Sokongan Suami Kekuatan Bantu Wanita Tanpa Rahim Kata Pengasas Mrkh Malaysia


 
Nur Syazwani Abdul Rahim atau Wani Ardy akui bertuah perjuangannya disokong suami.SHAH ALAM: Demi membela wanita senasib dengannya, Nur Syazwani Abdul Rahim memberanikan diri tampil mengisytiharkan dirinya lahir tanpa rahim dan saluran vagina.
Disokong suaminya, Nur Syazwani, 39, atau lebih dikenali Wani Ardy bertindak sedemikian bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai sindrom MRKH – Mayer-Rokinstansky-Kauser-Hauser (MRKH).
“Alhamdulillah, saya ada suami yang sangat menyokong saya dari belakang dan terbuka (sebab) saya tahu, sangat tak ramai suami yang okey dengan isterinya hendak bercakap ‘dia pernah lahir tanpa vagina dan masih tiada rahim’.
“Dia sangat terbuka. Alhamdulillah dan keluarganya pun boleh menerima,” katanya kepada FMT.
Keadaan rahim penghidap sindrom MRKH berbanding wanita normal.Ketiadaan rahim dan saluran vagina bermaksud wanita terbabit tidak boleh melahirkan anak, sesuatu didambakan mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga. Wanita terbabit juga tidak boleh berhubungan kelamin dengan suami selagi ketiadaan saluran vagina itu tidak dirawat melalui terapi atau pembedahan.
Jiwa besar suami Wani menerima dirinya seadanya memberikan semangat untuknya membela wanita senasib dengannya yang mungkin dilanda perasaan ketakutan dan memerlukan bantuan.
“Isu ini sangat peribadi, sebab kita bercakap tentang rahim serta vagina. Jadi memerlukan keberanian untuk saya ke depan untuk bercakap di khalayak ramai,” katanya.
Walaupun sudah sembilan tahun melakukan aktiviti kesedaran awam berhubung MRKH, Wani mengakui dirinya adakala resah dan mengalami gangguan serangan kebimbangan.

Katanya, ini kerana beliau bimbang jika terlalu banyak berkongsi kepada umum mengenai sindrom berkenaan sehingga menimbulkan persepsi berbeza.
Bagi Wani, dilahirkan tanpa rahim bukan “jalan mati” bagi mana-mana wanita namun masih ada cara lain untuk mewujudkan perhubungan sihat dengan pasangan masing-masing.
“Walaupun lahir tanpa vagina, ada cara untuk kita bentuk (saluran) vagina itu. Ada terapi untuk kita lalui, sekiranya tidak berjaya ada pembedahan boleh dilakukan.
“Pada saya, zuriat adalah isu kedua. Dapat anak ke, tak dapat anak ke, itu bonus. Sebab wanita yang sepenuhnya normal belum tentu boleh dapat anak kan?,” kata Wani penuh optimis.
Wani Ardy aktif di semua platform media untuk meningkatkan kesedaran bersabit sindrom MRKH.Terima kasih ibu
Ketika disahkan menghidap sindrom MRKH, Wani baru berusia 17 tahun – belum mengerti apakah kesan bakal ditempuhinya apabila sudah sedia berumah tangga.
Beliau bernasib baik kerana ibunya membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas anak gadisnya itu belum mengalami haid.
“Waktu itu saya masih keanak-anakan, masih panjat pokok mangga. Tak mengerti apakah kesannya kelak. Ibu sayalah yang paling sedih, memikirkan apa nasib saya pada masa akan datang.
“Pada usia 20-an saya jumpa kumpulan sokongan MRKH dari Amerika Syarikat, itu pertama kali saya berkomunikasi dengan wanita yang keadaan sama dengan saya melalui skype,” katanya.
Perbualan itu membuka kesedarannya berkomunikasi dengan wanita tempatan senasib dengannya untuk mengetahui keadaan mereka. Dari saat itu tertubuhlah MRKH Malaysia pada 2014 yang kini memiliki lebih 200 ahli berdaftar.
MRKH Malaysia mengorak langkah bekerjasama dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merealisasikan pemindahan rahim pertama di negara bagi membantu wanita tanpa organ pembiakan untuk memiliki zuriat.
Namun, ia perlu mendapat persetujuan pihak berkuasa termasuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang pada pada Oktober 2014 memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu bersetuju bahawa “ia boleh diubah mengikut keperluan semasa” susulan pembentangan fakta berhubung sindrom berkenaan oleh MRKH dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/sokongan-suami-kekuatan-bantu-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Perlu Bersihkan Politik Malaysia Kata Isham Jalil

Kita Perlu Bersihkan Politik Malaysia Kata Isham Jalil

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 224 hits
Semalam Raja Petra membuat video mempertahankan sedekah Perikatan Nasional Dia juga ulas berkenaan saranan saya supaya Hamzah Zainuddin menunjukkan bukti kukuh bahawa PN tidak rasuah pengundi Katanya lagi sepatutnya orang yang menuduhlah me...
Pendidikan Dan Pengupayaan Sumber Manusia Cabaran Malaysia Madani Kata Abim

Pendidikan Dan Pengupayaan Sumber Manusia Cabaran Malaysia Madani Kata Abim

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 144 hits
Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata sekolah perlu memperbanyakkan kokurikulum tentang kebersamaan namun perlu dirintis dengan perkara yang bersifat perpaduan PETALING JAYA Pendidikan dan pengupayaan sumber manusia menjadi cabar...
Culik Kekasih Suami Wanita Dan Ibu Mentua Ditahan Polis

Culik Kekasih Suami Wanita Dan Ibu Mentua Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 189 hits
Polis berkata ibu dan isteri pengadu serta seorang lelaki tempatan berusia antara 37 hingga 52 tahun ditahan di Temerloh Pahang dan Bandar Baru Sentul PETALING JAYA Dua beranak ditahan polis setelah disyaki menjadi dalang penculikan seorang...
Wanita Bersekongkol Dengan Ibu Rancang Penculikan Kekasih Suami

Wanita Bersekongkol Dengan Ibu Rancang Penculikan Kekasih Suami

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 229 hits
Nor Azizah Mokhtaram hmetro com myKuala Lumpur Gara gara marahkan suami curang seorang isteri sanggup merancang penculikan seorang wanita warga asing yang juga teman wanita suaminya Jumaat lalu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner B...
Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 314 hits
Persoalan sama ada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil bertanding dalam pemilihan parti hanya akan terjawab pada 13 Feb kata sumber PETALING JAYA Hasrat kembali memimpin Wanita Umno bukan disuarakan Shahrizat Jalil tetapi permintaan aka...
Saya Tak Bantah Jika Anak Temu Jodoh Suami Orang Kata Azhar Sulaiman

Saya Tak Bantah Jika Anak Temu Jodoh Suami Orang Kata Azhar Sulaiman

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 229 hits
nbsp Pelakon popular Azhar Sulaiman 52 tidak membantah jika ditakdirkan anaknya Kasih Iris Leona atau Leona 21 dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sudah berkahwin suatu hari nanti Azhar berkata syarat ditetapkannya adalah senang antaranya...
Suami Ada Menegur Saya Mengenai Isu Ini Tapi Dia Tak Paksa Saya Untuk Berhijab Sepenuhnya Kata Soffwany

Suami Ada Menegur Saya Mengenai Isu Ini Tapi Dia Tak Paksa Saya Untuk Berhijab Sepenuhnya Kata Soffwany

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 157 hits
nbsp Suami ada menegur saya mengenai isu ini tapi dia tak paksa saya untuk berhijab sepenuhnya Cuma dia nasihatkan agar saya perlahan lahan berubah ke arah kebaikan dan ikhlas melakukannya Begitu kata isteri pelakon Raja Afiq Soffwany Yusof...
Istimewanya Suami Orang Wanita Bangga Jadi Isteri Ke 4 Anggap Isteri Pertama Perampas

Istimewanya Suami Orang Wanita Bangga Jadi Isteri Ke 4 Anggap Isteri Pertama Perampas

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 256 hits
Satu video menjadi tular di media sosial baru baru ini apabila seorang wanita difahamkan Naib Presiden kepada sebuah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia menjelaskan mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan sua...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen