Sop Aktiviti Sosial Akan Dilonggarkan Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai 10 Ogos


MALAYSIA NOW
'Dine-in' di restoran, perjalanan rentas daerah dibenarkan kepada penerima vaksin lengkap di negeri-negeri Fasa 2 PPN.

Pengusaha restoran perlu memastikan pengunjung telah menerima vaksin lengkap melalui sijil digital MySejahtera ketika membenarkan mereka 'dine-in' di restoran. Prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sosial akan dilonggarkan bagi mereka yang telah menerima vaksin lengkap bermula 10 Ogos sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan SOP kesihatan dalam negara mengikut fasa yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam perutusan khas hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kemudahan kuarantin dan perjalanan akan diberikan kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Antara lain, pasangan berkahwin akan dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah untuk bertemu pasangan.
Selain itu, ibu bapa yang menerima vaksin lengkap akan dibenarkan rentas negeri untuk menemui anak yang berumur 18 tahun ke bawah.
Kemudahan lain yang dibenarkan kepada mereka yang menerima vaksin lengkap adalah solat berjamaah di masjid bagi penganut Islam dan berkunjung ke rumah ibadat bagi penganut agama lain dengan mengikut SOP ditetapkan.
Menurut Muhyiddin, pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri dan kementerian perpaduan negara bagi rumah ibadat selain Islam.
Dalam pada itu, bagi negeri-negeri yang kini berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara, kemudahan sektor sosial akan dibenarkan.
Antara lain, penerima vaksin di negeri-negeri tersebut akan dibenarkan merentas daerah, “dine-in” di premis restoran dan aktiviti sukan tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.
Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (perseorangan), badminton (perseorangan), golf, permotoran dan seumpamanya.
“Kemudahan-kemudahan ini bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan SOP-SOP yang telah ditetapkan.
“Kemudahan dine-in dan aktiviti sukan terutamanya, adalah lebih berisiko bagi seseorang individu itu dijangkiti virus Covid-19.
“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan-kemudahan yang telah diberikan sekiranya berlakunya ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta SOP-SOP yang telah ditetapkan,” tambahnya.
Terdahulu, Menteri Penyelaras PPN Tengku Zafrul Aziz berkaa kes bergejala serius akan dijadikan indikator baru untuk peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua dan Tiga.
Bagaimanapun, indikator kadar vaksinasi serta kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) masih dikekalkan.
“Setelah mencapai kadar vaksinasi 40% penduduk dewasa dan ke atas, bilangan kes baharu Covid-19 menjadi kurang relevan kerana kebanyakan kes adalah kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan (Kategori 1 dan 2), sekali gus mengurangkan beban terhadap infrastruktur kesihatan awam,” katanya.
Perlis, Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak kini sudah beralih ke Fasa Tiga PPN.
Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Perak dan Pulau Pinang pula telah diletakkan di Fasa Dua PPN.
Sementara Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya masih kekal di Fasa Satu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/sop-aktiviti-sosial-akan-dilonggarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Lengkap Dua Dos Vaksin Ini Kelonggaran Sop Yang Perlu Anda Tahu

Anda Lengkap Dua Dos Vaksin Ini Kelonggaran Sop Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 250 hits
Rentas daerah dibenarkan hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kelonggaran prosedur operasi st...
Selangor Buka Walk In Vaksin Covid 19 Mulai 2 Ogos

Selangor Buka Walk In Vaksin Covid 19 Mulai 2 Ogos

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 305 hits
Selangor semakin hampir untuk mancapai sasaran 80 penduduk disuntik vaksin Covid 19 bagi memperolehi imuniti berkelompok Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari statistik pada hujung Julai telah menunjukkan sebanyak 65 pend...
Lengkap Vaksin Tetap Kena Patuh Sop

Lengkap Vaksin Tetap Kena Patuh Sop

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 224 hits
Walaupun sudah lengkap divaksin Individu perlu tetap patuh pada SOP Vaksin elak saya jadi lebih teruk Penerima 2 dos vaksin Covid 19 masih perlu mematuhi prosedur operasi stan dard kerana ia bukan jaminan seseorang bebas dijangkiti virus te...
Felda Tersang 1 2 Dan 3 Di Raub Sekali Lagi Kena Pkpd Mulai Khamis Ini Hingga 18 Ogos

Felda Tersang 1 2 Dan 3 Di Raub Sekali Lagi Kena Pkpd Mulai Khamis Ini Hingga 18 Ogos

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 199 hits
PUTRAJAYA Sebuah perkampungan skim tanah persekutuan dalam Daerah Raub Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula lusa iaitu melibatkan Felda Tersang 1 2 dan 3 di Mukim Batu Talam susulan Kluster Jalan Ba...
Keionggaran Pergerakan Bermula Selasa Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Keionggaran Pergerakan Bermula Selasa Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 333 hits
Umum maklum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa keIonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap Difahamkan kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa 10 Ogos 2021 untuk negeri...
Penerima Vaksin Pfizer Mungkin Perlu Disuntik Setiap Tahun

Penerima Vaksin Pfizer Mungkin Perlu Disuntik Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 531 hits
Seorang lelaki menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech baru baru ini Foto AFP WASHINGTON Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkata dalam satu temu bual pada Khamis bahawa para penerima vaksin Covid 19 keluaran syarikat ubat ubat...
5 Lokaliti Di Sabah Diarah Pkpd Mulai 6 Ogos

5 Lokaliti Di Sabah Diarah Pkpd Mulai 6 Ogos

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 310 hits
Pelaksanaan PKPD bermula 5 Ogos hingga 18 Ogos di Sabah PETALING JAYA Sebanyak 5 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan bermula 6 Ogos ini Menteri Kanan Luar Negeri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan ...
Lengkap Sudah Divaksin Vaksin Coronavac Dos Kedua

Lengkap Sudah Divaksin Vaksin Coronavac Dos Kedua

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum wbt Masih ingat tak cerita pengalaman saya ketika saya divaksin untuk dos pertama Alhamdulillah pada 2hb Ogos lepas saya sudah melengkapi vaksin untuk dos kedua Untuk pengalaman kali kedua nie giliran untuk divaksin lebih pa...
Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu Roadtax Kenderaan Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos

Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu Roadtax Kenderaan Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 367 hits
Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah berbincang dengan POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia Sehubunga...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi