Sogo Penipu Berhati Hati Apabila Membeli Belah Di Sogo



Kepada golongan ahli kad membeli-belah Sogo, sila berhati-hati apabila membeli barangan di kompleks tersebut terutamanya waktu Members' Day Sale. Malang betul nasib penulis apabila menjadi mangsa penipuan Sogo baru-baru ini

Sebelum ini penulis pernah membeli beg tangan jenama mampu milik seperti Guess, F.Timber, Coach, Desigual, Polo, Giamax, Venus, Carlo Rino, Nichi dan Miss Suri untuk dipakai masa santai dan ke tempat kerja. Memandangkan penulis tidak pernah guna beg tangan jenama Alain Delon lagi, jadi terfikir nak cuba beli satu semasa Sogo membuat sale pada bulan Januari lalu. Kebetulan ada diskaun untuk pembelian beg Alain Delon pada masa tu, jadi harganya menjadi sangat murah


Namun begitu, walaupun harga sangat murah, kualiti beg sangat jahanam. Tengoklah, baru pakai tak sampai dua minggu dah mula nampak belangnya... 

Berapa kurun agaknya Sogo simpan barang-barang mereka dalam stor sebelum bercadang nak jual barang-barang yang dah mereput pada harga "diskaun" untuk mengaburi mata pelanggan dan pihak KPDNHEP

Sepanjang hidup penulis membeli beg tangan di dalam dan luar negara, berjenama dan tidak berjenama, tidak pernahlah penulis menemui beg tangan yang pakai tak sampai dua minggu dah terkopek sana sini. 
Salah seorang pengikut penulis di page Pink Potato Army juga berkongsi pengalamannya berasa tertipu dengan beg tangan yang dibeli olehnya di Sogo. Menurutnya, kualiti beg tangan yang dibeli di Sogo seperti kualiti pasar malam walaupun harga dibayar beratus ringgit

Penulis telah pun membuat aduan secara bertulis kepada pihak pengurusan Sogo bulan lalu namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan telah diambil oleh pihak Sogo

Semasa membuat carian tentang sejarah dan latar belakang transaksi Sogo sepanjang pusat membeli-belah itu beroperasi, penulis mendapati ini bukan kali pertama Sogo dikaitkan dengan penipuan oleh orang ramai. Malah rakan blogger, Mr. Jocko, juga pernah melaporkan tentang penipuan oleh Sogo sejak tahun 2010 lalu berikutan laporan wartawan mStar tentang kegiatan Sogo yang suka menipu harga melalui jualan "murah"



Satu lagi perkara yang penulis tak puas hati dengan Sogo ni semasa Members' Day Sale ialah layanan biadab oleh sesetengah staf. Semasa penulis sedang mencari baju kemeja di Aras 7, terdapat dua staf perempuan muda berbangsa India yang sepatutnya membantu cari saiz tak membantu langsung pun. Sebaliknya mereka berdua berdiri di tepi ceruk rak baju tanpa ingin memandang pelanggan langsung dan hanya berborak sesama mereka sendiri. Sampai terpaksa panggil-panggil mereka banyak kali untuk tanyakan saiz baju, itu pun salah seorang pandang sekejap lepas tu buat tak tahu dan sambung berborak. 
Apabila penulis berjaya mendapatkan perhatian salah seorang staf tersebut selepas memanggil berkali-kali selama 2-3 minit, dia tak berusaha untuk mencari pun dan terus kata, "Saiz tu tak ada." Lepas tu dia sambung berborak dengan rakannya

Penulis mencari sendiri saiz baju yang diingini sehingga mengorek ke bawah timbunan baju kemeja yang terlipat dalam rak. Jumpa pun saiz yang penulis nak. Dalam hati dah menyumpah seranah kedua-dua orang staf perempuan India yang pemalas dan makan gaji buta tu

"Ini saya jumpa ada saiz? You kata tak ada pula..." rungut penulis

Kemudian paling kurang ajar mereka kata, "Oh, itu baju kakak tak boleh muat. Sebab kakak gemuk."
Reaksi penulis:

Bayangkanlah yang bercakap tu kedua-duanya saiz dua kali ganda lebih besar daripada penulis. Sedap je hati kata orang gemuk. Diri dia jauh lagi besar daripada orang yang dia 'bodyshame' depan-depan tak sedar pula

Oleh kerana tak puas hati, penulis sarungkan juga baju kemeja tersebut di depan mereka. Untuk makluman, baju tersebut ialah baju kemeja lelaki saiz XL yang penulis nak belikan untuk ayah penulis. Kenapa mereka sangka penulis nak pakai baju tu sendiri pun tak tahulah. Bila kedua-dua staf perempuan tu tengok baju tu terletak elok pada badan penulis malah masih longgar walaupun ada lagi satu pakaian di dalam, terus mereka terdiam

Kemudian mimpi ngeri penulis berterusan apabila staf perempuan Melayu di kaunter pembayaran menyumbat kesemua pakaian ke dalam beg... tahan sabar je perasaan nak bagi flying kick pada staf tersebut yang tidak menghormati barang pembelian pelanggan. Dahlah penat kita lipatkan dan luruskan baju siap-siap sebelum ke kaunter pembayaran untuk memudahkan kerja dia masukkan secara elok ke dalam beg bungkusan. Tak ada orang lain yang beratur di kaunter pun pada masa tu, jadi tak tahu apa yang dikejarkannya sangat. Remuknya hati apabila melihat dia main sumbat je semua baju dalam satu tujahan sampai keronyok... 

Ingat senang nak gosok balik kesemua 20 pasang baju yang dia dah keronyokkan tu? Sedangkan kain tudung baru gosok sehelai kena duduk oleh kucing pun ada orang meroyan berminggu-minggu, inikan pula 20 pasang baju kena keronyok oleh staf cashier yang sepatutnya ada akal lebih daripada kucing

Memang trauma dibuatnya bila membeli-belah di Sogo. Baru penulis teringat kenapa penulis dah lama tak pergi ke Sogo sebelum  berpindah daripada Kuala Lumpur dulu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/02/sogo-penipu-berhati-hati-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Apabila Little Napoleon Dalam Kerajaan Sakit Hati

Bahaya Apabila Little Napoleon Dalam Kerajaan Sakit Hati

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 623 hits
oleh Ab Jalil Backer Apabila anda memilih kerjaya sebagai pegawai tinggi kerajaan atau penjawat awam seperti Menteri Timbalan Menteri dan para pegawai kanan dalam sistem pentadbiran demokrasi maka anda harus bersedia menerima kritikan dan p...
27 Orang Positif Antraks Sultan Hb X Minta Warga Berhati Hati Konsumsi Daging

27 Orang Positif Antraks Sultan Hb X Minta Warga Berhati Hati Konsumsi Daging

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 269 hits
27 warga Gunungkidul dinyatakan positif terkena antraks Menanggapi hal itu Gubernur DIY Sultan HB X masyarakat untuk berhati hati dalam mengonsumsi daging terutama jika hewan ternaknya meninggal mendadak
Berhati Hati Dengan Wabak Influenza

Berhati Hati Dengan Wabak Influenza

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 690 hits
Assalamualaikum w b t Penyakit Berjangkit Mamayanie terdetik untuk kongsikan tentang penyakit berjangkit yang kini semakin menular Terutamanya penyakit berjangkit Influenza A yang kini sedang menyerang Jika kita orang yang sihat dan tiada m...
Lirik Lagu Hati Hael Husaini

Lirik Lagu Hati Hael Husaini

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 278 hits
Lirik Lagu Hati Hael Husaini Intro Siapakah Dirimu Silakan Beritahu Siapakah Diriku Kembaramu Yang Terbaru Chorus Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu Di Sebalik Baju Sesuatu Yang Harus Kau Tahu Dan Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu Di Sebal...
Dugaan Hati Yang Berbolak Balik

Dugaan Hati Yang Berbolak Balik

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 637 hits
Dugaan hati yang berbolak balikSetiap insan ada takdir kehidupan masing masing Membezakan kita hanya lah cara mengatasi takdir yang datang tanpa mengikut perancangan kita Kita lalai bahawasanya DIA sebaik baik perancang AssalamualaikumPermu...
Lirik Lagu Kotak Hati Hujan

Lirik Lagu Kotak Hati Hujan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 634 hits
Lirik Lagu Kotak Hati Tak usah kau terangkan ku tahu potret wajahmu di setiap penjuru curahkan deritamu padaku biarku rasa apa yang kau lalu Terang terang bersama rasa sayang ku biarkan kau terbang terang terang sudut kecil ku isi untuk sen...
Herman Herry Pdip Yasonna Laoly Lain Kali Hati Hati Dengan Lidah

Herman Herry Pdip Yasonna Laoly Lain Kali Hati Hati Dengan Lidah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 169 hits
Ucapan Menkum HAM Yasonna Laoly tentang orang Tanjung Priok dan Menteng menuai polemik Yasonna bahkan sempat didemo warga Tanjung Priok meskipun pada akhirnya ia telah meminta maaf
Resepi Kek Hati Parek

Resepi Kek Hati Parek

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 2320 hits
KEK HATI PAREK loyang 10 9Bahan2 450g butter bkualiti tinggi 10biji telur G A 800g gula halus 850g tepung gandum 100g horlick 1gelas 200g susu pekat 200g browning sugar 1sdm rata baking powder dan soda bicarbonat 250g kismis hitam cara cara...
Sakit Hati Chill Lah

Sakit Hati Chill Lah

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 383 hits
Apa ni Asyik delete entry dari pagi tadi Rutin harian bla bla bla Takde perubahan drastik pun zip mulut dari terlepas dek jemari di sini Kalau ada yang membenci aku dan terbaca entry ni Aku hanya menjalankan tugas Bukan sengaja mencari kesa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner