Sokongan Pengundi Cina Kepada Ph Juga Mula Merosot




Sambutan tahun baru Cina pada tahun ini merupakan yang pertama kali disambut di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan atau PH.


Tidak dinafikan oleh kerana pengundi Cina merupakan penyumbang utama kepada jatuhnya kerajaan BN yang berkuasa sejak lebih 61 pada pilihanraya 9 Mei lalu, mereka adalah kelompok yang paling gembira apabila PH berjaya menjadi kerajaan baru.


Bersekali dengan itu, mereka tambah gembira apabila kemudiannya Lim Guan Eng diberikan jawatan Menteri Kewangan, suatu jawatan paling kanan dalam kerajaan selepas Perdana Menteri.


Sebab itu, di peringkat awal dahulu kegembiraan kaum Cina terhadap kejayaan PH ini dapat dirasai di mana-mana.


Namun, menjelang sambutan tahun baru Cina kali ini, tidak sampai sembilan bulan selepas menguasai Putrajaya, suara-suara rungutan daripada kaum itu sudah mula kedengaran, terutama berhubung kelembapan ekonomi, dunia perniagaan yang tidak berkembang serta wujudnya beberapa peraturan berkaitan lesen di peringkat PBT yang menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih.


Bagi peniaga-peniaga kaum Cina, setelah hampir setahun PH mentadbir negara, apa yang menyedihkan mereka ialah iklim ekonomi, perniagaan serta kuasa beli rakyat tetap tidak berkembang.


Ia sekaligus menyebabkan banyak perniagaan terus merosot, malah ada yang terpaksa mengecilkan saiz atau menutup terus kedai yang selama ini sebagai punca pendapatan.


Di peringkat atas, perbankan misalnya, harapan mereka terhadap Guan Eng dalam menyemarakkan iklim ekonomi atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan hampir berkecai kerana pendekatannya yang tidak habis-habis menyalahkan kerajaan lama dilihat langsung tidak membantu ke arah menyemarakkan dunia perniagaan.


Kata mereka, Guan Eng masih terbawa-bawa dengan stail mentadbir negeri apabila menduduki kerusi Menteri Kewangan, sedangkan skop dan pendekatan antara kedua-duanya adalah jauh berbeza.


Bagi segelintir pemimpin DAP, kelembapan dunia perniagaan yang menyebabkan semakin banyak rungutan itu bukanlah tidak membimbangkan mereka.


Terdapat beberapa pemimpin DAP baru-baru ini mengadakan pertemuan serta perbincangan secara tidak rasmi membincangkan perkara tersebut.


Mereka ternyata mula bimbang dengan sokongan pengundi Cina, bukan saja kepada DAP, tetapi juga kepada PH dalam PRU15 akan datang kiranya situasi yang ada ini berterusan lebih lama.


Malah, ada yang tidak ragu-ragu menyatakan perolehan kerusi DAP diramalkan akan jatuh merosot dalam PRU15 akan datang berbanding PRU14 yang lalu.


Kemerosotan sokongan pengundi Cina ini nampaknya menyusuli kajian oleh Ilham Centre bersama Penang Institute baru-baru ini yang mendapati sokongan pengundi Melayu kepada PH telah pun menurun berikutan beberapa isu tidak ditangani dengan sewajarnya.


Apakah PH dan Tun Mahathir Mohamad sedar keadaan ini? (ShahbudinHusin 05/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/sokongan-pengundi-cina-kepada-ph-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Pa Mahu Pengundi Cameron Highlands Beri Sokongan Pada Tun M

Tok Pa Mahu Pengundi Cameron Highlands Beri Sokongan Pada Tun M

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 394 hits
Malaysia perlukan kepimpinan yang kuat Malaysia memerlukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kata Bekas menteri dan pemimpin Umno Mustapa Mohamed sewaktu ceramah di sebuah penempatan Melayu di Kampung Kuala Medan Jelai semalam Mustapa yan...
Ph Ditempelak Serang Peribadi Calon Bn Tiada Modal Untuk Tarik Sokongan Pengundi

Ph Ditempelak Serang Peribadi Calon Bn Tiada Modal Untuk Tarik Sokongan Pengundi

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 278 hits
TANAH RATA 23 Jan Naib Presdien UMNO Datuk Seri Khaled Nordin membidas sikap Pakatan Harapan yang terus terusan menyerang keperibadian calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di sini Jelas beliau memang sudah
Beri Sokongan Kepada Anak Masuk Islam Kisah Uncle Cina Ini Beri Inspirasi Kepada Ramai

Beri Sokongan Kepada Anak Masuk Islam Kisah Uncle Cina Ini Beri Inspirasi Kepada Ramai

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 914 hits
Beri sokongan kepada anak masuk Islam kisah Uncle Cina ini beri inspirasi kepada ramai Bagi kebanyakan mualaf pastinya akan menghadapi cabaran dalam menyakinkan ibu bapa untuk menerima jalan pilihan Islam yang mereka pilih Namun ia tidak be...
Dadah Dalam Bungkusan Teh Cina Bernilai Rm5 6 Juta Dirampas

Dadah Dalam Bungkusan Teh Cina Bernilai Rm5 6 Juta Dirampas

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 326 hits
MALINDA ABDUL MALIK 03 Februari 2019 11 12 AM PETALING JAYA Sindiket pengedaran dadah jenis ketamin di Lembah Klang berjaya ditumpaskan selepas polis menahan tiga l
Google Shadow Art Ialah Permainan Interaktif Bekecerdasan Buatan Sempena Tahun Baru Cina

Google Shadow Art Ialah Permainan Interaktif Bekecerdasan Buatan Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 347 hits
Minggu lalu Google melancarkan Doodle sempena Hari Nasi Lemak Dunia Sebuah animasi tentang proses penghasilan nasi lemak telah dihasilkan untuk makanan kegemaran negara Terkini sempena Tahun Baru Cina Google melancarkan pula Doodle interakt...
Kau Menteri Kerajaan Malaysia Ke Kerajaan China Netizen Kecam Menteri Kewangan Keluar Kenyataan Bahasa Cina

Kau Menteri Kerajaan Malaysia Ke Kerajaan China Netizen Kecam Menteri Kewangan Keluar Kenyataan Bahasa Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 501 hits
Semua orang sedia maklum yang Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu kan Tapi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam dalam Bahasa Cina dah timbulkan respon negatif pelbagai pihak yang anggap Guan Eng tak martabat Bah...
Sambutan Tahun Baru Cina Reunion Dinner Di Ioi City Mall 2019

Sambutan Tahun Baru Cina Reunion Dinner Di Ioi City Mall 2019

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 534 hits
Hi Korang Kak lily berkesempatan ke majlis CSR anjuran iOi Resort City bersama Palm Garden Resort Marriot Putrajaya dan iOi Golf Resort yang di adakan di West Garden di iOi City Mall ini Selain daripada makan besar mereka juga meraikan oran...
4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 836 hits
Cuti sempena Tahun Baru Cina memang best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa Cendawan asparagus akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat ra...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business