Sokong Is Bekas Penjual Cendol Kekal Dipenjara 10 Tahun


 
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Nahzatulazran A Rahman, 44, atas sembilan kesalahan berkaitan IS.PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang bekas penjual cendol atas sembilan kesalahan antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan militan IS serta memberi sokongan kepada kumpulan itu, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
“Kami mendapati hukuman yang diputuskan terhadap kamu oleh Mahkamah Rayuan tidak terlalu berat yang memerlukan mahkamah ini campur tangan. Oleh demikian, rayuan perayu (Nahzatulazran) ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan,” kata Zabidin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim Thiam Suan dan Abu Bakar Jais.
Ads by KioskedPada 5 Feb 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Nahzatulazran selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan berkaitan IS. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 18 Julai 2022 mengurangkan hukuman penjara 16 tahun kepada 10 tahun.
Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan IS, lelaki itu didakwa mempromosi kumpulan militan terbabit antaranya melalui pengedaran bendera, kain berwarna putih dan hijau muda dengan tulisan Jawi kepada tiga individu.
Ketiga-tiga kesalahan itu mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan tersebut.
Bagi dua tuduhan memiliki item-item berkaitan IS, Nahzatulazran didakwa memiliki sehelai bendera berwarna putih, dua papan berukir kalimah dalam bahasa Arab, dua bingkai gambar, gambar-gambar dan video berkaitan kumpulan militan itu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan hak ke atas barang-barang tersebut.
Sementara itu, bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan IS, dia didakwa mengedar sehelai bendera hijau bertulisan hitam, empai helai bendera hitam dan dua helai kain berwarna putih serta hijau mengandungi tulisan Jawi kepada beberapa individu, mengikut Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Semua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi antaranya sekitar kampung di Melaka Tengah dan di sebuah rumah di Kepong, pada Januari hingga September 2017.
Ads by KioskedTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzri memohon supaya rayuan ditolak dan hukuman penjara 10 tahun dikekalkan terhadap Nahzatulazran.
“Keterangan saksi pakar menunjukkan video berkaitan pemilikan item dan tahanan-tahanan daripada kumpulan IS manakala keterangan saksi terlindung pula menyatakan bahawa perayu memintanya menyediakan RM500 bagi membolehkannya ke Filipina untuk menyertai kumpulan tersebut,” katanya.
Peguam Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili perayu berkata anak guamnya hanya merayu terhadap hukuman penjara dan mencadangkan supaya perayu dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun.
“Anak guam saya telah berada dalam penjara hampir enam tahun dan dia dijangka dibebaskan pada 10 Mei 2024, namun anak guam masih berhasrat meneruskan rayuan ini agar hukuman tersebut dikurangkan,” kata peguam itu dan menambah kata bahawa perayu mempunyai dua anak berusia 13 dan 15 tahun. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/sokong-is-bekas-penjual-cendol-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemandu Bas Bunuh Teman Wanita Dipenjara 40 Tahun

Bekas Pemandu Bas Bunuh Teman Wanita Dipenjara 40 Tahun

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 128 hits
V AnbalaganPUTRAJAYA Seorang bekas pemandu bas dijatuhi hukuman penjara maksimum 40 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh teman wanitanya tujuh tahun lalu Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Zabidi...
Bekas Pegawai Bank Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes 1mdb

Bekas Pegawai Bank Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 141 hits
Bekas Pegawai Bank Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes 1MDB Bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan bersalah membantu merompak berbilion dolar daripada 1MDB lapor Reuters Juri di Mahkamah Pers...
Hiburan Pensohor Media Sosial Dipenjara 2 Tahun Kes Makan Hidangan B Bi Dimulakan Dengan Bismillah

Hiburan Pensohor Media Sosial Dipenjara 2 Tahun Kes Makan Hidangan B Bi Dimulakan Dengan Bismillah

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 177 hits
Pensohor media sosial terkenal Indonesia dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh mahkamah negara itu setelah dia memuat naik video mempersendakan agama Islam sebelum ini Wanita berusia 33 tahun itu telah didapati b...
Rumah Makan 100 Tahun Masih Kekal Utuh Mewarisi Tradisi

Rumah Makan 100 Tahun Masih Kekal Utuh Mewarisi Tradisi

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 240 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Masih belum terlewat lagi Maha nak ucapkan selamat Hari Kemerdekaan dan juga Selamat Hari Malaysia kepada seluruh Bangsa Malay...
28 Tahun Jadi Isteri Saya Tak Bertindak Bukan Bukan Di Belakang Apa Lagi Memburukkan Dia Bekas Madu Miera Liyana

28 Tahun Jadi Isteri Saya Tak Bertindak Bukan Bukan Di Belakang Apa Lagi Memburukkan Dia Bekas Madu Miera Liyana

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 115 hits
Adibah Abdul Mutalib bekas isteri Rosland Othman yang juga suami kepada aktres Miera Liyana meluahkan rasa syukur kerana tentang ketika membuat kenyataan balas di mahkamah Ia berhubung kes nusyuz yang difailkan suaminya pada akhir tahun lal...
Sebelum Umur 40 Tahun Dr Malar Saran Penuhkan 5 Vitamin Ni Kalau Nak Kekal Sihat

Sebelum Umur 40 Tahun Dr Malar Saran Penuhkan 5 Vitamin Ni Kalau Nak Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 389 hits
Melepasi usia 40 tahun sememangnya cukup membahagiakan kerana sudah pun berada di landasan dan hampir mencapai matlamat dan cita cita yang diimpikan Namun dikala usia sebegini kesihatan adalah perkara dan kunci utama untuk kita kekal sihat ...
Divonis 2 Tahun Penjara Tiktoker Lina Mukherjee Makan Babi Baca Basmalah Anggap Kasusnya Mirip Ahok

Divonis 2 Tahun Penjara Tiktoker Lina Mukherjee Makan Babi Baca Basmalah Anggap Kasusnya Mirip Ahok

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 125 hits
Hakim Pengadilan Negeri Palembang menjatuhkan vonis bersalah terhadap terdakwa Lina Mukherjee dengan hukuman 2 tahun penjara
Menengok Progres Pembangunan Tppas Nambo Ditargetkan Beroperasi Akhir Tahun

Menengok Progres Pembangunan Tppas Nambo Ditargetkan Beroperasi Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 128 hits
Total luas lahan TPPAS Lulut Nambo yakni 55 hektare Hasil pengolahan sampahnya berupa Refuse Derived Fuel
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms