Solok Lada Kelantan Sedap Cara Sejukbeku



Alhamdulillah hari ini saya telah berjaya memulakan puasa sunat 6 Syawal. Agak mencabar juga bila beberapa hari dalam seminggu, ada jemputan kawin dan majlis jamuan terbuka. Bila agak agak tiada jemputan, saya akan berpuasa. Tidak mengapa kerana kita menpunyai masa satu bulan untuk berpuasa hanya selama 6 hari.
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal adalah satu lagi peluang untuk kita mendapat pahala besar seolah berpuasa selama 1 tahun. Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari (30 hari x 10), manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari (6 hari x 10). Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, yang hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.
Nabi S.A.W bersabda;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

Sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. Saya memang teramat menggemari solok lada terutama jika dimakan dengan nasi kerabu. Tapi saya jarang menyediakan solok lada kerana di sini susah untuk mendapatkan lada solok yang berwarna hijau muda. 
Lada ini banyak dijual di Kelantan. Kulitnya lembut dan berwarna hijau. Rasanya pedas juga. Masa balik raya, saya singgah di pekan Jelawat tapi lada solok yang ada hanya di satu gerai sahaja. Ianya pun tak berapa elok dan tidak berwarna hijau segar.
Tapi sebab dah tak ada pilihan, beli lah juga. Harganya RM20 sekilo. Sekarang susah nak dapat lauk solok lada di majlis majlis kawin di Kelantan, kerana sangat mahal. Kalau beli solok yang dah siap, harganya ialah RM2 seketul. Itu di Kelantan. Tak tahulah berapa harga di sini. Setakat ini, tak jumpa solok lada yang sedap di sini. Memang makanan atau masakan Kelantan, hanya orang Kelantan yang tahu rasa keasliannya sedap atau tidak. Hahaha.
Oleh kerana itu, saya buat solok agak banyak dan mahu menyimpan di dalam freezer untuk dimakan di masa depan. Makanya saya memasak secara kukus. Kalau cara tradisional, solok lada akan direbus dengan santan dan sedikit garam. Boleh klik entri di SINI. Tapi solok yang direbus tak tahan lama. 
Secara jujur, walaupun solok lada saya hari ini sangat sedap, saya lebih suka solok lada yang direbus kerana terasa lemak di lada juga berbanding sekadar dikukus dengan santan pekat. Itu pada selera saya lah. Tapi dari segi penampilan dan rupa, lebih cantik, solok lada yang dikukus kerana lebih kemas dan cantik.   Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya juga ada menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Solok Lada KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:3 ekor ikan kembung3 genggam kelapa parut putih - 150-160 gram1 sudu kecil garam halus1 sudu besar gula pasir15 biji lada solok1 cawan santan - untuk mengukus semula solok lada 
Bahan tumbuk:5-6 biji bawang merah1 ulas bawang putih½ inci halia1 sudu kecil lada hitam
Cara cara:Belah tengah lada solok tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kisar dengan pengisar kering sehingga lumat. Nota: ikan boleh juga direbus dan diasingkan isi dan tulang. Isi ikan rebus kemudian ditumbuk lumat. 
Masukkan bahan tumbuk dan kisar lagi sehingga rata. Masukkan garam dan gula serta serbuk perasa. Nota: Solok mesti ada rasa manis, masin dan rasa pedas lada hitam.
Masukkan kelapa parut, kisar lagi hingga sebati. Ketepikan. 

Masukkan bahan inti ke dalam lada solok sehingga padat dan buncit. 

Susun dalam pengukus dan kukus selama 15 minit. Nota: cara memasak solok lada tradisional, selepas siap semua lada solok dimasukkan inti, disusun dalam periuk. Tuang sedikit santan dan garam. Rebus sehingga lada solok lembut dan inti masak. 

Tutup api dan biarkan solok betul betul sejuk sebelum di simpan dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti sejuk beku. Siap.

Nota:Bila nak makan, keluarkan solok dari freezer dan biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam loyang curahkan santan pekat ke atasnya dan kukus dlm 5 minit. Siaap.


Nota:Kepala dan tulang ikan, saya rebus seketika untuk memudahkan ambil isi ikan yang melekat di tulang. Isi ikan ini dikisar sekali dengan isi ikan mentah. Jadi tiada pembaziran.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/solok-lada-kelantan-sedap-cara-sejukbeku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Kuih Tako Sagu Jagung Yang Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Cara Buat Kuih Tako Sagu Jagung Yang Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 367 hits
Tako sememangnya jadi kegemaran ramai di bulan puasa Pernah cuba Kuih Tako Sagu Jagung Sama enaknya dengan Kuih Tako biasa tu Teksturnya yang lembut manis dan ada rasa ketulan jagung menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai ...
Resipi Puding Jagung Legend Sukatan Cara Mudah Sedap Makan Sejuk Sejuk

Resipi Puding Jagung Legend Sukatan Cara Mudah Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 207 hits
Bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi ini sudah pastinya membuatkan kita memilih untuk berbuka dengan juadah yang ringkas dan mudah Apa kata kali ini kita hidangkan puding jagung kastard legend untuk keluarga Paling ...
Resipi Kuih Gunting Sedap Dan Rangup Mudah Saja Cara Buatnya

Resipi Kuih Gunting Sedap Dan Rangup Mudah Saja Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 739 hits
Kuih gunting ini memang sedap Dapat yang rangup dan rasa daun kari serta bilisnya memang tak berhenti mengunyah Mudah saja resipi buatnya Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan gunting yang sedap dan rangup Kali ini ikuti resipi mudah membu...
Tercari Cari Resipi Kerepek Pisang Sira Yang Sedap Begini Cara Buatnya

Tercari Cari Resipi Kerepek Pisang Sira Yang Sedap Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 385 hits
Kerepek pisang sira ini sering kita temui dijual di gerai atau kedai pembuatan kerepek Rasanya manis dan sedap Rasa gulanya yang mencair di atas pisang lalu digoreng memang unik Sesetengah orang tidak tahu cara pembuatannya Lazimnya sebelum...
Asam Pedas Lada Hitam Ikan Terubuk Seimbang Masam Dan Pedasnya Baru Sedap

Asam Pedas Lada Hitam Ikan Terubuk Seimbang Masam Dan Pedasnya Baru Sedap

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 238 hits
Asam pedas lada hitam ikan terubuk ini memang sedap Kuahnya pekat dan merah Asam pedas yang sedap adalah yang seimbang rasa masam pedas dan masinnya Baru ngam Terdapat banyak versi asam pedas mengikut negeri Kalau ke Melaka gaya asam pedasn...
Begini Cara Buat Cocktail Pekat Dan Sedap Kekal Kemanisannya

Begini Cara Buat Cocktail Pekat Dan Sedap Kekal Kemanisannya

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 267 hits
Buat cocktail memang mudah Tetapi ada cara untuk buat cocktail lebih sedap dan pekat kuahnya Juga sentiasa kekal manisnya walaupun dalam jangka masa yang lama Untuk menghasilkan kuah cocktail yang pekat dan sedap ini sudi berkongsi cara pen...
Cara Bupati Ipuk Ikut Pacu Turunkan Angka Kematian Ibu Dan Bayi

Cara Bupati Ipuk Ikut Pacu Turunkan Angka Kematian Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 244 hits
Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani melibatkan para dokter perawat hingga para bidan dalam penanganannya
Cara Terbaik Untuk Mengunduh Video Instagram

Cara Terbaik Untuk Mengunduh Video Instagram

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 269 hits
Instagram adalah salah satu platform media sosial paling populer yang digunakan orang orang untuk berbagi foto dan video Video Instagram telah menjadi bagian integral dari konten platform dan terkadang pengguna mungkin ingin mengunduhnya ka...
Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Melalui Aplikasi Mysejahtera

Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Melalui Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 255 hits
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh membuat temujanji klinik gigi terus daripada aplikasi MySejahtera MySejahtera sentiasa ditambah baik fungsinya walaupun tidak lagi digunakan untuk mendaftar masuk atau check in ketika fasa fas...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus