Solat Jenazah Ghaib Hukum Syarat Tatacara Solat Jenazah Ghaib


Solat jenazah ghaib merupakan salah satu amalan dalam Islam yang sering dilakukan apabila seorang Muslim meninggal dunia tetapi jenazahnya tidak berada di tempat kita, sama ada kerana berada di lokasi yang jauh atau hilang tanpa jejak. 
Amalan ini penting untuk difahami oleh umat Islam kerana ia menunjukkan rasa tanggungjawab dan solidariti sesama Muslim. 
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai solat jenazah ghaib, termasuk tatacara pelaksanaannya, hukum dan kepentingannya.
BACA JUGA: Berapa KM Boleh Solat Jamak? – Jarak Perjalanan Solat Jamak
Apa Itu Solat Jenazah Ghaib? Solat jenazah ghaib adalah solat jenazah yang dilakukan untuk seseorang yang telah meninggal dunia, tetapi jasadnya tidak berada di hadapan orang yang melakukan solat tersebut. 
Situasi ini biasanya berlaku apabila jenazah berada di tempat yang jauh atau tidak dapat dijumpai.
Dalam situasi ini, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat jenazah ghaib sebagai tanda penghormatan dan doa kepada si mati.
Pensyariatan solat ini dapat dilihat berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
Maksudnya:“Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Ulama bersepakat bahawa hukum mengerjakan solat jenazah adalah Fardhu Kifayah. Sekiranya dilakasanakan oleh sebahagian orang Islam, maka gugur kewajiban tersebut ke atas umat Islam yang lain.
Waktu Solat Ghaib Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. 
Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh.
Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku.
(Rujuk al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj,1/346)
Syarat Antara syarat solat jenazah ialah:
Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat. Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600) Tatacara Solat Jenazah Ghaib  Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa.
Pertama: Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”
Kedua: Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah fatihah.
Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:
صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ قَالَ لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ
Maksudnya: “Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.” [Riwayat al-Bukhari (1335)]
Ketiga: Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakkannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.
Keempat: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah. 
Perkara ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umamah bin Sahal R.A:
أَنَّهُ أَخْبَرَهُ رَجُلٌ مِنْ أَصْخَابِ النَّبِيِّ أَنَّ السُّنَةَ فِي الصَّلاَةِ عَلَى الجَنَاَزَةِ أَنْ يُكَبِّرَ الإِمَامُ، ثُمَّ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ بَعْدَ التَكْبِيْرَةِ الأُوْلَى سِرًّا فِي نَفْسِهِ ثُمَّ يُصَلِّى عَلَى النَّبِيِّ وَيُخَلِّصَ الدُّعَاءَ لِلْجَنَازَةِ فِي التَكْبِيْرَاتِ وَلاَ يَقْرَأَ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ ثُمَّ يُسَلِّمَ سِرًّا فِي نَفْسِهِ
Maksudnya: “Bahawa dia telah diberitahu oleh seorang lelaki di kalangan sahabat Nabi SAW bahawa solah jenazah menurut sunnah ialah imam bertakbir, kemudian membaca al-Fatihah dengan perlahan selepas takbir pertama, seterusnya berselawat ke atas Nabi SAW dan mendoakan jenazah semata-mata dalam takbir-takbir tersebut tanpa apa-apa bacaan yang lain. kemudian mengucapkan salam dengan perlahan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 4/39)
Demikian juga, sekurang-kurang bacaan doa adalah:
اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه
 Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)
Kelima: Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.” [Riwayat Abu Daud (3201)]
Keenam: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.
Kepentingan Solat Jenazah Ghaib Solat jenazah ghaib bukan sahaja sebuah amalan ibadah, tetapi juga satu tanda penghormatan dan kasih sayang kepada saudara se-Islam yang telah pergi. 
Ia memperlihatkan betapa pentingnya ukhuwah Islamiah, di mana umat Islam sentiasa mengingati satu sama lain dalam doa, walaupun jarak memisahkan.
Amalan ini juga mengajarkan kita tentang pentingnya berdoa dan memohon keampunan untuk orang lain, serta memberikan peringatan bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus sentiasa bersedia.
Selain itu, solat jenazah ghaib juga memberikan peluang kepada mereka yang tidak dapat menghadiri pengebumian secara fizikal untuk turut serta memberikan penghormatan terakhir kepada si mati. 
Ini adalah manifestasi keprihatinan dan kepedulian terhadap sesama Muslim, dan menjadi bukti bahawa jarak bukanlah penghalang untuk melaksanakan tanggungjawab agama.
Kesimpulan Solat jenazah ghaib merupakan satu amalan yang sangat penting dalam Islam, khususnya dalam situasi di mana kita tidak dapat hadir secara fizikal untuk solat jenazah seseorang. 
Semoga artikel ini dapat memberikan panduan yang jelas dan bermanfaat kepada anda tentang solat jenazah ghaib, serta memperkukuhkan lagi kefahaman kita tentang amalan yang mulia ini.
Rujukan:
AL-KAFI #968: KAIFIAT SOLAT JENAZAH GHAIB – Mufti WP Bagaimanakah-cara-cara-solat-ghaib-bagi-jenazah – Mufti Pahang 30-GARIS-PANDUAN-SOLAT-JENAZAH-SECARA-GHAIB-SIRI – ifatwa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-jenazah-ghaib/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-jenazah-ghaib

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jenazah Ghaib Jumaat Ini Pemangku Raja Perlis

Solat Jenazah Ghaib Jumaat Ini Pemangku Raja Perlis

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 89 hits
ARAU Umat Islam di seluruh negeri ini digalakkan untuk melaksanakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh sejurus menunaikan solat Jumaat Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ...
Solidariti Ismail Haniyeh Solat Ghaib Hajat 3 Ogos Ini

Solidariti Ismail Haniyeh Solat Ghaib Hajat 3 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 148 hits
1 Solidariti Ismail Haniyeh Solat ghaib hajat 3 Ogos iniKUALA LUMPUR PAS menyeru seluruh umat Islam agar mengadakan solat ghaib dan diikuti solat hajat serta qunut nazilah pada 3 Ogos ini sempena Hari Solidariti Rakyat Palestin yang terus d...
Keluar Pas Haram Apa Pula Hukum Luluskan Orang Keluar Pas

Keluar Pas Haram Apa Pula Hukum Luluskan Orang Keluar Pas

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 124 hits
Malaysiakini nbsp Strategi Perikatan Nasional untuk meluluskan seorang ahli PAS keluar parti dan menyertai Bersatu supaya menjadi calonnya untuk Nenggiri dipersoalkan oleh seorang pemimpin Amanah Ahli jawatankuasa pusat Amanah Ridzwan Abu B...
Pas Terbuka Temu Melayu Pap S Pura Hukum Anwar

Pas Terbuka Temu Melayu Pap S Pura Hukum Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 222 hits
Pimpinan PAS bersama delegasi Biro Ehwal Melayu PAP Singapura di Kuala Lumpur pada hari ini 26 Julai 2024 1 PAS Biro Ehwal Melayu PAP adakan pertemuan di KL Harakahdaily 26 Julai KUALA LUMPUR Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presid...
Video Kuasa Hukum Blak Blakan Rekaman Dini Bukti Kekejian Ronald Tannur Dia Nendang Terus

Video Kuasa Hukum Blak Blakan Rekaman Dini Bukti Kekejian Ronald Tannur Dia Nendang Terus

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 96 hits
Komisi III DPR menerima audiensi keluarga korban penganiayaan Dini Sera Afrianti oleh Gregorius Ronald Tannur
Ungkap Hasil Visum Kuasa Hukum Tegaskan Dini Sera Meninggal Bukan Gegara Alkohol

Ungkap Hasil Visum Kuasa Hukum Tegaskan Dini Sera Meninggal Bukan Gegara Alkohol

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 86 hits
Ditemukan bahwa terjadi pelebaran pembuluh darah pada selaput lendir kelopak mata dan selaput keras bola mata
Putri Ariani Jadi Maba Ugm Ungkap Alasan Pilih Jurusan Hukum Bikin Kita Lebih Peka Dan Open Minded

Putri Ariani Jadi Maba Ugm Ungkap Alasan Pilih Jurusan Hukum Bikin Kita Lebih Peka Dan Open Minded

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 147 hits
Peringkat 4 America s Got Talent 2023 itu resmi menjadi Gamada 2024 melalui jalur PBUP di bidang seni
Iran Akan Hukum

Iran Akan Hukum

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 103 hits
Jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kanani berkata tiada siapa yang berhak meragui hak undang undang Iran untuk menghukum rejim Zionis Beliau menegaskan Iran tidak bermaksud memburukkan lagi ketegangan di rantau itu yang semakin meningka...
Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Cuba Hwc Coffee

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Hari Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Di Pulapol

Pelakon Lan Zailan Pergi Dengan Pesanan Bermakna Buat Anak Anaknya

Acara Istimewa Kata Kata Blues Kopi Bersama Ito Cottage Music 21 Dec 2024

Cuti Penggal 3

Antara Beli Kereta Alphard Atau Hanya Menyewa Bila Diperlukan Sahaja Yang Mana Lebih Baik

Servis Pest Control Je Mampu Tangani Masalah Pepijat Di Rumah Lega Dapat Tidur Selesa