap tahun, dua jenis kuih ni, pantang nampak ya, mesti nak beli. Teringat masa PKP Fasa Empat tahun 2020, tiga empat kali Sk buat sendiri onde-onde ni. Tahun lepas, langsung tak buat pun padahal kemahen buat stok gula melaka dengan tepung pulut, huhu. Tahun ni, kirim salam! Seri Muka lagi laaaa.. dua kali aje agaknya pernah buat sepanjang 23 tahun kahwin, tu pun 10 tahun lepas, hahahaha. Yang dalam plastik merah tu, Bihun Soto sebungkus


Selain Sambal Tauhu, juga Pak Inche minta masakkan Sotong Goreng Kunyit. Mula, masa ke Maslee tu, nak belilah sikit kacang panjang masak dengan sotong ni, tapi tak jumpa pulak kacang panjang. Senang jer masak, bahan pun tak banyak.. tumis bawang putih cincang, masukkan sotong, bawang besar potong bulat, daun kari, goreng kilas. Kemudian masukkan serbuk kunyit, garam dan asam keping. Akhir sekali masukkan cili padi yang dipotong atau dibelah, siappp


Bulan puasa ni agak kurang makan sayur. Hari tu tengok kat TT, ada seorang pakar pemakanan ni tanya, kita ni manusia, tengok gigi kita, macam lembu ke macam rimau? Jawapannya, macam lembu. Maknanya kita kena banyak makan tumbuh-tumbuhannnn.. hehehehe. Sk suka masak sawi pak choy ni sebab senang siang dan mudah dibersihkan. 

Sk hantar mesej beritahu Pak Inche, menu lauk berbuka semalam, ghisau jugak takut dibantainya beli kari dengan hati ayam lagi. Dahlah Kari Daging yang hari tu pun ada lagi, kan.. mujur dia tak beli apa-apa lauk ya, ajaib betul, hahaha. Cuma kuih dua jenis tadi, Bihun Soto sebungkus dan dua botol air tebu. Sepanjang puasa ni, memang beberapa kali jugaklah Pak Inche beli air.. air tebu jer dah dua kali beli. Air kedondong la.. air kelapa la.. cendol la... padahal dekat rumah ni ada jer buat air... yassalammmm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/04/sotong-goreng-kunyit-sambal-tauhu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka 2 Ramadan Ikan Kembung Goreng Kacang Panjang Rebus Dan Sambal Geprek

Menu Berbuka 2 Ramadan Ikan Kembung Goreng Kacang Panjang Rebus Dan Sambal Geprek

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 418 hits
Semalam dah masak hari ni menu ikan lagi Masakan yang mudah tapi menyelerakan Itulah konsep menu berbuka saya di bulan Ramadan 10 minit sebelum berbuka pun tak ada hal lah Kalau semalam ikan cencaru bakar harini masak ikan kembung goreng ga...
Udang Goreng Kunyit Dengan Daun Limau Menu Simple Berbuka

Udang Goreng Kunyit Dengan Daun Limau Menu Simple Berbuka

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 343 hits
Udang goreng kunyit dengan daun limau Menu simple berbuka Hai korang Aku sampai tak selera dah nak beli makanan di bazar Sampai tak tau nak makan apa Biasanya kalau hari khamis jumaat dan sabtu aku akan masak lauk sendiri di rumah Cuma kala...
Sambal Sardin Untuk Berbuka 13 Puasa

Sambal Sardin Untuk Berbuka 13 Puasa

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 265 hits
Assalamualaikum WBTTAK menahan sana sini tengok rakan rakan maya tayang lauk sardin untuk berbuka puasa Teringin dan teringat pulak masih berbaki sambalnya Sk macam tu la kuah kari ke sambal ke asam pedas ke kalau ada baki kuahnya tu mesti ...
Lempeng Sambal Tumis Bilis Berbuka 7 Puasa

Lempeng Sambal Tumis Bilis Berbuka 7 Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum WBTGARA GARA kecur dengan dan semalam maka terjadilah Lempeng dan Sambal Tumis Bilis di dapur Sk petang semalam untuk juadah berbuka 7 Ramadhan 1444H Bahan bahan memang dah sedia ada Sk mula memasak pun dah pukul 6 Tak nak m...
Beli Lauk Lagi Berbuka 8 Puasa

Beli Lauk Lagi Berbuka 8 Puasa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum WBTSK ingatkan semalam Pak Inche masih lagi ada acara berbuka puasa di luar rupanya tidak Jadi Sk pesan minta dia beli sayur dah masak sikit tak payah beli lauk lain sebab Kari Daging dan Ayam Percik yang dibeli kelmarin tu ...
Menu Berbuka Hari Ke 7 8 Puasa Mee Kolok Dan Bakso

Menu Berbuka Hari Ke 7 8 Puasa Mee Kolok Dan Bakso

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 425 hits
Menu Berbuka Hari Ke 7 8 Puasa Mee Kolok Dan Bakso Alhamdulillah kita gabungkan update ye Hihi Membazar la balik kerja kan Beli secukupnya je tak perlu melebih Hari Rabu ritu makan makanan Sarawak iaitu Mee Kolok Dan kuih Bongkol Sarawak Te...
9 Puasa Berbuka Nasi Lemak Di Rumah Cik Ani

9 Puasa Berbuka Nasi Lemak Di Rumah Cik Ani

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 510 hits
Assalamualaikum WBTKITA telah memasuki sepertiga Ramadhan bagi tahun 1444H Perut pun dah serasi tak makan dan minum di waktu siang berhari hari Cuma Ramadhan kali ini cuacanya lain macam Pagi sehingga tengahari panas berdenting namun bertuk...
Pantun Ucap Selamat Berbuka Puasa

Pantun Ucap Selamat Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 449 hits
Waktu berbuka tiba di bulan Ramadhan Semua orang bergembira dalam suasana Segala lauk dihidangkan dengan berbagai rasa Mari kita berbuka puasa dengan bersyukur dan berdoa Menanti waktu berbuka di tengah hari Sudah tidak sabar untuk merasai ...
Menu Berbuka Puasa Ke 8

Menu Berbuka Puasa Ke 8

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 457 hits
Assalamualaikum Lambat SA bersiaran hari ni busy membungkus kurma nak hantar ke client dari pagi SA busy ni baru dapat duduk kejap nak patah pinggang dibuatnya semalam makan sedap sikit Pak Zain masak daging cincang again masak lemak cili a...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party