Solat Tawarih Secara Bersendirian



Soalan:
Apakah hukumnya seseorang itu solat tarawih secara bersendirian?

Jawapan:
Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.” [Riwayat Al-Bukhari (37)]

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah S.W.T, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu.

Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) mengatakan: “Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih.”

Pensyariatan solat tarawih dapat dilihat melalui sebuah riwayat daripada Umm Al-Mu'minin A'isyah R.anha bahawa beliau berkata:

‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‏ "‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏"‏، وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah S.A.W sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.” [Riwayat Al-Bukhari (1129)]

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W pada malam hari pertama bulan Ramadan baginda keluar menuju ke masjid pada waktu malam dan mendirikan solat. Kemudian orang ramai yang berada di sekitar turut serta mengikuti solat malam Rasulullah S.A.W. Demikian juga pada malam yang kedua, Cuma bilangan jemaah yang solat bersama baginda semakin ramai. Manakala malam yang berikutnya, bilangan jemaah semakin ramai sehingga memenuhi masjid. Maka pada malam yang berikutnya, Nabi S.A.W tidak keluar ke masjid dan ramai orang pada ketika itu yang menanti kehadiran baginda. Sebaik sahaja waktu subuh, selepas sahaja solat baginda berpaling seraya mengatakan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.


Syeikh Syams Al-Haq Al-‘Azhim Abadi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: “Baginda khuatir solat tarawih akan difardhukan ke atas mereka. Ini kerana boleh jadi berlakunya kefardhuan atas perbuatan qiyam Ramadhan secara berjamaah disebabkan ia dilakukan secara berterusan. [Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud (4/180)]

Berkenaan dengan isu menunaikan solat tarawih secara bersendirian, adakah ia dibolehkan atau tidak? Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu ini:

1. Kata Al-Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah di dalam kitabnya Daqaiq Uli Al-Nuha (1/2245): Menunaikan solat tarawih di masjid itu lebih afdhal berbanding selainnya. Kerana baginda S.A.W menunaikannya bersama orang ramai selama tiga hari berturut-turut. Ia sepertimana yang diriwayatkan oleh A’isyah R.anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“Sesiapa yang melakukan qiyam bersama imam sehingga dia selesai, akan dituliskan ganjaran untuknya qiyam sepanjang malam.” [Riwayat Ibn Majah (1327)]

2. Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah juga berpendapat yang sama berhujahkan hadis di atas. Ditanyakan kepada Imam Ahmad: “Adakah kau suka seorang lelaki solat bersama orang ramai (secara berjamaah) pada bulan Ramadhan atau kau suka dia solat secara bersendirian?” Maka Imam Ahmad menjawab: “Aku suka jika dia solat berjemaah bersama orang ramai, dan aku juga suka sekiranya dia solat bersama dengan imam dan turut witir bersamanya. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia qiyam bersama dengan imam sehingga imam selesai, nescaya dituliskan untuknya ganjaran qiyam sepanjang malamnya”. Kata Imam Ahmad lagi: “Dia qiyam secara berjemaah dan solat witir bersama mereka sehingga lah imam selesai.” Kata Abu Daud: “Aku melihat Imam Ahmad Rahimahullah, beliau berwitir pada bulan Ramadan bersama imamnya kecuali pada malam yang aku tidak menghadirinya.” [Lihat Tuhfah Al-Ahwaazi, Al-Mubarakfuri (3/448)]

3. Imam Al-Nawawi Rahimahullah dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) berkenaan isu ini mengatakan: “Para ulama bersepakat bahawa solat tarawih adalah mustahab. Cuma mereka berbeza pendapat adakah yang afdhal itu solat bersendirian di rumahnya ataupun solat berjamaah di masjid?” Al-Nawawi membahagikannya seperti berikut:

Pendapat pertama: Imam Al-Syafi’e dan jumhur ashabnya, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, dan sebahagian fuqaha Malikiyyah.

Mereka berpendapat bahawa yang afdhal adalah solat tarawih secara berjamaah sebagaimana yang dilakukan oleh Umar Al-Khattab dan para sahabat R.anhum. Dan amalan umat islam berterusan dalam melakukannya (secara berjamaah) kerana ia adalah syiar yang zahir maka ia menyerupai solat hari raya.

Pendapat kedua: Imam Malik, Abu Yusuf, dan sebahagian Syafi’eyyah.

Golongan ini berpendapat bahawa yang afdhal adalah menunaikan tarawih secara bersendirian di rumah. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

فَإِنَّ أَفْضَلَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ، إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ
“Sesungguhnya seafdhal solat bagi seorang lelaki itu adalah di rumahnya, melainkan solat fardhu.” [Riwayat Al-Bukhari (7290)]

Manakala di dalam kitabnya Al-Majmu’, Imam Al-Nawawi mengatakan: “Solat tarawih adalah sunnah berdasarkan ijma’ para ulama’. Boleh untuk dilaksanakan secara bersendirian ataupun secara berjamaah. Yang manakah lebih afdhal di antara keduanya? Ada dua pendapat yang masyhur dan yang sahih dengan kesepakatan para ashab (Al-Syafi’eyyah), bahawa solat tarawih berjamaah itu lebih afdhal.” [Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/526)]

Kesimpulan

Setelah kami meneliti beberapa pendapat para fuqaha yang kami nyatakan di atas, kami berpendapat bahawa hukum menunaikan solat tarawih secara bersendirian adalah dibolehkan, dan yang paling afdhal adalah menunaikannya secara berjemaah. Kami juga mencadangkan kepada para pembaca supaya melihat beberapa murajjihat (pemberat) yang berikut:

• Bagi yang menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat isya’ secara berjemaah. Alangkah lebih baik untuk dirinya kekal di masjid dan meneruskan solat tarawih secara berjamaah.
• Solat tarawih secara berjemaah merupakan satu syiar agama Islam. Kerana itu ia disifatkan menyamai solat hari raya.
• Sesiapa yang merasakan kualiti solat tarawihnya semasa bersendirian jauh lebih baik berbanding kualiti solat semasa berjamaah, maka dia boleh untuk solat sendirian. Jika sebaliknya, maka berjamaah itu lebih afdhal.
• Solat tarawih secara berjamaah di masjid itu lebih kuat dalam mengeratkan silaturahim dan kerukunan dalam kalangan masyarakat berbanding solat secara bersendirian. Hubungan baik dapat dibina apabila hadir solat bersama, saling beramah mesra, bertanya khabar, dan seumpamanya.
• Cukuplah arahan Sayyidina Umar Al-Khattab kepada para sahabat di zamannya untuk dilakukan solat tarawih secara berjamaah menunjukkan yang ia suatu yang lebih baik berbanding solat secara bersendirian.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T supaya kita semua diberikan kesungguhan dalam beribadah, serta direzekikan kefahaman yang tepat dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/solat-tawarih-secara-bersendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rebah Selepas Solat Subuh

Rebah Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 427 hits
Mohd Firdaus Ibrahim SAYA harap dua anak lelaki saya akan menyambung legasi arwah Kedua dua mereka kini sedang belajar hafazan al Quran di Maahad Tahfiz Imam Nawawi Perlis kata anak sulung pendakwah Datuk Seri Abu Hassan Din al Hafiz Mohamm...
Pelihara Solat Fardhu Dimasjid

Pelihara Solat Fardhu Dimasjid

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 203 hits
Dari Abu Al Ahwash dari Abdullah katanya Barangsiapa yang ingin mudah menjumpai Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan beriman maka hendaklah ia menjaga solat solat fardu dengan menunaikan di tempat azan dilaungkan sesungguhnya Allah te...
Rebah Ketika Mahu Solat Subuh Abu Hassan Din Meninggal Dunia

Rebah Ketika Mahu Solat Subuh Abu Hassan Din Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1040 hits
Pendakwah terkenal Datuk Seri Abu Hasan Din Al Hafiz meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pagi ini Perkara ini disahkan pendakwah ustaz Nabil Ahmad menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi Dato
Usah Pelik Jika Nampak Michael Ang Solat Jumaat

Usah Pelik Jika Nampak Michael Ang Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 353 hits
Pengarah terkenal Michael Ang hari ini mendedahkan dia sudah memeluk Islam namun peralihan itu rupa rupanya bukanlah baru Mengumumkan sendiri khabar itu di media sosial Michael juga sempat meminta maaf kerana merahsiakan syahadahnya untuk t...
Foto Mat Sabu Solat Dengan Batu Karbala Tular

Foto Mat Sabu Solat Dengan Batu Karbala Tular

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 869 hits
Foto Mat Sabu solat dengan Batu Karbala tular Sejak beberapa hari ini tular beberapa keping gambar Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu sedang bersolat di satu Masjid di Iran
Wudhu Dan Solat Bagi Orang Yang Melecur Terbakar

Wudhu Dan Solat Bagi Orang Yang Melecur Terbakar

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 265 hits
Soalan Pesakit yang terbakar teruk tidak boleh wuduk dan tayammum bagaimana cara mereka untuk menunaikan solat Proses penyembuhan mengambil masa yang lama iaitu 3 hingga 5 bulan Wajibkah solat bagi pesakit ini Adakah boleh solat tanpa wuduk...
Boleh Ke Solat Berimamkan Syiah

Boleh Ke Solat Berimamkan Syiah

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 469 hits
Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu daripada golongan Syiah Imam as Shafie Syiah memegang jawatan menteri bukanlah suatu perkara baru Di zaman Khilafah Abbasiah terdapat seorang menteri yang merosakkan per...
Solat Hajat Perdana Dan Bacaan Yasin

Solat Hajat Perdana Dan Bacaan Yasin

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 193 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 20 September 2018 solat hajat perdana dan bacaan yasin telah diadakan bagi memohon keberkatan para anak anak Skkk2 menghadapi UPSR yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 September 2018 nanti Ianya dihadiri oleh ...
Selepas Gambar Solat Puisi Syiah Nukilan Pegawai Atasan Atm Pula Tersebar

Selepas Gambar Solat Puisi Syiah Nukilan Pegawai Atasan Atm Pula Tersebar

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 525 hits
Tak habis habis berbalah sesama kelompok ummah semua marah terutama Ahli Sunnah Wal Jamaahdisebabkan kitab punya sejarah Jika kita amati realitinya negara Iran yang dikatakan Syiah tak dengar ada huru hara sini sana sebaliknya negara Islam ...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket