Solemnization Of Nadratul And Izzat


Assalamualaikum Hai.


Solemnization of Nadratul X Izzat. Hehe yay. Finally it comes to my love story. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je bertunang 3 November haritu, ni dah selamat bernikah dah. Bercinta dari zaman belajar, tak sangka jugak ending dia berakhir dengan perkahwinan. Maklumlah, dulu kan banyak zaman cinta monyet je. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan dan family Nad pun sangat membantu. Lama jugak lah masa yang Nad ambil untuk update cerita ni. Bila nak menaip rasa lost pulak, taktau nak mulakan dari mana hahah. 
Kita mulakan dari awal okay. Nad pilih hari Sabtu, 22 June 2019 jam 3pm untuk hari pernikahan ni. Awalnya nak buat jam 2pm, tapi rasa terlalu rapat gap dengan waktu Zohor, nanti kelam-kabut pula persiapan. Pukul 3pm rasa macam just nice kan. Tapi, Nad start make up dari pukul 12pm lagi tau hahah punya lama nak tadah muka tu. Entry ni Nad akan cerita perjalanan majlis, dekat mana Nad ambil semua service yang Nad guna termasuk feedback dan harga ye

Make up


Untuk make up hari pernikahan, Nad pilih MUA kak @suharamohdkhalid . Kira memang Nad serahkan 100% kepercayaan untuk kak Suhara buat lah style macam mana pun kat muka Nad ikut kesesuaian. Kesesuaian tu maksudnya kak Suhara pandai lah untuk bagi tone kulit cantik. Sebab Nad nikah pakai tudung putih, so kak Suhara cerahkan sikit shade muka supaya muka Nad tak nampak terlalu gelap. But at the same time, kena match kan juga dengan kulit tangan Nad. At least waktu ambil gambar nanti takde lah nampak macam kulit muka cerah tapi tangan gelap. Haa nampak senang tapi bukan mudah yee

Lepastu pulak, mata Nad ni kan agak sepet. Kak Suhara sendiri kata challenging jugak nak pakaikan eye shadow. Sebab dah pakai banyak lapis tapi bila bukak mata tak nampak sangat eye shadow. Tapi ending dia fuh cantik! 😍 Rasa power je. Kalau orang tengok hasil rasa macam MUA takde hadapi masalah nak hadap mata sepet ni hahah. Even colour lipstick pun Nad takde request, memang serahkan bulat-bulat dekat MUA. Service make up kak Suhara ni untuk nikah saja RM 300

Baju Nikah




Baju nikah ni pun banyak issue jugak masa mula-mula. Sebab Nad banyak tengok online dari Instagram je. Tapi memang tak confident kalau nak terus beli tanpa cuba pakai dulu baju tu. Dah la butik semua rasa macam jauh belaka. So Nad pun give up dan decide baju nikah nak beli dekat GM Klang je.

Pusing punya pusing, jumpa lah satu kedai ni. Nad punya criteria baju senang je. Nad nak yang corak dia simple-simple je dan kain dia meleret 😂 Finally jumpa lah kat satu kedai ni. To be honest, not the best choice i made. Biasa-biasa je tapi ok la, harga RM 280. Walaupun Nad nak simple je, tapi rasa macam baju tu terlalu over simple, so Nad request untuk dia tambah diamond dekat baju, charge RM 30. Overall, baju nikah ni cost RM 310. Nad tambah lagi RM 100 untuk baju nikah lelaki sekali

Pelamin




Haa pelamin ni pulak Nad amik 2 pelamin dekat @weddingbyfiqaabu . Satu pelamin luar bawah khemah untuk majlis sanding, dan satu khemah mini untuk nikah. Total up harga RM 2,000. Disebabkan amik dua pelamin, dapat lah discount untuk pelamin mini ni. Kiranya pelamin luar RM 1,500 + pelamin mini RM 500. Gituu. Kalau amik hanya pelamin mini ni saja mahal la sebenarnya. Korang faham kan?

Cumanya, kebetulan waktu pasang pelamin ni pekerja dia tersilap pasang. Pelamin mini sepatutnya hanya 10 ft je, ini dah macam 20 ft pun ada hahah. Sebab ruang tamu rumah Nad agak lebar, dia pasang je sepanjang-panjang ruang tamu tu. Disebabkan dah siap pasang baru perasan tersilap, diorang pun halalkan jela. Kira rezeki Nad la hehe. Korang jangan expect plak pelamin mini selebar ini ye. Tapi memang Nad puas hati dengan pelamin dia. Nampak bersih dan kemas. Pelamin luar dalam lawa!


Bila nak berkahwin ni, banyak tau issue-issue kecil yang terjadi bila nak nikah ni. Even sekecil-kecil  benda macam contoh nak susun carpet design macam mana, hantaran belah lelaki perempuan nak letak belah mana, semua tu tiba-tiba boleh jadi issue penting. Kalau boleh memang kita nak set up yang terbaik kan. Tapi semuanya perlukan perancangan yang hebat dan teliti barulah dapat set up dengan baik, Alhamdulillah.




Tengok lah tu, dia punya happy gelak ketawa bukan main ye


Ok then, tiba lah waktu nak bernikah, nasib baik pihak lelaki datang sharp pukul 3pm. Tok imam pun jenis sporting dok melawak je. Takde pun tanya-tanya soalan serious dan perlukan kita berfikir. Sebab dia tahu pihak lelaki dah tengah nervous, kang kalau tanya macam-macam habis kelaut dah pemikiran dia kejap lagi. Actually, tok imam ni kawan lepak minum ayah and dia memang sporting habis lah.


Terdiam 10 saat ❤
Detik nak nikah ni yang paling kelakar hahahahha. Tok imam dah sebut habis la ayat dia. Tunggu part Ijat, dia boleh buat senyap dalam 10 saat hahahhaha. Lama tuuu 10 saat terdiam. Kumpul kekuatan kot. Lepastu baru mampu nak ucapkan akad 😂 Nervous sangat agaknya, tapi serious kelakar.

SAH!!!



Sesi penyerahan duit mas kahwin, duit hantaran, dan gelang tangan
Barang-barang hantaran yang lain tu Nad takpayah tunjuk lah ye. Hantaran ni ikut taste masing-masing aje. Macam kitorang, barang hantaran beli sendiri-sendiri lepastu tukar. Senang. Guna duit masing-masing dan beli barang favourite masing-masing. Takyah nak gaduh hahah. 






Tapi Alhamdulillah dah selesai semuanya. Dia lega, Nad lega, kedua-dua belah family pun lega. Tak sangka kawin jugak kita pada umur 25 tahun ni ehh. Harap-harap lepas dah jadi isteri orang ni jadi lah lebih matang dan dapat lebih berubah ke arah kebaikan. Eee tak sangka lah dah ada the real partner in crime. Rasa macam ada banyakkk activity nak buat bersama lepasni untuk eratkan lagi hubungan.




My family ❤




My family in law ❤


Inai putih from @asyiqinmohd . Inai putih ni harga RM80. Lepastu Nad ada tambah diamond-diamond bagi lawa tambah lagi RM 15. So harga inai putih adalah RM 95
Akhir sekali sebelum terlupa, photographer Nad ambil dengan @artsy.n.co, manakala videographer pula dari @faridismproduction . Both ni pun Nad boleh kata memang puas hati! Kalau korang tengok semua gaya bergambar, semua tu adalah 100% idea photographer sendiri. Bila majlis kita, bila dah atas pelamin dah tak sempat nak fikir gaya cemana ke apa. Photographer yang creative dan membantu sangat diperlukan okay waktu ni. Service diorang pun bagus cepat. Dalam masa seminggu, Nad dah dapat edited photo from photographer. Dalam masa 3 minggu pulak, videographer dah panggil datang studio untuk finalised video diorang okay ke tidak. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, dan Nad memang puas hati! 😁

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nadnaryy.com/2019/07/solemnization-of-nadratul-and-izzat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior