Antara Oku Dan Orang Kurang Berfikir


 
Tular minggu lepas kisah lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental dibelasah di sebuah pasar tani kerana motosikal ditunggangnya merempuh sebuah gerai. Ekoran insiden ini, masyarakat media sosial memberi respons betapa tiada belas kasihannya mereka yang membantai cukup-cukup lelaki itu.
Secara tak langsung bagi warganet, inilah gambaran masyarakat hari ini yang semakin hilang simpati dan empati, tidak kiralah sesama manusia normal apatah lagi dengan mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Saya tidak mahu menyentuh kejadian itu sebab saya tidak berada di tempat kejadian tetapi dalam hal OKU ini, saya sedikit sensitif. Ini kerana saya pernah menjadi bapa kepada dua anak saya yang mengalami kecacatan terlantar Cerebral Palsy. Saya dan isteri hari ini sebenarnya sudah penat dan putus asa dalam memperjuangkan hak anak OKU terlantar baik dari segi hak dan kebajikannya, mahupun latihan rawatannya. Ia sungguh mengecewakan.
Dari zaman kerajaan yang membuat kempen masyarakat penyayang sehinggalah kepada kerajaan yang melaungkan masyarakat Madani, isu hak OKU sangat rumit untuk dijiwai oleh kerajaan dan kementerian pembuat dasar. Sebab itu saya tidak hairan. Sebab sedangkan di peringkat pembuat dasar pun tidak faham apalah yang diharapkan kepada masyarakat awam untuk menghayatinya.
Kesedaran rakyat terhadap warga kelainan upaya dan betapa perlunya kita cakna dengan mereka sangat rendah. Di sekitar kejiranan, di sekolah, dalam kalangan keluarga, di bangunan-bangunan jabatan malah sehingga ke masjid – kita masih tidak mampu memberikan sepenuhnya keselesaan kepada OKU. Pernah OKU berkerusi roda dihalang oleh pekerja kedai untuk masuk kerana dikhuatiri roda kerusi tolaknya akan mengotorkan lantai. Begitu juga bagi OKU yang hendak masuk ke masjid, ada yang terpaksa menghadap bebelan ahli jawatankuasa masjid. Tempat parkir khas OKU yang selalu dicuri oleh pemilik kereta lain yang bukan OKU itu, biasalah! Seolah langsung tiada rasa bersalah.
Cuba lihat apabila orang buta datang ke meja kita bersama pengiringnya meminta duit kalaupun tidak menjual tisu. Sama ada kita beri duit, beli tisu atau mengangkat tangan mengatakan tidak – kita terus berbual tanpa melihat apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka dan mengapa terjadi begitu. Siapa yang harus kita letakkan tanggungjawab ini?
Saya sebenarnya boleh menulis panjang isu OKU ini kerana sepanjang dua arwah anak saya masih ada saya telah melalui banyak perkara dan telah buat banyak perkara. Saya pernah buat filem dokumentari pendek berjudul ‘Anur Nak Sekolah’ (yang boleh ditonton di YouTube) di mana dokumentari tersebut merupakan sebuah ‘proposal’ untuk kerajaan membina sekolah khas untuk anak-anak OKU Terlantar. Video ini telah banyak kali dimainkan di beberapa tempat sebagai kempen kesedaran.
Saya, isteri dan anak saya pernah merempuh Parlimen untuk menyampaikan memorandum kepada menteri, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berkenaan kebajikan anak seperti anak kami. Biarpun sampai menangis seorang pengawal keselamatan kerana serba-salah dengan rempuhan nekad kami dalam keadaan dia terpaksa bergelut antara simpati dengan kewajiban menjalankan tugas menjaga keselamatan bangunan daripada sebarang pencerobohan – kami akhirnya berjaya masuk. Apa yang berlaku kemudiannya, memorandum yang kami sampaikan dengan tangan kepada para menteri dan Ahli Parlimen itu tidak langsung diambil perhatian atau lebih tepat dibakulsampahkan oleh kedua-dua belah wakil rakyat; baik daripada kerajaan begitu juga pembangkang.
Apa kami nak buat lagi? Takkan mahu protes sampai membahayakan diri! Paling hina ada Ahli Parlimen yang beri sedekah not lima puluh ringgit kepada kami. Tahulah kamu bermaksud baik tetapi kedatangan kami bertujuan hendak beri memorandum, bukan untuk minta derma. Maksud dan tujuan kami lebih besar daripada duit sedekah itu. Ia untuk anak-anak OKU seperti anak kami dan generasi seterusnya. Malangnya, tidak ada langsung maklum balas daripada semua mereka.
Selalunya yang wakil rakyat akan tanya, “anak awak sudah dapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau tidak?” Bukan pertanyaan itu yang kami mahukan.
Inilah yang sungguh sukar hendak kami terangkan. Tiada seorang pun yang mahu menjemput kami dan meluangkan benar-benar masa mereka untuk mendengar dan mencari penyelesaian dengan membawa isu ini ke sidang Dewan. Adakah dengan hanya memberi elaun bulanan dan kad OKU, para politikus pembuat dasar ini menganggap isu OKU sudah selesai? Percayalah! Setakat ini, tidak ada wakil rakyat yang benar-benar mahu mengangkat isu OKU ini sebagai isu nasional. Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga.
Bertahun-tahun sudah kita jelaskan, apabila bercakap tentang OKU jangan dilonggokkan semua OKU di dalam satu kategori yang jalan penyelesaiannya memadai hanya dengan memberi elaun dan kad. OKU ada banyak kategori. Yang cacat sejak lahir lain, yang cacat kemudiannya lain iaitu selepas kemalangan atau kesan akibat daripada penyakit seperti lumpuh kerana serangan angin ahmar atau kudung kerana kencing manis. Itu lain. Yang terlantar tak berupaya uruskan keperluan dirinya lain manakala yang hanya lumpuh anggota tetapi akalnya masih berupaya berfikir dan berkhidmat, keperluan mereka pula lain. Yang mengalami masalah mental sama ada tak stabil langsung atau sesekali stabil sesekali tidak; itu pun lain. Dan setiap kategori itu berbeza keperluannya.
Terus-terang cakap, saya sudah putus harap. Dari zaman saya tiada kenalan yang duduk di kementerian sehinggalah hari ini saya kenal beberapa menteri, pegawai-pegawai mereka; bila masuk bab OKU saya tolak ke tepilah! Tak usah taruh harapanlah dengan mereka. Kita minum kopi dan pekena roti canai sahaja sudahlah. Sebab apabila namanya HARAPAN, bermakna ia memang tak lagi menjadi realiti. Lambat!
Pada saya, selagi ‘orang atas’ tak faham masalah OKU dan ‘orang agama’ gagal menyedarkan masyarakat betapa ajaran agama menyeru agar kita membela OKU yang termasuk di dalam golongan ‘mustadhafin’, (biasanya ia didefinisikan terbatas untuk fakir miskin sahaja) selagi itulah masyarakat awam tidak mampu memahami OKU. Jika suatu hari nanti diri kita sendiri sudah jadi OKU atau ada ahli keluarga sendiri jatuh sakit atau ditimpa kemalangan sehingga menjadi OKU yang membuat punca ekonomi di dalam rumah terjejas, barulah pada waktu itu kita hendak faham dan insaf. Kalau nak tunggu sampai begitu, payahlah!
Maknanya, selagi kita belum sedar akan peri pentingnya menangani isu OKU, baik di peringkat pembuat dasar sehinggalah kepada kesedaran masyarakat untuk membela mereka – kita juga sekarang adalah OKU! Ya. Kita ini adalah ‘orang kurang upaya’ untuk berfikir. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/antara-oku-dan-orang-kurang-berfikir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Oku Dibelasah Di Kemaman Terengganu Orang Ramai Hanya Jadi Penonton

Lelaki Oku Dibelasah Di Kemaman Terengganu Orang Ramai Hanya Jadi Penonton

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 86 hits
KEMAMAN 18 Januari Seorang lelaki orang kurang upaya menjadi perhatian ramai selepas tular di media sosial kerana memandu motosikal di kawasan penjaja Video yang menunjukkan lelaki berkerusi roda itu mengendalikan motosikal khasnya dengan p...
Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 164 hits
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pagi semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja afar berkata tiga lelaki terba...
Oku Masuk Masjid Kena Tendang Oku Pergi Pasar Kena Pukul Ni Perangai Apa Sebenarnya

Oku Masuk Masjid Kena Tendang Oku Pergi Pasar Kena Pukul Ni Perangai Apa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 86 hits
PETALING JAYA Tiga lelaki ditahan polis susulan kejadian memukul seorang lelaki orang kurang upaya di tapak jualan pasar tani di Chukai Kemaman yang tular malam tadi Pemangku Ketua Polis Kemaman Wan Muhammad Wan Jaafar berkata suspek ditaha...
Terengganu 3 Lelaki Tular Pukul Oku Langgar Gerai Ditahan

Terengganu 3 Lelaki Tular Pukul Oku Langgar Gerai Ditahan

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 89 hits
FMT ReportersTangkap layar menunjukkan kejadian pukul lelaki orang kurang upaya di tapak jualan pasar tani di Chukai Kemaman semalam PETALING JAYA Tiga lelaki ditahan polis susulan kejadian memukul seorang lelaki orang kurang upaya di tapak...
Insiden Lelaki Oku Dipukul Tanpa Belas Bukti Kurangnya Empati Masyarakat

Insiden Lelaki Oku Dipukul Tanpa Belas Bukti Kurangnya Empati Masyarakat

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 150 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 18 2025Seorang wakil rakyat Selangor menyatakan rasa kesal terhadap insiden yang tular sejak semalam mengenai seorang lelaki orang kelainan upaya yang dipukul oleh orang ramai tanpa belas kasihan Adun Batu Tiga Danial...
Pas Terengganu Dan Oku 4

Pas Terengganu Dan Oku 4

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 101 hits
Zuwairi Md Yusof16 Januari Adun PAS Terengganu mengata Malaysia jadi Pariah state dan wajib di selamatkan 18 Januari Walaun tibai OKU tanpa belas kasihan di Terengganu Kesimpulan Allah nak tunjuk Terengganu yang sedang jadi pariah state dan...
Netizen Desak Hukuman Sebat Ke Atas Pembuli Oku Di Terengganu

Netizen Desak Hukuman Sebat Ke Atas Pembuli Oku Di Terengganu

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 122 hits
Terengganu 19 Januari Isu penderaan dan pembulian golongan Orang Kurang Upaya di Malaysia sekali lagi menjadi perhatian setelah sebuah video insiden pembulian seorang OKU tular di media sosial Kejadian yang dipercayai berlaku di Terengganu ...
Kita Sekali Lagi Dikejutkan Dengan Insiden Melibatkan Individu Oku Atau Mereka Yang Disyaki

Kita Sekali Lagi Dikejutkan Dengan Insiden Melibatkan Individu Oku Atau Mereka Yang Disyaki

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 75 hits
Kita dikejutkan lagi dengan insiden individu OKU atau mereka yang dipercayai mempunyai masalah mental dipukul oleh orang awam Adakah ini cara masyarakat kita menangani masalah Perbuatan seperti ini bukan sahaja salah di sisi undang undang t...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025