Solidariti Bersama Pak Cik Oku


 
Simpati terus melimpah-ruah buat lelaki kurang upaya (OKU) yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman pagi Jumaat lalu yang memungkinkan dua perkara – pembelaan terbaik untuknya mendapat keadilan, manakala tindakan tegas pula menanti penyerangnya.
Harus benar seorang yang berdepan ujian berat akan mendapat ganjaran dinaikkan martabatnya seperti didapati oleh Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau Abang Paijang kepada rakan-rakannya, yang ditawar mengerjakan umrah bersama isteri dan seorang anak lelaki mereka.
Semalam, pemilik dan Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours, Ibrahim Mat Sin, yang bersimpati dengan nasib menimpa OKU gangguan mental itu menawarkan pakej umrah berkenaan dalam perbualan telefon dengan isterinya Faridah Abdul Karim, 44, dalam video yang dimuat naik di TikTok.
Tidak berhenti-henti mengucapkan syukur, Faridah yang berterima kasih kepada Ibrahim menerima baik tawaran itu dan sedia menimbangkan ke Tanah Suci selepas suaminya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pulih daripada kecederaannya.
Pagi Jumaat lalu, Abang Paijang dipukul dan diheret oleh beberapa individu – tiga daripada mereka dikatakan mempunyai pertalian darah — selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar gerai “Mi Kuali Panas” di pasar tani itu sehingga menyebabkan mi dan nasi goreng terjatuh ke jalan.
Tidak cukup dengan dipukul, diheret dan disepak di muka, satu video tular turut menunjukkan seorang lelaki berbaju petak mengaut mi goreng tertumpah ke jalan dan melepaskannya ke kepala dan muka mangsa. Sambil Faizan meminta air untuk menghilangkan kepedihan matanya, seorang lelaki berbaju merah dan berseluar putih dirakam menyepaknya di muka.
Video kejadian berkenaan yang tular di laman sosial mengundang kecaman warga maya yang menyifatkan tindakan memukul mangsa sebagai tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun dan berkelakuan lebih buruk daripada haiwan ke atas seorang yang tidak pun mampu melawan.
Semalam juga, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi menyatakan simpati kepada keluarga Faizan dengan mewakilkan Setiausaha Politiknya, Megat Zulkarnain Omardin, mengunjungi mereka di Kuala Ibai.
Menerusi panggilan video kepada Faridah, Zahid berpesan supaya memberi lebih perhatian kepada mangsa selepas ini bagi menghindarkan kejadian sama berulang, di samping tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan kepada polis mengambil langkah mengikut lunas undang-undang.
Selain memberi sumbangan peribadi, timbalan perdana menteri menawarkan bantuan guaman daripada Umno – menyusuli tawaran serupa daripada Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, pada Sabtu — selain membantu dua anak mangsa berumur 10 dan empat tahun yang masih bersekolah.
Ahad lalu, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Zulkarnain Mahdar, berkata pihaknya sedia menyaman individu terlibat sebanyak RM1 juta sebagai amaran keras kepada penganiayaan dan penindasan terhadap golongan tidak berdaya.
“Saman ini adalah nilai yang perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang itu kerana bertindak di luar batas undang-undang. Peguam kami akan menghubungi keluarga lelaki itu bagi berbincang dan berharap mereka bersetuju untuk memulakan proses saman,” katanya.
Terbaru, pada Isnin, ada lagi peguam dalam kalangan bekas rakan sekolah Faizan yang menawarkan khidmat serupa – ringkasnya beliau tidak perlu tercari-cari bantuan guaman sekiranya memilih untuk mengambil tindakan sivil.
Faridah juga sudah menyatakan tidak akan menarik balik laporan polis berkait serangan ke atas suaminya, di samping menolak untuk memaafkan dan berdamai selepas dikatakan dihubungi seseorang yang mendakwa mewakili individu terbabit dalam serangan berkenaan. Juga, tiada seorang pun individu memukul suaminya tampil memohon maaf.
Polis setakat ini menahan lima lelaki berusia 18 hingga 60 tahun – seorang daripada mereka direman tiga hari — bagi membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Diura-urakan juga seorang lelaki yang dirakam video memukul Abang Paijang telah menghilangkan diri dan sedang diburu polis.
Sambil itu, luahan kemarahan warga maya berterusan di TikTok buat hari keempat berturut-turut, dengan ramai mengajak untuk membayangkan Faizan umpama ayah sendiri dan apa yang dirasakan jika diperlakukan demikian.
Tidak ketinggalan juga ada segelintir yang menyalahkan keluarga Abang Paijang kerana tidak mengawalnya daripada bergerak bebas hingga menimbulkan risiko kepada orang lain disebabkan mentalnya yang tidak stabil.
Seorang peniaga wanita di pasar tani itu yang menyertai perbahasan di TikTok pada Isnin seakan-akan menyalahkan mangsa yang berpusing-pusing dengan motosikalnya di kawasan jualan sebanyak tiga kali hingga menimbulkan kemarahan peniaga, tetapi bersetuju ia tetap tidak mewajarkan Faizan diperlakukan seperti kejadian pagi Jumaat lalu.
Persoalan lebih besar ditimbulkan seorang pengguna TikTok terhadap kurangnya keprihatinan dan empati terhadap pesakit mental dengan membandingkan serangan ke atas Faizan dan satu kes menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur awal pagi 1 Jan lalu.
Dalam satu rakaman video berdurasi kira-kira tiga minit yang dimuat naik di Facebook, seorang lelaki berusia lewat 20-an meluru masuk dan membuat kecoh ketika jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Subuh.
Sekalipun dapat diberkas pengawal keselamatan masjid, ada jemaah berjubah yang ditunjukkan video memukul dan menyepak lelaki itu dan ahli keluarganya yang menurutinya untuk mengelakkan dia membuat kacau.
“Ini berlaku lagi (di pasar tani Chukai) dek kerana emosi marah nak jadi hero punya pasal, dia pergi bantai seorang OKU yang dilaporkan motosikal yang pak cik tu ditolak (atau diterajang) sehingga terlanggar satu gerai di pasar tani tu.
“Dalam video tu ramai budak dok tengok orang pakat dok bantai pak cik OKU tu. Ini ke contoh yang kita nak tunjuk pada budak-budak ni? Mana perikemanusiaan kita? Kenapa rakyat kita jadi macam ni, apa yang marah dan emosi sangat ni?
“Dalam masjid boleh bantai orang, pasar tani pun bantai orang. Apa nak jadi, nak tunjuk apa, nak jadi gengster sangat kenapa ni? Dalam ramai-ramai tu, tak ada seorang pun yang pergi tolong hentikan perkara tu, ramai yang dok tengok je.
“Disebabkan tiga, empat orang yang nak jadi hero, nak jadi gengster la tu, kesan dia akan pergi kepada peniaga-peniaga lain,” kata Wan Hadi merujuk gerakan di media sosial untuk memboikot pasar tani berkenaan.
“Emosi kita ni kenalah jaga, bertindak pakai akal,” tambahnya kerana ia tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa menganiayai orang lain yang kesalahannya tidak pun seberat mana.
Sudah barang tentu buat Abang Paijang yang sebelum ini hanya dikenali di sekitar Kemaman, kini boleh dikatakan seluruh negara bersimpati dan bersolidariti dengannya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/solidariti-bersama-pak-cik-oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Lah S Son Denies Time To Steal Exchange Prays For Dr M

Pak Lah S Son Denies Time To Steal Exchange Prays For Dr M

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 577 hits
Abdullah Ahmad Badawi s son has denied telling Dr Mahathir Mohamad s son that he intends to enrich himself using his father s position I categorically deny it I never said such a thing nor did I do such things Kamaluddin Abdullah stated in ...
Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 236 hits
nbsp Faridah tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian suaminya yang juga OKU dipukul orang ramai Foto NSTP Rosli IlhamCHUKAI Bila melihat rakaman video itu hati saya hancur dan sangat sedih kata Faridah Abdul Karim isteri kepada oran...
Pas Terengganu Dan Oku 4

Pas Terengganu Dan Oku 4

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 136 hits
Zuwairi Md Yusof16 Januari Adun PAS Terengganu mengata Malaysia jadi Pariah state dan wajib di selamatkan 18 Januari Walaun tibai OKU tanpa belas kasihan di Terengganu Kesimpulan Allah nak tunjuk Terengganu yang sedang jadi pariah state dan...
Netizen Desak Hukuman Sebat Ke Atas Pembuli Oku Di Terengganu

Netizen Desak Hukuman Sebat Ke Atas Pembuli Oku Di Terengganu

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 149 hits
Terengganu 19 Januari Isu penderaan dan pembulian golongan Orang Kurang Upaya di Malaysia sekali lagi menjadi perhatian setelah sebuah video insiden pembulian seorang OKU tular di media sosial Kejadian yang dipercayai berlaku di Terengganu ...
Kita Sekali Lagi Dikejutkan Dengan Insiden Melibatkan Individu Oku Atau Mereka Yang Disyaki

Kita Sekali Lagi Dikejutkan Dengan Insiden Melibatkan Individu Oku Atau Mereka Yang Disyaki

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 99 hits
Kita dikejutkan lagi dengan insiden individu OKU atau mereka yang dipercayai mempunyai masalah mental dipukul oleh orang awam Adakah ini cara masyarakat kita menangani masalah Perbuatan seperti ini bukan sahaja salah di sisi undang undang t...
Tiada Pihak Pukul Suami Datang Minta Maaf Kata Isteri Lelaki Oku

Tiada Pihak Pukul Suami Datang Minta Maaf Kata Isteri Lelaki Oku

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 112 hits
FMT ReportersFaridah Abdul Karim berkata justeru dia tidak akan menarik balik laporan dan akan menyaman pelaku Tangkap layar video memaparkan lelaki OKU dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai Jumaat lalu PETALING JAYA ...
Antara Oku Dan Orang Kurang Berfikir

Antara Oku Dan Orang Kurang Berfikir

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 88 hits
Tular minggu lepas kisah lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental dibelasah di sebuah pasar tani kerana motosikal ditunggangnya merempuh sebuah gerai Ekoran insiden ini masyarakat media sosial memberi respons betapa tiada belas kasiha...
Pukul Oku Di Kemaman Cemar Imej Islam

Pukul Oku Di Kemaman Cemar Imej Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 120 hits
Insiden lelaki orang kurang upaya mental dipukul di Kemaman terus mencetuskan kontroversi di seluruh negara Hakikatnya pelakuan itu langsung tidak mencerminkan imej sebenar rakyat Terengganu Segelintir individu sahaja yang bertindak liar sa...
Perdana Menteri Bersuara Isu Oku Di Sepak Dan Diheret Kita Harap Walaun

Perdana Menteri Bersuara Isu Oku Di Sepak Dan Diheret Kita Harap Walaun

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 127 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berharap kejadian lelaki orang kurang upaya Ahmad Nor Al Faizan Jusoh dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lalu tidak berulang Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin berkata ...
Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Balik Asrama

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Seribu Tahun Lagi Imran Ajmain Ost Seribu Tahun

Thailand Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat

Kota Para Dewa Rahsianya Masih Tersembunyi

Lotto888 Top 67 By Jonah Lot888 Net 3 25

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Character Is The Final Judge Of Malaysians Irrespective Of Race Or Religion