Sosej Bukan Daging Sebenar Tak Rugi Pun Tak Bagi Pada Anak Lagi Selamat
Kita rasakan makanan berproses seperti nuget, sosej dan sebagainya mudah sedia malah membantu masa menyiapkan makanan untuk anak. Walhal makanan jenis ini sama sekali tidak berkhasiat untuk anak kita.
Malah kata Dr Zubaidi Hj Ahmad, makanan-makanan berproses seperti sosej misalnya bukanlah daging sebenar dan amatlah tidak sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kita yang sedang membesar.
Bukan hanya tidak ada nutrisi bahkan tinggi kandungan lemak dan garam yang sememangnya tidak bagus untuk anak kecil kita. Elakkan!
AWAS… SOSEJ BUKAN DAGING SEBENAR!
Tahukah anda bahawa kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.
Beli Bees Talk Pure Honey Di Sini
Bees Talk Pure Honey Set
Sosej merupakan sejenis makanan terproses yang mempunyai ciri-ciri berikut:
* Tinggi kandungan lemak tepu (Lemak Trans meningkatkan risiko kanser)
* Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
* Boleh meningkatkan tahap kolesterol “jahat” dalam badan
* Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus
Ini adalah antara bahaya makanan berproses seperti sosej yang dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser.
Menurut Institut Kanser Negara, sebanyak 4 peratus kejadian kanser di Malaysia terdiri daripada golongan kanak-kanak bagi tempoh 2007 hingga 2011.
Malah, sebanyak lebih 53,200 kematian akibat kanser usus dijangka berlaku pada tahun ini di Amerika Syarikat. Ia merupakan kanser kedua paling membunuh di negara itu.
Jadi elakkanlah, lambat macam mana pun elakkan!
Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Kanser Negara, Cancer.net
Menarik: Elak Takutkan Anak Bila Anak Tiub Belon, Banyak Kelebihannya, Salah Satu Latihan Anak Bercakap
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Sosej Bukan Daging Sebenar, Tak Rugi Pun Tak Bagi Pada Anak, Lagi Selamat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sosej-bukan-daging-sebenar-tak-rugi-pun-tak-bagi-pada-anak-lagi-selamat/