Somalia Menggamit Rasa


Assalamualaikum... Hari ini dalam sejarah mari kita muhasabah diri kita di penghujung Ramadhan ini. Nikmat yang dikurniakan, rezeki yang dilimpahkan, adakalanya kita biarkan ia 'dilimpah bazirkan' (term reka sendiri). Pada entri kali ini, saya menyeru diri saya dan sekalian pembaca, mari kita mensyukuri nikmat Allah kurniakan itu dengan memberi sebahagia rezki kita kepada mereka yang LEBIH memerlukan.


Somalia menggamit rasa.
Mari lihat gambar-gambar ini. Biarlah gambar bercerita.

anaknya dirawat akhirnya meninggal dunia kekurangan zat menunggu dirawat Sedikit sejarah

Seperti yang diberitahu kepada saya oleh Ustaz Darus, nama Somalia itu sebenarnya  berasal dari perkataan Zu-maal. Yang beerti 'pemilik harta'. Asal negara Somalia adalah satu negara yang kaya. Dikatakan bahawa, dulunya orang-orang Somalia tidak memakan ikan walaupun negara itu berada di tepi laut. Mereka hanya makan daging dan tanaman. Menunjukkan betapa suburnya kawasan Somalia.


Namun setelah beberapa tahun berlalu, mereka mula dijajah. Lihat sejarah penjajahan disini. Kemudian semasa didalam keadaan itu, rakyatnya pula berpecah. Berlaku huru-hara, dalam negara. Dan mungkin disebabkan itu, (hanya pendapat) Allah menghantar kemarau pertama kepada negara Somalia. Kemudian rakyatnya mula mengalami kesukaran. Tanaman kekeringan dan ternakan mati. Disitulah, rakyatnya mula belajar makan ikan. Namun, masih lagi perpecahan berlaku di negara itu. Perang puak-puak sesama sendiri. Negaranya terus dijajah, bersilih ganti. Kemudian pada kali ini Allah telah memberi lagi ujian kepada mereka dengan memberi kemarau kali kedua.


Dan begitulah cerita yang dikhabarkan kepada saya. (jika salah sila betulkan). Namun dengan dugaan yang diberikan kepada mereka. Tidak bermakna kita perlu berbangga dengan negara kita yang tidak seperti negara mereka.

Allah memberi dugaan tersebut mungkin kerana beberapa perkara (hanya pendapat sy).

1. Mahu menguji sensitiviti umat islam di negara lain. Samada masih lagi mengambil berat, soal saudaranya yang ditimpa musibah.

2. Memberi peluang kepada kita umat islam yang aman, agar mensyukuri nikmat Allah, dengan menolong umat islam yang lain.

Kenapa Somalia?

"Dalam banyak-banyak negara kenapa Somalia?" mungkin itu yang terlintas difikiran anda. Ya, saya faham, ramai lagi saudara kita diluar sana memerlukan bantuan. Ini adalah sebahagian sebab saya fokuskan.


1. Kemarau paling teruk
Somalia pernah menghadapi kemarau sebelum-sebelum ini. Namun kali dikatakan kemaraunya paling teruk dalam tempoh 60 tahun. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan. Setiap 6minit di Somalia akan berlaku kematian disebabkan kebuluran.Sama-sama kita lihat dan berfikir sejenak.


Ada sebahagian kisah yang saya dengar dimana seorang ibu bersama 5 orang anaknya berjalan menuju ke kem pelarian untuk mendapatkan makanan. Namun dalam perjalanan, satu per satu anaknya meninggal dunia. Akhirnya yang sampai ke kem pelarian itu hanyalah ibunya. Seorang.

2. Mereka Saudara kita
Majoriti negara Somalia, penduduknya beragama Islam. Hanya sikit sahaja yang beragama lain. Dalam laman web wikipedia mengatakan "Islam merupakan agama yang terbesar di Somalia, dengan kira-kiranya 100% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Mengikut jumlah statistik ini seluruh warga Somalia beragama Islam.". (disini kisah pasal islam di Somalia, mesti baca)

mampukah kita tetap dalam iman bila dilanda kesusahan? Tidak ada sebab lain mengapa kita perlu menolong mereka. Mereka bukan orang lain, mereka adalah Saudara Seislam Kita. Fikirkan bagaimana mereka menyambut Ramadhan tahun ini? Berpuasa dalam keadaan yang memang tiada makanan. Bagaimana mereka bersahur? Bagaimana mereka berbuka?

Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)". (hadis ini dikatakan dhoif, namun maksudnya benar)
Dari Abu Hamzah, bahawa berkata  Anas bin Malik r.a.,  Rasullullah s.a.w. bersabda:"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."(Hadis sahih Riwayat Bukhari)
3. Lebih Utama
Jika mahu dibandingkan dengan negara islam yang lain. Keadaan di Somalia lebih memerlukan. Bukan saya kata hanya menderma di Somalia sahaja. Dermalah di tempat lain juga, tapi yang lebih utama ialah di Somalia. Di Palestin juga di bom baru-baru ini. Bukannya kita tidak endah pasal Palestin. Dermalah kepada Palestin, tapi jangan lupa saudara kita di Somalia juga.

Ada satu kisah benar yang diambil dari sahabat FB saya. Ketika memeriksa jenazah2 mangsa pengeboman Israel di Gaza semalam,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya.Ditanya kepada rakannya duit apa, "Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu saudaranya di Somalia". Malu lah kita disini yang aman, tidak mampu membantu mereka di Somalia. (kanak2 Palestin cukup hebat)

Kita Mati Kekenyangan, Mereka Mati Kebuluran

Dimanakah kita semasa mereka menghembus kekeringan nafas terakhir? Apa yang kita lakukan ketika mereka mengesot mencari secebis makanan? Mereka mati kelaparan, kebuluran. Kita mati dengan kekenyangan. Obesiti dan sebagainya. Malu lah kalian (termasuk saya).

Marilah menderma untuk mereka! Saya seru sekalian pembaca mari! mari! dan MARI! Saudara kita disana menderita! Yang kaya dihulurkan sebahagian harta kepunyaan Allah! Yang punya tenaga, dihulurkan segala usaha pergi membantu disana! Yang punya cakna dan peduli, mari sebarkan kesedaran buat mereka yang masih tidak tahu! Sumbang apa saja yang termampu! Allahuakbar!

Semoga kita menjadi hamba Allah yg bersyukur. Mari Menderma!!

Dengan ini saya sediakan satu medium dimana kita boleh membantu mereka di Somalia. Lihat di Poster atas. Haluan adalah satu badan NGO yang boleh dipercayai. Jika anda masih ragu-ragu, hubungi nombor yang tentera di dalam poster itu (tidak salah, jika mahu dipastikan). jika gambar diatas kurang jelas disini saya tunjukkan no akaun nya.
BIMB 14-023-01-002571-8 (HALUAN)
"Rasullulah adalah seorang yang pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadhan". (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda tentang orang yang ingin melembutkan hatinya: "Jika engkau ingin melembutkan hatimu, berilah makan kepada anak yatim dan usaplah kepala anak yatim". (HR Ahmad)
Sabdanya lagi "Dan sedekah boleh menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api" (Sahih At-targhib)
P/s buat para blogger diluar sana : Mari sebarkan Berita Somalia di blog-blog anda. Tulis artikel mengenai Somalia. Jika mahu copy artikel saya hendaklah dilinkkan kembali kepada saya, supaya sebarang kesilapan boleh dibetulkan. Kemudian bubuh poster seperti yang saya letak dibawah tu.

Khabarkan kepada mereka yang tidak tahu, merupakan salah satu usaha kita membantu mereka di Somalia.
diantara artikel mengenai Somalia
-Talian Hayat Pelarian Somalia
-Delagasi Erdogan: Luka Somalia Terubat
.::Wallahua'lam::.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2011/08/somalia-menggamit-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 711 hits
Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga RasaBahan Ikan Kerapu Goreng 1 ekor ikan kerapu garam secukup rasa2 ke 3 sk serbuk kunyit adabi2 sudu tepung beras1 sk serbuk limau Knorr500gm minyak masakCara Memasak 1 Lumur garam serbuk kunyit tepung bera...
Hiburan Sissy Iman Titip Rasa Syukur Kerjaya Seni Masih Stabil

Hiburan Sissy Iman Titip Rasa Syukur Kerjaya Seni Masih Stabil

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 277 hits
Penyanyi Sissy Iman baru baru ini memaklumkan bahawa dia mampu menarik nafas lega kerana kerjayanya dalam industri hiburan boleh dikatakan stabil di kala ramai penggiat seni tanah air yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid 19 ARTIKE...
Ajar Anak Rasa Semua Makanan Baru Tak Memilih Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan

Ajar Anak Rasa Semua Makanan Baru Tak Memilih Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 345 hits
Berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan memang mencabar Bermacam cara kreatif sudah dicuba mama tapi hasilnya tetap tidak menjadi anak masih tidak mahu makan malah menjadi pemilih makanan Pening dibuatnya Namun bagi personaliti media ...
Kek Pandan Santan Ni Makan Berkali Pun Tak Rasa Muak

Kek Pandan Santan Ni Makan Berkali Pun Tak Rasa Muak

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 319 hits
Petang begini teringin pula nak makan kek Tapi bukanlah kek ising nak kek yang biasa Nak cuba buat kek pandan santan ni ikut resipi ni Boleh juga jamu untuk minum petang nanti selebihnya boleh beri pada jiran Rasa pandan pada kek ni tak aka...
Menu Nasi Ketam Berempah Rasa Sekali Pasti Bertambah Lagi

Menu Nasi Ketam Berempah Rasa Sekali Pasti Bertambah Lagi

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 211 hits
Mungkin ada yang masih bercuti panjang lagi Bila dah berkumpul tentu saja seisi makan makan lah yang merapatkan silaturrahim Boleh jamu hidangan yang istimewa nasi briyani nasi lemak nasi tomato nasi Arab dan lain lain nasi yang popular Jom...
Yang Marah Sangat Dengan Bersatu Apa Hal Kalau Rasa Kuat Lawan Je Lah Yg Takut Sangat Dengan Parti Nyamuk Apa Hal

Yang Marah Sangat Dengan Bersatu Apa Hal Kalau Rasa Kuat Lawan Je Lah Yg Takut Sangat Dengan Parti Nyamuk Apa Hal

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 231 hits
Bila rasa kuat sombong Dulu bila lemah menyondol sokong sekongkol langkah pengkhianatan Yang nak hilang wang pertaruhan adalah BERSATU yang nak membebel lebih kenapa Melaka akan lebih maju job ka PH yang uruskan
Rasa Kena Tipu Lelaki Ini Mahu Bakar Kambus Dalam Tanah Baju Muafakat Nasional

Rasa Kena Tipu Lelaki Ini Mahu Bakar Kambus Dalam Tanah Baju Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 190 hits
Rasa kena tipu lelaki ini mahu bakar kambus dalam tanah baju Muafakat Nasional Bolehkah saya simpan baju baju berlambangkan Muafakat Nasional atau dibakar api atau dikambus ke dalam tanah Setiap kali terpandang baju ini terasa seperti ditip...
Tipu Bawa Keluar Jalan Jalan Ibu Luah Rasa Sedih Anak Anak Tergamak Tinggalkan Di Rumah Orang Tua

Tipu Bawa Keluar Jalan Jalan Ibu Luah Rasa Sedih Anak Anak Tergamak Tinggalkan Di Rumah Orang Tua

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 257 hits
Seperti adegan di dalam drama seorang ibu yang kini berusia 69 tahun terpaksa menelan kenyataan pahit apabila ditinggalkan oleh anak anaknya di rumah orang tua lapor Kompas Kisah mengenainya itu telah menjadi tular di Indonesia sejak bebera...
Ikan Siakap 3 Rasa Langkawi Harga Mahal

Ikan Siakap 3 Rasa Langkawi Harga Mahal

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 491 hits
Tak taulah mana yg betul mangsa dan peniaga ada penjelasan masing2 Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1 196 seekor Dulu pernah tular ikan patin harga beratus ratus ringgit Tapi bila dah makan kena la bayar kan PETALING JAYA Secara kebia...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan