Life Begin At 40


Salam

Selamat datang 40
Aiii.. camana bole hidup sampai 4 dekad ni
Cam tak caya je
Cam sekejap je
Tapi bila fikir balik, memang lama juga la saya hidup
Kalau kene mula balik sekali lagi, tak sanggup la. Sebab lama tu 40 tahun. Macam-macam kepedihan kulalui
Kegembiraan ada juga la, tapi kepedihan yang banyak

asmafeltbox pun dah masuk 14 tahun
Saya pun tak tahu nak kuburkan ke tak asmafeltbox ni
Nak aktifkan balik, asyik tak buat
Nak kuburkan, sayang

Sebenarnya dah lama nak rebranding nama baru memandangkan saya dah buat macam-macam craft iaitu crochet, pixel art, menjahit dan melukis. Nama FELT kat tengah tu dah macam tak relevan. 
Yang buat sayang nak tukar sebab nama asmafeltbox ni dah lama duduk dalam internet dan capaiannya dah jauh. Content pun dah banyak. Kalau tukar nama karang tenggelam pulak dalam internet ni. 
Tapi tu pendapat saya je. Tak tau la betul ke tak sangkaan saya ni. Maka kekal lagi la nama ni walaupun takde aktiviti pun buat

Anak sulung dah masuk tadika, anak bongsu masuk 3 tahun. Tahun depan dua-dua sekolah in shaa Allah, maka saya ada masa setiap pagi untuk aktifkan semula hobi dan bisnes kecik ni

Tapi pagi sebenarnya banyak keje juga. Kemas rumah, sidai pakaian, masak tengahari; tetibe dah tengah hari, kene amik anak sekolah. Pastu layan anak makan, main, bercakap etc sampai la malam. Nak aktifkan asmafeltbox kut mana pun tak tau la

Tiap-tiap tahun merancang, tapi tak pernah berjaya buat

Apapun saya enjoy life sebagai mak n surirumah ni. Suka juga la hidup yang fokus pada development anak dan membahagiakan suami. Cuma bila takde duit sendiri ni rasa tak syok nak beli benda-benda merepek. Rasa bersalah guna duit suami beli benda-benda macam keychain kakashi atau dvd citer jepun

Cakap pasal dvd citer jepun, saya ada hobi baru iaitu menonton citer jepun. Sebenarnya bukan sebarangan citer jepun. Awalnya saya obses dengan Hiroyuki Sanada bila dapat tau dia la ninja yang saya duk angau masa kecik-kecik dulu. Bila dapat tau je dia, terus saya tonton citer lakonan dia termasuklah citer zaman dulu-dulu. Disebabkan susah nak jumpa kat online, ada la yang saya jumpa dvd kat marketplace. Saya pun beli la mana-mana yang jumpa tu. Dah kumpul tapi tak tengok-tengok pun lagi

Selain tu hobi baru saya juga ialah mewarna dan saya nak try painting. Ntah la kan. Saya ni dulu belajar di sekolah yang fokus sains. Seni langsung la tak belajar. Subjek pendidikan seni tu lebih kepada asal ada je. Cikgu masuk suruh lukis daun, kitorang lukis la pastu semua dapat A. Next week cikgu suruh lukis haiwan pastu semua dapat A. Camtu la pendidikan seni saya. Bila dah dewasa ni baru tau budak-budak sekolah lain belajar seni sikit punya seni lagi. Cikgu dia ajar guna water color camana, oil painting camana, perspektif, shading, highlight semua. Aku ni tak tahu pun apa benda semua. Jeles tau. Sekarang baru nak belajar balik lukisan-lukis. Tapi memang buruk sungguh lukisan saya, tu yang taknak tunjuk tu. Apapun masih belom terlambat untuk belajar apa-apa ilmu. Betul tak.

Owh lupa pula update, azam tahun lepas nak buat 100 kraf kan. Hasilnya gagal buat 100 tapi berjaya buat 75. Bole tahan juga kan. Stop tu pun sebab sakit tangan sebenarnya. Sakit bukan sikit-sikit. Sakit sangat

Itu sebabnya saya buat hobi lain pula. Saya melukis dan mewarna bersama anak-anak. Tapi melukis saya sangat tak bagus. Maybe saya patut stop je melukis. Memang terlampau buruk. Saya nak cuba painting dan mungkin paint sesuatu yang abstrak supaya kalau buruk pun sebab seni. Haha ye ye je aku

Rumah baru dah siap. In shaa Allah bulan depan pindah masuk

Jadi kebarangkalian yang tinggi saya tak jual dah bahan kraf. Sebab rumah baru tu kecik je, takde tempat nak letak barang kraf. Bilik ada 3; kami suami isteri, anak lelaki n anak perempuan. Bilik stor pun takde. Apapun, saya ada plan lain untuk asmafeltbox. Cuma tak tahu mampu buat ke tak. In shaa Allah tak mampu banyak, mampu sikit. Betul tak. 
Wassalam 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://asma-felt-box.blogspot.com/2024/04/life-begin-at-40.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 129 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata Rasulullah SAW bersabda Wahai orang orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatin...
More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 123 hits
Imagine stepping out the back of your house and into the world that was designed specifically for you Eric Curtis Landscape Architecture can help you turn your vision into reality As a leading landscape architecture firm located in Fairfiel...
Diangkat Jadi Direktur Utama Bri Life Intip Rekam Jejak Aris Hartanto

Diangkat Jadi Direktur Utama Bri Life Intip Rekam Jejak Aris Hartanto

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 16 hits
Menduduki jabatan baru ini diharapkan dapat berperan mengawal laju bisnis BRI Life
Big Data Pelanggan Mrt Mayoritas Work Life Balance Wanita Pekerja Keras Yang Wangi

Big Data Pelanggan Mrt Mayoritas Work Life Balance Wanita Pekerja Keras Yang Wangi

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 35 hits
Mereka pekerja yang ingin mobilitas cepat tapi penampilan tetap menarik dan wangi
Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Flexibility In Business Operations

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Perbanyakkan Niat Yang Baik

Sambut Birthday Maira

Declutter Your Life Minimalist Cabinetry Solutions

Zubir Khan Feat Ezra Kairo Omk Chord

Dermasiswa Pulau Pinang 2024

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons