Sofa Oh Sofa
Assalammualaikum,
Buat yang singgah santai di Blog Golderbutterflies nie.
Lamanya tak berblog.
Hari nie terasa nak share 1 DIY yang orang lain pun boleh try.
DIY tukar sarung badan sofa & sarung kusyen.
Yang perlu ada :
1. Sofa lama
2. Kain
3. Mesin Jahit
4. Heavy duty stapler
(https://shopee.com.my/product/1530870/2070795620?smtt=0.102457287-1659028719.9)
5. Gunting
6. Hammer
7. Portable handrill
8. 03MM U Tip Nail Staple Rivet Tack Puller Upholstery Staple Remover Screwdriver Tool (https://shopee.com.my/product/175748596/12040005598?smtt=0.102457287-1659028520.9)
9. Non woven fabric
10. Gam Dunlop
11. Span - boleh beli kat kedai bunga @ kedai sofa @ shoppe.
12. Player
Nie yang belum habis tukar.
Nie yang dah siap di tukar bajunya.
Bahagian belakang dan bawah yang dah berlubang. Biasakan terjadi ?
Anak2 simpan remote dalam tu. Anak2 lompat2 atas tu.
Dulu set sofa ni datang dengan meja kopi yang hampir dibuang dek kerana rumah burung kan ruang limited. So dari dibuang NN pun buka cover & potong ikut ketinggian base sofa. Kemudian balut semula & add span foam baru.
Span berbalut hitam, beli dari Otai Sofa di Klang. Taip je nama Otai Sofa dekat FB boleh jumpa PAGE dia.
Kebiasaan sofa buka dari tapak dia yang berkain non woven. Gunakan pembuka ubat stapler kalau ada jenis player lagi senang. NN guna yang macam kuku kambing tu. Refer gambar paling last.
Ceraikan bahagian arm dan seat. Biasanya kalau sambungan pakai skru senang la buka. Kalau pembuat sambung guna paku, menangis la jawapnya kalau nak buka confirm rosak kayu bingkai
Touch up dengan span untuk bahagian mana yang dah damage tue dulu. NN gunting saja tanpa sukat aka main agak2. Letak gam dunlop terus stapler.
NN guna kain recycle je untuk penjimatan kos.
Kain purple & bunga2 purple tue kain langsir. Potong jadikan sarung kusyen. Sukatan ikut size sarung asal.
Kain hitam untuk balut badan sofa beli di Nagoya Shah Alam. RM 12 / meter. NN beli 15 meter. Ada lebih dalam 2-3meter macam tue.
Sukatan tiru semula sarung lama & sukat sofa semula, sebab sarung lama kain dah meregang so size akan lari nanti.
Alatan penting untuk buka ubat stapler & untuk pasang semula.
Dekat atas NN ada share link shoppe.
Projek NN yang lama terbengkalai. Bila menganggur siap la projek nie. 😄
Bagi yang berkemampuan order la sofa baru. Bagi yang tidak mampu macam NN, kita pilih repair semula mengikut color pilihan kita.
Sekian dari NN.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://goldenbutterfliesqiss.blogspot.com/2022/07/sofa-oh-sofa.html